Pengalaman Beli Belah di Zalora!

- 12 September 2013Blogging

Assalamua’alaikum.

Ini antara pengalaman indah ambe membeli secara online. Ambe godek-godek laman Zalora. Memang biasa sangat lepak-lepak menjamu mata kat sini. Deretan baju dan kasut sukan antara bahagian yang ambe selalu tengok. Akhirnya, setelah puas menjamu mata, maka berlakulah pengalaman pertama berurusan shopping di Zalora!

Oh! Zalora memang buat hati bergelora

Ambe memang belum pernah beli barang fizikal secara atas talian. Ni kali pertama. Jadi, keterujaan tu memang lain macam. Berdebor juga tunggu barang-barang yang ambe order tu sampai.

testimonial shopping di zalora

  • Hanya 1 hari diperlukan untuk pengesahan penghantaran barang
  • Hari ke-3, ambe dah dapat barang yang ditempah.
  • Pilih, bayar dan terima barang dalam masa 3 hari (ambe tak perlu bayar, sebabnya….)

Ini pengalaman yang cukup menarik. Isteri ambe semacam dah mula belek-belek beberapa item yang ada. Ada yang kena harganya dan nampak cantik, bolehlah cuba beli lagi. Apa yang ambe order?

pengalaman shopping di zalora malaysia

Baju blouse dan beg Line 7 tu untuk isteri. Beg katanya nak isi kasut badminton dia. Bolehlah ambe tumpang nanti…hehe. Seluar 3 suku (Kappa) dan baju sukan (Groos) setakat ni belum lagi ambe sempat cuba digelanggang badminton. Mungkin minggu depan. Memang best! Sekali pakai baju ni, memang rasa ringan dan pasti ambe smash lebih tajam dan berkuasa kuda nanti…hehe…

Ini pengalaman indah ambe membeli-belah di Zalora buat kali pertama. Pengalaman anda, ambe tak tahulah. ‘Rezeki’ masing-masing, kan?

Terima kasih Zalora! Rupanya seronok juga beli belah secara online ni. Alhamdulillah.

@hafizmd – Oh! Indahnya berblogging. Trafik bukan segala-galanya tapi kalau tinggi, bagus juga =)

{ 43 comments… read them below or add one }

Hafizul September 12, 2013 at 1:07 pm

Perghhhhh memang rezeki nih…cantik baju dan seluarnya..tahniah bro untuk pengalaman hebat ni..hehe..wahh minggu depan main badminton penuh semangat lahh..habis lah orang lain..haha
Baca entri terkini Blogger Hafizul´s: Cakna

Reply

hafizmd September 13, 2013 at 12:53 am

Alhamdulillah. Rezeki bulan 9 =)

hahahaha…takdelah, ambe main badminton ngn isteri ambe jer..hehehe

Reply

papa mifz September 12, 2013 at 4:49 pm

den jarang beli barang online…huhu
Baca entri terkini Blogger papa mifz´s: Pentingnya Kebersihan Tandas Awam

Reply

hafizmd September 13, 2013 at 12:51 am

sbb bro PM selalu di AEON Big…senang nak beli apa2kan? hehe

Reply

khusna khairunnisa September 12, 2013 at 4:50 pm

assalammualaykum, salam kenal Bang…

belanja secara on-line memang sangat asyik, apalagi kalau beruntung dapat diskon atau potongan harga yang besar. biasanya menjelang hari raya, toko-toko online banyak bikin sale besar-besaran…

Reply

hafizmd September 13, 2013 at 12:50 am

Waa’laikumussalam.

Memang asyik, tapi kena juga berhati-hati, takut tertipu juga kita

Reply

Izzuddin Fauzi September 12, 2013 at 5:43 pm

Hahaha, baru order selipar kat zalora semalam -_-
Baca entri terkini Blogger Izzuddin Fauzi´s: Resepi Burger Bakar

Reply

hafizmd September 13, 2013 at 12:50 am

cantiklah…nak pakai sabtu ni ke bro?

Reply

titan September 12, 2013 at 6:13 pm

wahh..mesti dapat banyak voucher nih..
Baca entri terkini Blogger titan´s: Tempahan qurban sempena musim raya haji 2013 – eQurban.com

Reply

hafizmd September 13, 2013 at 12:49 am

adalah sikit =)

Reply

Denaihati September 12, 2013 at 6:49 pm

dah percaya dengan beli barang online , lepas ni mesti lebih meriah…
Baca entri terkini Blogger Denaihati´s: iPhone 5S dan iPhone 5C bakal menakluki dunia

Reply

hafizmd September 13, 2013 at 12:49 am

hehe….wife ambe yg dah start suka…hohoho

Reply

ahmadyani September 12, 2013 at 8:26 pm

Peratusan rakyat Malaysa yang membeli belah secara online semakin meningkat. Tetapi peratusan yang kena tipu meningkat juga. Saya ada membeli secara online. Kena tanam rasa yakin untuk membeli. Bagaimana tidak mahu beli secara online sedangkan saya mahu orang membeli barang yang saya jual melalui online?
Baca entri terkini Blogger ahmadyani´s: Buku Nota Papan Hitam

Reply

hafizmd September 13, 2013 at 12:48 am

Betul juga tu. Jika kita sendiri ragu2, bagaimana nak yakinkan mereka? ermmm

Reply

hafiz September 12, 2013 at 9:31 pm

aku pernah shopping kat zalora ni, bolehlah cepat juga penghantarannya
Baca entri terkini Blogger hafiz´s: Apa itu saji.my

Reply

hafizmd September 13, 2013 at 12:47 am

Setakat ni, bagus =)

Reply

kakiblog September 12, 2013 at 10:21 pm

membeli belah secara online dapat jimat minyak..
Baca entri terkini Blogger kakiblog´s: Cara Mudah Submit Site Blog Ke Enjin Pencari

Reply

hafizmd September 13, 2013 at 12:47 am

Betul tu.siap dapat diskaun lagi…tu yg best tu

Reply

kakiblog September 13, 2013 at 2:29 pm

cuma perlu berhati-hati takut ada syarikat yang tidak bertanggungjawab..
Baca entri terkini Blogger kakiblog´s: Apa Itu Niche Dalam Dunia Blogger?

Reply

hafizmd September 16, 2013 at 5:45 pm

@KB, itu sudah pasti..kena hati2 kat mana2pun

Reply

akubiomed September 12, 2013 at 11:42 pm

Pernah berurusan dengan Zalora. Tak sangka pesanan sampai kurang dari 24jam.
Baca entri terkini Blogger akubiomed´s: Persidangan Antarabangsa Kejuruteraan Hospital Dan Pameran 2013

Reply

hafizmd September 13, 2013 at 12:46 am

tak sampai 24 jam? pantas benor tu

Reply

Bahrain September 13, 2013 at 12:12 am

aku nak beli tapi confius mana satu aku nak beli..hahaha, banyak sangat pilihan.

Reply

hafizmd September 13, 2013 at 12:46 am

hehe…mmg boleh kelabu mata jadinya

Reply

cikgu naman September 13, 2013 at 12:33 am

tak try lagi ni..hehe

dapat voucher ke?
Baca entri terkini Blogger cikgu naman´s: WW-Anak² Cikgu Kimia dan Add Maths

Reply

hafizmd September 13, 2013 at 12:46 am

kena try ni cikgu…hehe

yup… =)

Reply

Irwan Alessa September 13, 2013 at 12:48 am

wahh ni puji zalora lebih, kipass ke ni.. hahahaha.. rezeki tu bro, aku sekali dulu.. belum ada nak beli barang lagi.. hoho..
Baca entri terkini Blogger Irwan Alessa´s: IOS vs Android

Reply

shraqs September 13, 2013 at 12:54 am

Takat ni belum pernah lagi shopping dr Zalora ni…

BTW, kalau macam tu lah gayanya memang reiable diorang punya servis.
Baca entri terkini Blogger shraqs´s: iPhone 5c – Colorful

Reply

hafizmd September 16, 2013 at 5:48 pm

Harap zalora terus bagus =)

Reply

Sop September 13, 2013 at 1:43 am

blom pernah cuba beli di zalora :)
Baca entri terkini Blogger Sop´s: Mencuba wide macro converter pada lens 18 – 55mm

Reply

hafizmd September 16, 2013 at 5:48 pm

Abg sop bolehlah cuba…mana tau ada yg berkenan

Reply

Rina September 13, 2013 at 8:58 am

Saya belum pernah shopping secara online, pengen juga soalnya tidak perlu membuang tenaga untuk pergi ke mall secara langsung tu..
Nice share
Baca entri terkini Blogger Rina´s: PHP Script To Display RSS Feed / Sitemap From Other Website To Your Webpage

Reply

hafizmd September 16, 2013 at 5:47 pm

Betul jugak tu Rina. Kena harganya, bolehlah cuba

Reply

Hairul Azni September 13, 2013 at 10:33 am

Selalu jugak beli barang online tapi belum pernah cuba dengan Zalora..

Reply

hafizmd September 16, 2013 at 5:47 pm

Bolehlah cuba lepas ni

Reply

blogger lelaki September 13, 2013 at 10:57 am

pernah seklai shopping dkt zalora..belikan kasut untuk isteri
Baca entri terkini Blogger blogger lelaki´s: Cara Fatimah Az Zahra Meminta Maaf Kepada Suaminya

Reply

hafizmd September 16, 2013 at 5:46 pm

wah…seronoklah isteri…terbaiklah bro!

Reply

nazray September 13, 2013 at 4:20 pm

dulu ada kes, pasal zalora, customer tak dapat barang yang dipesan, tapi mungkin sekarang dah update servis, terbaik la, trusted

Reply

hafizmd September 16, 2013 at 5:45 pm

harapnya camtulah…

Reply

Hazmin Hamudin September 16, 2013 at 12:01 am

Macam dah semakin baik je servis daripada zalora ni. Senang la lepas ni nak beli barngkan,
Baca entri terkini Blogger Hazmin Hamudin´s: Bersiaran Dari Pulau Pinang

Reply

hafizmd September 16, 2013 at 5:26 pm

Nampak camtula..puas hati setakat ni

Reply

Datin Tyka September 18, 2013 at 8:42 am

jerit macam dalam iklan tu tak… huhu
Baca entri terkini Blogger Datin Tyka´s: Pura-Pura Sibuk

Reply

hafizmd September 18, 2013 at 9:22 am

huhu..takde org, takpe…hee

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge