Apa kata blogger tentang trafik blog?

harapan kebaikan keburukan kahwin muda masih belajar

Assalamua’laikum.

Apa kata blogger tentang trafik blog? Trafik blog. Maksudnya berapa ramai yang datang ke blog. Penting ke tak penting? Dipandang atau sekadar hiasan? Saya berblogging tak cecah 3 tahun lagi pun, tapi dapatlah faham beberapa perkara tentang trafik blog ni. Tak tahulah, apa yang saya faham ni betul atau tak, tapi setakat ni cukup untuk berikan satu garis panduan paling tak untuk teruskan minat berblogging ni. Apa kata saya tentang trafik blog?

Oh! Trafik blog

trafik kepada seorang bloggerBagi saya, ia ibarat 1 Carian 1 Harapan. 1 trafik yang masuk ke sini saya anggap satu harapan besar seseorang. Saya boleh beri contoh melalui carian “sakit sebelah kanan perut” membawa kepada entri ‘Sakit Perut:Ketahui 10 Tanda Radang Appendik.’ Entri ni terhasil selepas menyaksikan sendiri sakit perut isteri yang dianggap sakit perut biasa,  akhirnya disahkan radang appendik. Oleh sebab nak berkongsi, saya tulis di entri tersebut tanda-tanda awal sakit perut appendik. Antara komen yang cukup terkesan ialah;

“Tq bro. Lepas isyak tadi baru saya berjaya bawak wife saya dtg hospital..now dah kena warded utk further check up. tq utk semua yg bg info pasal entri ni”

Hanya satu perasaaan saja yang saya rasa saat tu. Iaitu KEPUASAN. Kepuasan dapat berkongsi maklumat penting yang mampu melegakan perasaan seorang suami. Ianya cukup-cukup memberi erti.

Selain sebab di atas, mungkin 3 sebab di bawah juga boleh saya katakan tentang trafik bagi seorang blogger;

1. Trafik penting untuk buat duit dengan blog. Betul tak? Kalau takde yang singgah sini dan makan umpan yang aku letak, mana mungkin aku nak buat duit sampingan dengan aktiviti menulis? Main affiliate ni, penting untuk tarik trafik yang berkualiti. Kena tengok SIAPA yang datang sini. Kalau pengunjung tu tengah ‘terdesak’ cari sesuatu dan dia jumpa “sesuatu” di blog ni, peratus untuk dia membeli amatlah tinggi!

Pengiklan yang sukakan trafik tinggi pun ada. Ada juga yang tak tengok trafik, tapi suka gaya kita menulis. Macam-macam jenis pengiklan yang ada. Jadi jangan putus asa untuk buat duit dengan blog, sebab trafik bukan segala-galanya!

2. Sebarkan info berfaedah. Lagi ramai baca, lagi bagus. Maksudnya lagi banyak trafik yang masuk dan pembaca suka entri yang aku tulis, kemungkinan besar dia akan klik butang share, like, tweet dan lain-lain. Semua ni akan menyebarluaskan lagi entri yang aku tulis. Sebab tu juga, aku cukup berhati-hati dalam menulis. Jujur aku cakap, memang payah aku nak hentam tulis jer tanpa aku baca balik 2-3 kali apa yang aku tulis. Nanti salah tulis, berat “buku sebelah kiri” ni. Oh! Takutnya.

3. Sumber motivasi. Serius, kalau saya tengok walau ada sorang jer pun yang singgah di blog ni dah cukup untuk beri motivasi untuk terus menulis dengan lebih baik. Motivasi tinggi penting untuk terus menulis dan blog ni tak mati separuh jalan.

Ini saja yang terlintas untuk ditulis sekarang. Mungkin ada lagi yang tertinggal. Kalau korang pun ada benda nak sembang, jomlah pakat ramai-ramai turut serta dalam pertandingan anjuran Santaikata.com ni. Boleh terus terjah entri kontest di bawah. Hadiah memang lumayan beb!

Kontest Apa Kata Blogger Tentang Trafik Blog?

@hafizmd – Apa kata blogger tentang trafik blog? Ambe kata ianya satu KEPUASAN!