Malaysia vs Myanmar Pestabola Merdeka 2013!

pestabola merdeka 2013

Assalamua’laikum.

Malaysia vs Myanmar 9 September. Amacam? Puas hati tak Malaysia menang 1-0 dengan Singapura? Keseluruhannya, ambe rasa banyak lagi yang Malaysia mampu tunjukkan petang tu, cuma keadaan padang bak bendang membataskan pergerakan bola dan pemain. Namun, kelibat ketua pasukan Irfan Fazail, Wan Zack dan Putera Nadher cukup menarik dan mengujakan!

Malaysia U-23 vs Myanmar U-23 Pestabola Merdeka

Malam ni, perlawanan kedua Malaysia vs Myanmar pasti tertumpu kepada serangan pantas barisan Myanmar dan kekentalan barisan pertahanan Malaysia. Mungkin jurulatih Ong Kim Swee akan bermula dengan line-up yang sedikit berbeza berbanding semasa perlawanan menentang Singapura Sabtu lalu.

Nik Shahrul Azim pastinya akan dikerah habis-habisan malam ni. Kelibat Junior Eldstal (Putera Nadher Amarhan Maderner) yang nampak ada di mana-mana pasti merunsingkan barisan tengah dah serangan Myanmar. Tak sabor ambe nak tengok lagi kelibat mamat sorang ni. Cukup rajin turun naik!

junior eldstal pestabola merdeka

Wan Zack pulak kena “marah” dengan sebilangan penyokong Malaysia yang tak tahan dengan perangainya yang suka bermain secara solo. Apa nak buat, memang mamat ni cukup bagus dengan bola di kakinya. Tak kisahlah, selagi peluang ada untuk score, ambe pun akan tendang bola ke arah gol lawan. Peluang depan mata, seorang pemain bola memang teruja habis! Akhirnya, perlawanan pasti juga tertumpu kepada kapten Malaysia U-23, Irfan Fazail yang banyak menggerakkan bola ke depan untuk menghasilkan jaringan. Gandingan Irfan-Nazmi cukup serasi!

Siaran langsung dan live streaming

Jangan lupa, malam ni ada siaran langsung Malaysia vs Myanmar di TV9 dan Astro Arena 801. Link live streaming boleh ke link ini –> Malaysia vs Myanmar.

@ hafizmd – Malaysia U-23 vs Myanmar U-23 Pestabola Merdeka. Malaysia menang 3-1 malam ni. InsyaAllah.