Pahlawan Merah lawan Raksasa Merah…
Di sebuah kedai kopi janda (dirahsiakan lokasinya). Kelihatan dua sahabat, Sood dan Peon rancak bersembang sambil menghirup kopi janda buatan sendiri (dengan kawalan SOP yang ketat).
*******************************************************************
Sood: Peong, mung tengok dok ‘geng’ dua malang lepah?
Peon: Geng gapo gak Sood weh…aku mano laye geng-geng ni…kawe bukenyo samseng…
Sood: Allah…rohok kecek nge mung ni…aku kate game..dalam bahasa Melayu..perlawanang…
Peon: Oooo…kecek ar molek sket…bakponya dok kecek ore puteh takdi nyo…sene sikit aku nok pehe..
Sood: Hok aloh…kang aku cakap orang puteh..mung nganga supe ayang tunggu dedok pulok…
Peon: Doh bakponyo nge game male takdi? Kalu mung nok royat wi, kelate maing sedak…kawe tau doh…hahaha
Akhirnya Lin Dan tersungkur di tangan Lee Chong Wei
Amaran Kerajaan: Ini hanyalah entri ringkas yer..hehe
Baru saja habis layan perlawanan akhir Badminton Super Series Terbuka Jepun. Memang puas hati dapat tengok Dato’ Lee Chong Wei kita tewaskan seteru utamanya, Lin Dan. Dato’ menang selepas bermain 3 set, 22-20, 16-21 dan menang pada set penentuan 21-17.
Memang puas hati! Walaupun Dato’ baru saja pulih dari kecederaan..memang nampak kesungguhan beliau setiap kali menangkis serangan dan tipu helah Lin Dan.
Tahniah Dato’ Lee Chong Wei yang merangkul Juara Terbuka Super Series Japan dengan permainan yang cukup bertenaga.
Tahniah Dato’ Lee Chong Wei
p/s – satu lagi perlawanan akhir juga melibatkan beregu No 1 negara iaitu Koo Kien Kiet-Tan Boon Heong vs Fu Hai Feng-Cai Yun akan berlangsung sebentar lagi!
® hafizmd – tahniah juga pada Dato’ Nicol David atas kejuaraan dunia yang kelimanya…tahniah!
Fakta dan Statistik Menarik Piala Dunia 2010..
Semua rasanya sudah sedia maklum yang Germany Spain adalah juara baru Piala Dunia 2010. Rata-rata para blogger menyatakan dalam entri masing-masing. Tahniah pada peserta kontest di blog Denai Hati yang berjaya. Kita juga cukup sedia maklum beberapa fakta tentang Piala Dunia kali ini seperti siapa yang menang anugerah Golden Boot, Golden Glove, Fair Play dan sebagainya sepertimana entri Pn.Fiezaradzi di blog kesayangannya.
Sepanjang piala dunia kali ni, memang banyak perkara yang begitu mengujakan dan mengejutkan. Pasti anda setuju bukan? Tak perlu saya senaraikan perkara-perkara yang mungkin kembali merobek luka lama anda dan saya sendiri. Cukuplah sekadar di situ..cewahh..hehehe..
Itu belum lagi cerita kehangatan Si Paul sotong kurita dan rakan sejawatnya Si Mani burung nuri. Ini hanyalah sekadar kosmetik memeriahkan kehangatan Piala Dunia Afrika tahun ini. Tahun 2014, entah apa binatang pula akan muncul. Mungkinkah ada pemilik binatang yang sudah mula melatih binatang peliharaan masing-masing untuk tujuan yang sama untuk kejohanan ini nanti? Sama-sama kita tunggu yer..
Ok. Dah melalut pula..hehe..straight to the point. Sempat juga saya godek-godek beberapa statistik menarik di laman rasmi FIFA. Jadi saya kongsikannya bersama anda semua sahabat-sahabat saya. 5 statistik menarik sepanjang Piala Dunia Afrika Selatan 2010.
Liga Super vs Piala Dunia..
Agaknya, ramai yang masih kurang bersemangat hari ini. Mungkin juga kerana penangan Piala Dunia dek kerana pasukan pilihan sudahpun tersungkur awal. Jauh dari jangkaan.
Pagi tadi, pasukan Germany (pasukan pilihan saya untuk jadi juara – juga untuk kontest di Denai Hati) akhirnya rebah di tandukan si Puyol. Puyol dan si Paul..hampir sama bunyinya..hehehe..jangan marah yer..
Bukan perihal Puyol dan si sotong peramal yang saya nak ceritakan. Cuma saya ingin sekali bertanya pasal yang satu ini.
Adakah kita semua sedar yang perlawanan Liga Super dah pun disambung kembali 6 Julai lalu?
Ada beberapa kemungkinan jawapan bagi soalan di atas. Mana satu yang anda rasa mewakili diri anda?
Pisang dan Piala Dunia
Masih ramai lagi yang rasa tertekan dek kerna Robert Green gagal menangkap kemas bola? Atau ada lagi yang rasa sedikit kuciwa dengan aksi Messi yang kurang ummphh? Ataupun aksi pasukan Itali yang kurang menjadi?
Barangkali kamu peminat Korea Selatan dan Japan, patutlah tak berapa tertekan seperti peminat England, Itali mahupun England..opss..kenapa aku tertulis England dua kali?
Walau apapun keadaannya sekarang, masih awal lagi nak perkatakan pasukan mana yang akan ke peringkat kalah mati nanti.
Baiklah, berbalik ke tajuk entri ni. Apa kaitan pisang dengan Piala Dunia? Apakah player hebat seperti Cristiano Ronaldo, Messi, Rooney, Torres, Robben dan yang lain seorang penggemar pisang? Oh! tidak, akupun tak tahu apa kaitan pisang dengan mereka ini. Apa yang aku tahu ialah berkenaan fakta-fakta ini.




