Guna Copyscape Elak Buat Duplikasi Entri!

Assalamua’laikum.

Entri mesti unik. Itu antara benda yang selalu sangat geng-geng cekap SEO cakap kalau nak entri kita dipandang cantik oleh enjin carian. Unik tu apa bendanya? Macam-macam boleh. Antaranya cara kita menulis dan pilihan perkataan tak terkalah yang kita guna. Unik juga bermaksud entri kita belum pernah dikeluarkan di mana-mana. Maka, ada kemungkinan ayat-ayat kita “terduplikasi” entri blogger lain? Inilah gunanya Copyscape!

Copyscape elak buat duplikasi entri!

Serius, ambe memang selalu periksa setiap entri yang dikeluarkan, kot-kot ada ‘tercopy’ mana-mana ayat blogger lain, kenyataan akhbar mahupun apa-apa jenis petikan di mana-mana saja. Kesannya kalau entri kita dikesan ada duplikasi entri blogger lain, ianya boleh menjejaskan blog kita.

….sebab nanti jadi duplicate boleh kena penalty…rosak blog…~ Blogger Akma Omar

Rupanya kalau entri diduplikasi, kesannya cukup besar hingga boleh menjatuhkan kedudukan entri kita. Kalau sebelum duplikasi di muka pertama, mungkin selepas di’copy paste’, entri kita bakal terjun ‘gaung’, hilang terus! Mesti kecewa dan penat, kan? Maklumlah, bukan senang untuk buat entri kita muncul di muka pertama dan kekal konsisten. Nak-nak kalau keyword mahal!

Bebel panjang-panjang tak best. Kalau nak periksa, terus pergi sini –> Copyscape

#Teringat entri Kak Jie tentang ‘Blog Autopilot – Entri ini untuk awak.’

@hafizmd – Sama-sama kita jadi blogger yang lebih bijak dan berhemah. Entri ni sekadar ingatan khas untuk diri sendiri. Sekian.