Kenapa Perlu Tunggu Esok?
Assalamua’laikum.
Kita selalu tunggu esok untuk buat sesuatu. Kalau memang tak dapat elak, memang oklah, kan? Jika semuanya sudah siap sedia depan mata, kenapa perlu tunggu esok? Lagi tak best, jika sesuatu tu boleh dibuat tanpa modal selain perbuatan dan perkataan. Apa lagi yang kita tunggu? Banyak sangat ALASAN.
Halangan untuk berubah?
Kita ni, payah nak maju ke depan kalau asyik salahkan itu dan ini. Kalau tengah pegang pen untuk menulis, kita tangguhkan dengan alasan pen tak best. Tunggu nak beli pen baru. Soalnya, bila masanya nak beli pen baru? Sempat ke umur kita nak pergi beli pen baru? Ini sekadar analogi ringkas sebuah kehidupan.
Sebenornya yop, halangan untuk berubah datangnya daripada diri kita sendiri. Ate, kita merasa udoh BAIK, BAGUS, HEBAT dan serba ok. Inilah halangan terbesar untuk kita berubah! Kita dah “selesa” dengan kebaikan yang kononnya kita ada. Kita juga lupa untuk sentiasa berdoa pada pemilik hati kita, Dia Yang Maha Mengetahui!
Apa jadi yop bila udoh merasa diri ni sudah cukup baik? Mulalah kita rasa tak perlu usaha lebih kuat. Cukup sekadar apa yang ada terutama dalam soal amal ibadah kita. Juga beringat dengan perangkap syaitan durjana yang ingin memerangkap kita dengan perasaan riak dan takabbur! Wanau’zubillah…
- Kita yang bergelar anak-anak, tak perlu tunggu hari raya untuk balik kampung. Ada ruang dan wang, balik kampung jenguk ibubapa selagi mereka ada untuk kita tatap dan berbakti!
- Buat para suami, tak perlu tunggu hari penting untuk beri kejutan kepada isteri (itu pun kalau deme ingat tarikhnya yop!) Baru kita boleh menjadi suami idaman yang isteri kita igau siang dan malam!
- Kita seorang Ayah, tak perlu tunggu esok untuk gembirakan hati anak-anak kita. Petang ni, luangkan masa ke taman bersama-sama. Berlari bersama riang gembira!
- Kalau anda seorang blogger, ada plan nak tambah blog, mulakan hari ni. Tak perlu tunggu dah pandai main SE O baru nak buat itu ini. Tak perlu tunggu nak pandai design blog! Mulakan langkah anda hari ini.
Ambe bukan kata kat orang lain, ini khas untuk diri sendiri. Banyak kali juga bertangguh nak buat itu dan ini. Fokus dan konsisten tak selari dan seirama.
@hafizmd – Kenapa perlu tunggu esok sedangkan kita boleh buat hari ini? Berubah menjadi lebih terbaik!
kalau bukan hari ini,bila lagi kan bro?
take action baru semua menjadi, kan bro?
🙂
betul tu….main-main dalam kepala tak jadi apa2 kerja =)
hari ini aku nak tdo. apa nak jadi..jadilah dengan blog tu. haha..
hahahhaa..bab tido…lu jgn main2…baik tido sekarang…esok belum tentu sempat…ramai yg goda nanti..hahahaha
ya betul kalau nak tambah cawangan jangan tunggu berkenan sambar je haha
tambah cawangan? hahahahha
cawangan blog ke cawangan ape ni bro? hahahahaha
cawangan, lain macam je farid…
Sikap bertangguh-tangguh ni memang sangat tidak elok dan susah nak buang. Saya sendiri pun hadapi benda yang sama.
Penyakit ni sama bahaya ngn penyakit malas….adeh
Usaha tangga kejayaan..kalau asyik kerja bertangguh dan hangat2 tahi ayam ,hasilnya tahi ayam jugala yang dapat..
Dan bila tiba esok, pasti akan sama jika kita tak lakukan pada hari ini, Ayuh kayuh perlahan-perlahan agar kita maju kehadapan.
Saya setuju sangat-sangat dengan Statement ini…
“Kalau anda seorang blogger, ada plan nak tambah blog, mulakan hari ni. Tak perlu tunggu dah pandai main SE O baru nak buat itu ini. Tak perlu tunggu nak pandai design blog! Mulakan langkah anda hari ini.”
Masa pertama kali saya tulis blog, saya langsung tak tahu apa itu SEO… Saya mula mengenali SEO semasa menyertai Cabaran SEO Eyriqazz Vs Denaihati… 😉
kadang2 den suka juga menangguh kerja,ish kene ubah nih…thanks atas peringatan yer bro…;)
Tak perlu ambil banyak masa nak komen artikel ni! 😀 Haha..
Terima kasih atas perkongsian hebat ni
Ambo pun ada penyakit bertangguh jugak..hoho
Kenapa perlu tunggu esok untuk berubah…esok belum tentu hidup atau mati. Peringatan untuk diriku sendiri…
teringat filem “esok masih ada”, filem lama 80’an. takde kaitan dengan entri ni…heeee.
selesaikan apa-apa yang patut sebelum esok.
Kenapa perlu tunggu esk? Nak pindah wp jom baca entri saya hehe
Sebab selalu bertangguh akhirnya tak buat. 🙁
the power of now 🙂
Hahahahahaha aku nyaris2 ingat ko ni pencetus moto HONDA.. The Power of Dream.. wakakaka
ya, bertindak sekarang juga… good motivation!
Bertindak sebelum terlambat. 🙂
no komen lebih auc jg, suka bertangguh2 huhuhu
Patutnya kita ambil langkah awal, tetapi awas.. Perlu juga perancangan yang hebat untuk mencapai target yang hebat.. Saya amat setuju benar dengan entri ini.. Amat kacak bahasanya,. terlebih manis jangan bro.. hehehe
kenapa tunggu esok?
errr.. esok sabtu bro..cutiiiii.. he he ..
salam jumaat 😉
hohoho…hari cuti paling best!
Tunggu esok bila kerja itu patut dibuat esok. Sekiranya tidak, kenalah buat segera tanpa perlu bertangguh…
Betul tu….mana yg penting, perlu disegerakan
baca tajuk je dah terus terasa, “kenapa perlu tunggu esok untuk update blog?” selalu sangat cakap dalam hati kononnya nak tunggu esok, sekali terus tak update. sobsob
huhu…samelah ngn ambe ni…keh3
Ok..terima kasih untuk entri ni..sila jangan tangguhkan kerja disebabkan pen yer..haha..
hahahha…sila tulis sekarang =)
bagi saya, kenapa tunggu hari esok untuk berbisnis he..he…
betul jugak tuh =)
Kerja bertangguh memang tak menjadi kan Hafiz ?
betul tu lynn..mmg tak menjadi dan tak berkualiti
setuju dengan entri ni.Kalau semua nak buat dan tunggu esok, macamlah masih ada esok untuk kita.yang penting rancang urusan kehidupan, barulah nampak yang mana kena buat esok, yang mana kena buat hari ni.hee..
Setuju tu. Apa yg ada sekarang, kita buat dgn sungguh2..terima kasih cik matahari berkongsi pendapat =)
Sejak beribu tahun lalu manusia sangat takut dengan peubahan …tetapi tidak berani mengakuinya…mengikut cerita lisan org Greek..Aristotle pernah di tanya oleh muridnya..apakah perkara yg paling di takuti…Jawab pemikir itu..BERUBAH.
nah sama2 kita fikirkan .. jika kita dah tersesat jauh … dah rasa diri betul …pasti takut nak berubah .