Separuh Akhir Hoki Piala Asia Malaysia vs India!

Assalamua’laikum.
Misi tak terkalah Hoki Piala Asia. Skuad Hoki Malaysia belum pernah ke perlawanan akhir sejak tahun 1982. Paling hampir pun, kita pernah ke separuh akhir, 2007. Malam ni, pasti menjadi satu misi paling besar tahun 2013. Layak ke akhir dan seterusnya mampu menjadi juara buat kali pertama dilihat cukup berat namun tak mustahil. Ranking Malaysia dan India hampir sama. Peluang 50-50.
Live streaming Malaysia vs India, 30 Ogos 2013
Untuk link live streaming (9.45 malam) –> Malaysia vs India (pilih saluran hockey)
India tak pernah gagal ke Piala Dunia, mereka mesti jadi juara untuk layak ke Belanda tahun depan. Tekanan pasti dilihat lebih kepada pasukan India ditambah bermain di depan peminat hoki Malaysia. Oh, rindunya nak tengok hoki!
- Pertemuan terakhir Malaysia vs India berkesudahan seri 2-2.
- Rekod jaringan pasukan India dalam kejohanan ni cukup terbaik. 19 jaringan, 1 bolos!
- Rekod jaringan Malaysia ialah 15 gol, 8 bolos.
Nampak tak? Beza jaringan dan bolos pasukan India cukup menggerunkan. Banyak jaringan pasukan India adalah hasil pukulan sudut penalti. Masalah di bahagian pertahanan Malaysia dan “leka” di awal perlawanan diharap tak berlaku malam ni.
Ayuh, kalau anda berada di sekitar Ipoh, jangan lupa ke Stadium Hoki Sultan Azlan Shah malam ni untuk memberi sokongan padu kepada skuad hoki Malaysia. Siaran langsung di Astro Arena 801.
Keputusan: Malaysia 0 vs India 2
@hafizmd – Malaysia vs India. Hoki kembali mengaum di pentas dunia!
peluang nak menang tu ada. Kita kena yakin!
Peluang utk menang dengan India memang ada. Namun, pemain-pemain perlu perbaiki persembahan yg ditunjukkan semasa group matches. Antaranya, pemain-pemain kena lebih cepat membuat hantaran dan tidak terlalu ‘casual’ dalam kawasan sendiri. Kebanyakkan gol-gol yang kita lepaskan adalah atas kecuaian dan permainan yg too ‘casual’ ini. Selain dari itu, pukulan sudut pendek tidak boleh dipersiakan. Mungkin ada kaitan dengan fitness Faizal Saari yang masih belum memuaskan. Namun kawe rasa Razi Rahim boleh buat lebih baik dari yg dipamerkan setakat ini.
betul tu bro Ismail. Mungkin casual sbb taktikal? Nak drag pemain lawan bergerak dari kawasan mereka ke kawasan kita, tapi itulah….cuai tu yg buat kita lepas byk gol ‘mudah’.
Razi Rahim dah nampak makin kemas…harap malam ni..dua2 menjadi
Good Luck saya ucapkan buat pasukan Hoki Malaysia.. Bukannya senang nak mengalahkan India dalam Sukan Hoki.. Tapi, saya yakin… Malaysia Boleh!!..
P/S: Pasukan Robot Soccer PSIS berjaya mengalahkan pasukan Robot Soccer dari negara India dengan jaringan 25-0 dalam 18th Fira Roboworld Cup 2013…
Harap menang la. Tapi tu la. Malaysia ni drama dulu. Mesti awal perlawanan kena titik dulu. Lepas tu baru sibuk nak kejar balik.
akhirnya tak dapat buat magic
Berharap skuad Hoki Malaysia melangkah pentas akhir dan juara sebagai hadiah sempena sambutan Hari Merdeka.
semoga Malaysia sukses nanti ni. insyaAllah buleh….
akhirnya hanya ditempat ke 4
india dengan hoki memang tak boleh dipisahkan…
harap malaysia mampu menundukkan india
India masih antara yg terbaik di dunia
sayangnya pasukan Malaysia tumpas 0-2…huhu
huhu…tewas juga akhirnya
Malaysia terpaksa berputih mata…kalah pada India 2-0. Kekalah ini perih untuk ditelan. Semua rakyat Malaysia kecewa…namun pujian harus diberikan pada skuad hoki Malaysia yang berhempas pulas mengasak pasukan India.
mmg perit tp itulah realitinya…india masih satu langkah di dpn Malaysia
akhirnya..kalah juga..
akhirnya….tak sampai hajat nak tgk jadi juara
Emm apa boleh buat..rezeki tak memihak kepada malaysia..