Pestabola Merdeka Peluang Harimau Muda A Tunjuk Taring!

Siaran langsung live streaming Pestabola Merdeka

Assalamua’laikum.

Pestabola Merdeka 2013. 7 September – 14 September. Malaysia kali ni diwakili oleh anak buah Ong Kim Swee. Pasti ramai yang tertunggu-tunggu nak tengok sendiri kebolehan pemain Harimau Muda A yang khabarnya semakin tajam kuku dan taringnya. Rekod di sepanjang Kejohanan Universiti Dunia dan Jelajah Eropah Timur boleh dikatakan agak mengujakan!

Oh! Harimau Muda A

Siaran langsung live streaming Pestabola Merdeka

  • Sepanjang Siri Jelajah Eropah Timur, Harimau Muda A menang 2 kali, seri 4 kali dan kalah 9 kali. 
  • Dalam Kejohanan Universiti Dunia, Harimau Muda A berada di kedudukan ke-8 daripada 15 pasukan. Antara pencapaian terbaik!
  • Perlawanan persahabatan terakhir dengan China, kalah 0-4.
  • Antara yang turut dipanggil ke dalam skuad Harimau Muda A ialah Nazmi Faiz Mansor, Zubir Azmi, Putera Nadher, Wan Zack Haikal, S.Sivanasen, Mohamad Nasir, Nik Mohamad Shahrul Azim dan K.Reuben.

Siaran langsung & jadual Pestabola Merdeka

Jangan risau, ada siaran langsung Pestabola Merdeka di TV9 dan Astro Arena 801. Hanya ada 4 pasukan yang bertanding kali ni dan tengoklah jadual Pestabola Merdeka di bawah. Mana tahu ada masa, boleh turun sama-sama menyokong Harimau Muda A beraksi!

  • Malaysia vs Singapura. 7 Sept. 2013. 5.30 petang [LINK LIVE STREAMING]
  • Malaysia vs Myanmar. 9 Sept. 2013. 8.45 malam. [LINK LIVE STREAMING]
  • Malaysia vs Thailand. 11 Sept. 2013. 8.45 malam. [LINK LIVE STREAMING]
  • Tempat ke 3/4: 14 Sept. 2013. 5.30 petang
  • Akhir: 14 Sept. 2013. 8.45 malam

Kali terakhir Malaysia jadi juara ialah tahun 2007. Masa tu era jurulatih B.Sathianathan. Apakah tahun ni bakal menjadi detik terbaik skuad Malaysia U-23 menyerlah sebagaimana skuad U-16 Malaysia? Jom sokong ramai-ramai!

@hafizmd – Yes! Ada siaran langsung Pestabola Merdeka di TV9!