Bersukan Berpeluh Penuh Semangat Dengan Jersi Baru?

baju sukan di zalora

Assalamua’laikum.

Sukan. Bukan benda baru dalam hidup ambe. Sejak sekolah rendah, ambe memang aktif bersukan. Boleh kata, hampir semua jenis sukan ambe cuba. Sukan padang seperti bola sepak dan hoki memang sukan feveret budak-budak lelaki. Mana taknya, pemain yang jadi wakil sekolah dalam dua sukan ni, dianggap hero sekolah. Tak salah kalau ambe cakap, ada yang menjadi “pujaan” awek-awek yang belum mumayyiz lagi. Oh! Bersukan memang best!

Kenangan bersara dari dunia hoki…

Agaknya sebab arwah Abah pun minat dan pandai main takraw serta ping pong, genetik tak terkalah arwah Abah turut ada dalam kromosom ambe. Dua sukan ni antara sukan yang paling ambe minat dan kesannya ambe berjaya menjadi wakil sekolah dan daerah. Genetik suka bersukan ni juga menyebabkan ambe terjebak dalam sukan hoki tanpa pengetahuan Ma. Padahal, Ma dah pesan lebih kurang macam ni, “kalau nak main, semua boleh kecuali main hoki. Ma takut tengok kayu hoki tu…”

Dipendekkan cerita, dalam satu perlawanan hoki lawan antara sekolah, kaki ambe telah di’bantai’ oleh salah sorang pemain lawan. Betul-betul kena tulang kering. Sakit tak? Mestilah sakit! Masa kena kayu hoki tu, terus teringat pesan Ma. Itulah kali terakhir ambe main hoki dan terus bersara dari arena hoki, tapi minat terhadap sukan hoki tak pernah padam. Lebih-lebih lagi masa zaman gemilang Minarwan Nawawi dan Nor Saiful Zaini!

Ini cerita lebih 20 tahun dulu. Ambe bersyukur sangat yang arwah Abah dan Ma tak pernah halang ambe aktif bersukan. Malah, sentiasa sokong sampaikan baju apa yang kami nak pakai pergi berlatih sukan di sekolah pun Ma tengokkan. Kalau tak berapa kena, pasti Ma tegur dan minta tukar dengan baju yang lebih elok dan biar nampak bersemangat!

Baju sukan pemberi semangat tak terkalah!

baju sukan onlineSebab ingat pesan Ma yang inilah, ambe memang agak menjaga baju yang nak dipakai setiap kali bersukan. Sekarang, kalau ke taman setiap petang berjoging dengan isteri dan anak-anak, paling kurang pun mesti pakai T-shirt yang serap peluh. Kasut mesti kasut khas untuk berjoging, bukan kasut pejabat. Nak berlari atas simen, bukan atas padang rumput. Kaki kena jaga, kan?

Sebenarnya, ambe ni boleh dikatakan “gila” kasut juga. Nak-nak kasut sukan yang nampak sporty tu. Hari tu, ada beli kasut di Giant Batu Caves untuk tujuan berjoging . Lupa nak survey kedai-kedai sukan yang lain.

Lagi haru, lupa pula nak jenguk mana-mana gedung online yang menjual barangan sukan seperti deretan baju sukan di Zalora. Serius, memang ada yang dah berkenan di hati seperti gambar di sebelah ni! Memang teruja tengok macam-macam yang ada di Zalora!

Tapi harus diingat, walaupun kita takde baju sukan, kasut sukan dan teman untuk bersukan sekalipun….aktiviti untuk keluarkan peluh perlu juga kita buat paling cikai 3 kali seminggu. Ate nak kuruskan badan yop?

@hafizmd – Ada juga yang tak suka subjek sukan masa sekolah dulu, kan?