celoteh kakak

Celoteh Kakak #12 Buat Kerja…

Assalamua’laikum.

Kakak memang boleh dikira seorang yang rajin. Antara perkara yang menggembirakan kami Abah dan Mama ni, Kakak memang sukakan buku. Pantang cakap nak beli buku, boleh kata selagi tak beli, selagi itulah Kakak ulang ulang dan ulang sampai kami beli. Tak kisahlah, janji dia suka buku berbanding tablet dan coklat. Itu dah cukup memuaskan hati kami.

Celoteh Kakak buat kerja sekolah

celoteh kakak Cuma, kadang-kadang, biasalah ada harinya Kakak jadi liat nak siapkan kerja sekolah. Sekejap buat, sekejap hilang pergi bermain dengan adiknya. Sekejap suruh, tak sampai seminit pensel dah kesunyian atas meja. Semalam, ada kerja sekolah. Kena kaler-kaler. Pensel warna ni memang subjek yang Kakak suka tapi macam biasalah juga. Ada masanya dia hilang fokus sebab ada saja benda yang dia nak cerita. Contohnya semalam…

“Abah, kawan Kakak, Hanis yang masuk bertanding bercerita semalam,” Kakak tiba-tiba cerita pasal Festival Keseniaan Islam yang dia pun turut serta sekali.

“Oooo…ok ok. Kakak siapkan kaler-kaler tu dulu…nanti cerita kat Abah,” Abah saja tak nak layan cerita Kakak. Nanti makin panjang dan lagi lambat dia siapkan kerja sekolahnya.

“Abah, Hanis tu 6 tahun. Dia kelas 6 tahun, Kakak kelas 5 tahun,” Kakak langsung tak hirau kata-kata Abah tadi. Sambung juga ceritanya.

“Oooo…6 tahun. Jadi Kakak kira hebatlah dapat jadi wakil sekolah walaupun Kakak 5 tahun, kan?” Abah dah semacam termakan umpan Kakak untuk diajak bersembang.

Abah. Dahlah cakap. Kakak nak siapkan kaler-kaler ni.” Kata Kakak selamba.

“Adeh.” Abah terus diam dan gelak sorang-sorang dalam hati.

@hafizmd – Celoteh Kakak yang dah semakin bijak dan pandai. Semoga menjadi anak solehah. Ameen

30 comments

  1. Kerenah anak ni buat kita tersenyum dengan celoteh percakapan mereka yang mencuit hati. Anak saya yg kecil 6 tahun, begitu juga, apa yang dijanjikan pasti kena tunai, kalau tidak berjebek mulut dia tanda tidak puas hati. Semoga anak-naka bro dan anak-anak saya berada dalam keadaan sihat sejahtera dan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Insya Allah…

  2. hehehe pandai kakak ye, umpan abah supaya dgr citer dia, seronok bila anak2 dh besar kan,

    anak aju sekolah rendah sk 1, yg no 2 tu pun bakal menyusul tahun depan insha allah 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *