Tahniah Harimau Muda A! Juara Pestabola Merdeka

Siaran langsung live streaming Pestabola Merdeka

Assalamua’laikum.

Malaysia menang 2-0 tewaskan Myanmar. Puas hati. Tahniah buat pemain Harimau Muda A dan pastinya khas juga kepada jurulatih Ong Kim Swee. 20 minit awal, memang nampak Malaysia tak berapa nak jumpa rentak, tapi selepas tu memang tak senang duduk ambe jadinya. Kelibat licik Wan Zack dengan kawalan bola yang cukup kemas dan kehebatan tangan ’emas’ Izham Tarmizi cukup berharga malam ni.

Malaysia Juara Pestabola Merdeka Edisi 41

  • Penjaring terbanyak milik Rozaimi. Walaupun hanya bermain 2 perlawanan, dia mampu menjaringkan 3 gol. Cukup bagus. Pasti bintangnya lebih bersinar lepas ni.
  • Pemain terbaik perlawanan milik Wan Zack Haikal. Tak dapat ambe nafikan sentuhannya cukup berbisa sepanjang Pestabola Merdeka. Kebolehan mengawal bola dengan kaki kiri dan kanan cukup banyak menyusahkan pemain lawan. Moga terus mengasah bakat dengan lebih cemerlang di Liga Jepun! Wan Zack memang berbakat besar.
  • Izham Tarmizi. Memang cukup kebal malam ni. Kuat betul tangannya menepis setiap percubaan berbahaya Myanmar!
  • Semua pemain Malaysia memang cukup bertenaga, disiplin tinggi dan fokus. Tahniah buat semua pemain! Memang korang ada masa depan yang cerah.
  • Pastinya, tak lupa penyokong Malaysia terutamanya Ultras Malaya. Ambe tengok kat rumah pun dapat rasa gelora semangat korang! Korang memang terbaik!

Takde apa lagi ambe nak tulis. Harap Harimau Muda A terus memperbaiki mana-mana kelemahan yang ada dan terus meningkat mutu persembahannya. Memang puas hati dengan disiplin dan kerjasama antara pemain. Memang terbaiklah der! Layankan gambar sekitar perlawanan akhir Pestabola Merdeka Edisi 41!

Harimau Muda A

Gol Rozaimi Malaysia vs Myanmar

junior eldstal

Malaysia juara Pestabola Merdeka

@hafizmd – Tahniah Malaysia!