Oh! Misi 33 Selangor vs Sime Darby

Piala Malaysia Selangor

Assalamua’laikum.

Live streaming Selangor vs Sime Darby. Selangor memang ambe anggap antara pasukan pilihan untuk jadi juara tahun ni. Dengan rekod 32 kali sebagai juara Piala Malaysia, sepatutnya mampu memberi tekanan kepada pasukan lain tapi sebaliknya yang berlaku sekarang. Selangor ambe tengok, dalam keadaan cukup tertekan. Turun malam ni di Stadium Shah Alam pastinya lebih berat tanpa jurulatih, Hj. Irfan Bakti!

Selangor vs Sime Darby 31 Ogos

Bekas jurulatih, Irfan Bakti mengambil jalan keluar selepas pasukannya tewas mengejut 0-3 kepada Sime Darby. Ambe rasalahkan, andai kalah 1-0, pasti beliau masih lagi di posisi jurulatih Selangor, barangkali. Ambe ada dengar sendiri daripada mulut penyokong tegar Selangor, kalah 0-3 kepada Simer Darby cukup-cukup mengecewakan! Apa boleh buat, bola tetap bulat dan inilah keseronokan menonton perlawanan bola sepak. Ini yang sepatutnya penyokong faham dan mengerti baik-baik. Ada yang sudah pasrah, kan?

Manchester City yang penuh dengan pemain bintang pun boleh kalah dengan Cardiff City! Inilah seni bola sepak berpasukan!

Satu lagi pasukan yang ambe tengok cukup tertekan ialah Lions XII. Status juara Liga Super langsung semacam takde kesan kepada pasukan Perak, Sarawak dan Kedah. Malam ni pasti Lions XII akan bermain lebih bersungguh-sungguh di laman sendiri untuk tewaskan Perak demi 3 mata berharga. Kalau kalah, ambe kira Lions XII dah boleh bye-bye untuk Piala Malaysia! Ayuh yop! Kejor Yop Kejor!

Akhirnya, ambe tetap berharap pasukan kesayangan ambe, Terengganu dan T-Team akan menang malam ni. Paling tak, dapat 3 mata berharga dan kejar kedudukan kedua terbaik kumpulan. Kalah di peringkat kumpulan pasti perit untuk seluruh penyokong tegar Terengganu!

Siaran langsung dan live streaming

  • Johor DT vs T-Team, Astro Arena 801. 8.45 malam. [LINK LIVE STREAMING | Channel 15]
  • Lions XII vs Perak, Astro Arena 802. 7.45 malam.
  • Selangor vs Sime Darby FC. RTM 1. 8.45 malam. [LINK LIVE STREAMING | Channel 13]

Perlawanan yang berlangsung malam ni (keputusan terkini/penuh akan dikemaskini);

  • Lions XII 2 vs Perak 1
  • Sarawak 4 vs Kedah 0
  • Felda United 1 vs PKNS Selangor 0
  • Johor DT 1 vs T-Team 2
  • Kelantan 2 vs Negeri Sembilan 3
  • Terengganu 2 vs Pahang 1
  • ATM 4 vs Johor FA 1
  • Selangor 1 vs Sime Darby 1

@hafizmd – Live streaming Piala Malaysia 31 Ogos. Ayuh berikan sokongan kepada pasukan kesayangan anda!