Guna Copyscape Elak Buat Duplikasi Entri!

Assalamua’laikum.

Entri mesti unik. Itu antara benda yang selalu sangat geng-geng cekap SEO cakap kalau nak entri kita dipandang cantik oleh enjin carian. Unik tu apa bendanya? Macam-macam boleh. Antaranya cara kita menulis dan pilihan perkataan tak terkalah yang kita guna. Unik juga bermaksud entri kita belum pernah dikeluarkan di mana-mana. Maka, ada kemungkinan ayat-ayat kita “terduplikasi” entri blogger lain? Inilah gunanya Copyscape!

Copyscape elak buat duplikasi entri!

Serius, ambe memang selalu periksa setiap entri yang dikeluarkan, kot-kot ada ‘tercopy’ mana-mana ayat blogger lain, kenyataan akhbar mahupun apa-apa jenis petikan di mana-mana saja. Kesannya kalau entri kita dikesan ada duplikasi entri blogger lain, ianya boleh menjejaskan blog kita.

….sebab nanti jadi duplicate boleh kena penalty…rosak blog…~ Blogger Akma Omar

Rupanya kalau entri diduplikasi, kesannya cukup besar hingga boleh menjatuhkan kedudukan entri kita. Kalau sebelum duplikasi di muka pertama, mungkin selepas di’copy paste’, entri kita bakal terjun ‘gaung’, hilang terus! Mesti kecewa dan penat, kan? Maklumlah, bukan senang untuk buat entri kita muncul di muka pertama dan kekal konsisten. Nak-nak kalau keyword mahal!

Bebel panjang-panjang tak best. Kalau nak periksa, terus pergi sini –> Copyscape

#Teringat entri Kak Jie tentang ‘Blog Autopilot – Entri ini untuk awak.’

@hafizmd – Sama-sama kita jadi blogger yang lebih bijak dan berhemah. Entri ni sekadar ingatan khas untuk diri sendiri. Sekian.

46 comments

  1. Mungkin ini antara penyebab sesetengah entri kita hanya mampu bertahan seketika di page pertama google. . Sebelum ianya dihumban jauh ke tengah lautan ilmu.. terima kasih di atas perkongsian info..

  2. sama2 ler kita jadi blogger yg berhemah dalam menulis di blog, hormati hasil penulisan blogger lain dengan memberikan kredit sekurang-kurangnya.

  3. Satu ilmu baru buat saya…banyak sangat posting saya telah dicopy paste dengan meriah sekali….patutlah tak terpampang dekat google search…alahai! susah nak halang orang yang nak berblogging tapi tak reti tulis sendiri ni!

  4. Seperti kata Mohd Shubhi, ini juga ilmu baru bagi saya. Tidak pernah terfikirpun entri kita akan ‘dicuri’ orang. Tapi apa yang penting, kita tidak ‘curi’ orang punya..

  5. Kadang-kadang content kita yang dicuri boleh outrank kita punye blog ,tu yang buat kita naik hangin. Tapi takpelah kalau google boleh terlepas dengan si pencuri ne ,Allah S.W.T nampak semuanya. Makan hasil yg baik jadinya baik,makan rezeki tak elok,buruk padahnya.

  6. Ada tak satu tools untuk mengesan entry kita yang telah dicuri dibawa ke mana. Setakat ni saya cuma dapat kesan artikel dicuri, tapi tak tau ke mana dia pergi. Saya guna perkhidmatan tynt.

  7. aku dah banyak kali kena. even blog baru seminggu pun dah kena..so..kekadang aku kejam. aku gi report site mana yang patut. tak sampai seminggu, hilang dan terus jahanam blog tu.

    habis cerita.

    itu kes, kalau aku geram. Kalau kes aku tak kesah. Aku biar je. Apa nak jadi, jadi la…

    tapi biasanya..memang aku geram. Kalau aku geram..korang pun tahu apa aku wat kan? haha..

    1. hahahaha…lu mmg kadang2 gua tgk kejam, tp apa yg gua respek sbb lu berani tulis apa yg lu rasa betul…itu mmg betul2 gua respek!

      rasakanlah kalau berani cuba main2 ngn en titan ni….hohohoho

    1. kalau macam tuh…taklah rasa ralat sangat…tp rasanya ttp akan beri kesan ‘buruk’ pada blog kita.

      sama kes macam blog autopilot yg guna feed blog kita..boleh rujuk entri kak jie yg ambe letak di hujung entri =)

  8. Emm pernah gak kena mcm ni..tapi saya buat tak tahu aje..entah la tak pandai nak report kat sana sini..buat diam aje lah….kalau kena penalty apa boleh buat..haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *