Faktor Tak Terkalah Cara Buat Duit Dengan Blog?
Assalamua’laikum.
Alhamdulillah. “Kalau malas nak pecahkan ruyung, mana nak makan sagunya.” Kalau blogger malas nak menulis, mana nak datang duitnya. Betul tak? Ambe masih lagi kategori amatur dalam bab-bab buat duit dengan blog ni. Rasanya ramai yang hampir nak bengkak gegendang telinga masing-masing didendang dengan lagu bertajuk ‘buat duit dengan blog,’ tapi ada juga yang masih belum berjaya (gunakan perkataan positif) merasai nikmat menerima email komisen. Senyum sampai ke malam!
Cara buat duit dengan blog?
Banyak sangat caranya. Ambe hanya tahu sikit pasal affiliate dan adalah jugak sekupang dua hasilnya. Masih belum boleh dibuat bayar hutang rumah ambe tu, tapi alhamdulillah dapatlah tampung mana-mana keperluan & kehendak yang mendesak.
Satu lagi cara buat duit ni dengan masuk kontest anjuran blogger. Tinggal korang rajin atau malas jer. Kalau malas macam ambe ni, memang payahlah nak ada peluang menang. Korang kena ambil Encik Titan sebagai idola korang. Dalam ‘malas-malas’ dia pun, berderet duit masuk. Kalah tu cerita nombor dua, masuk dulu dan asah kemahiran menulis. Orang tua-tua kata, “belakang parah diasah lagi tajam.” Dah menulis setahun dua, mesti makin mengancam dan cun ayat-ayat korang nanti.
Aku tak sangka sebenarnya menang contest review ni. Menang pulak dapat nombor dua. Memang gembira sangat hati aku ni – Blogger Hafizul
Nampak tak? Blogger Hafizul sendiri tak sangka boleh menang, tapi di mata penganjur entrinya dah cukup cun untuk menang tempat kedua. Sama juga halnya dengan pengiklan, ada yang pandang trafik dan PR tapi tak semua. Ada yang suka dengan cara kita menulis. Jadi, jangan kita rasa terlampau rendah diri dengan blog sendiri. Kalau bukan kita yang bangga dengan blog sendiri, sape lagi, kan?
Kalau ada masa, sertailah contest-contest tersebut. Kalau tak ada masa, pepandailah curi masa – Encik Titan
Kalau nak, kenalah usaha sikit. Kalau nak banyak, kenalah usaha lebih banyak. InsyaAllah, rezeki Allah untuk kita tetap ada. Mana tahu, impian nak jadikan Blogger sebagai kerjaya akan dicapai satu hari nanti. InsyaAllah.
@hafizmd – Ambe menulis apa yang ambe buat. Ada banyak lagi caranya nak buat duit dengan blog atau media sosial lain. Pepandailah korang korek ‘hidung’ blog lain =)
betul tu rezeki yg tak disangka2
saya dah cuba cuma rezeki belum lagi berpihak kepada saya
Cuba lagi, perbaiki mana yang kurang, tingkatkan kualiti diri 🙂
@Bro sabree, setuju tu…insyaAllah akan sampai ganjarannya =)
Psttt.. cara jana duit la bro.. Buat duit tu bunyinya mcm cetak duit jer 😀 Kena report sama Bank Negara nanti he he..
hahaha…betul jugak tu…thanks bro…
jana wang…ni lebih sesuai…keh3
hoho..tahniah pada yang menang.
rezeki ada di mana-mana. kena usaha. kalau tak usaha mana nak datang rezeki tu kan bro.
tahniah !
terima kasih bro
usaha mmg kena…kalau tak, mmg payah..
Waahh.. 50 hengget tu..lepas dah nak bayar bil tepon..hehe
Alhamdulillah…mmg lepas nak bayar bil bulan ni =)
Tengah berusaha ler ni…tak jadi-jadi lagi !!!
insyaAllah…lepas ni menjadi…ameen
usahajaya sampai jati kali nih.. erghhhh
Rezeki..tahniah..yup, usaha tangga kejayaan..
terimakasih bro…
p/s-bangga ambe bro singgah sini =)
Aku sokong ape yang titan cakap.. kalau takde masa, cari la masa.. tak rugi nak join contest pun , menang kalah itu belakang cerita.. bagaimana bagusnya kalau kita sertai kontes.. dapat cash sebagai habuan.. tahniah..
Betul tu.
Kalah menang biasalah, tapi apa yg kita dapat…tu yg penting
thanks bro IA
Rajin dengan tak rajin je. Kalau ada usaha, adalah hasil dia tu nanti.
betul tu..moga pakat2 lebih rajin
hoho tahniah..den dah kurang join contest.. melainkan kontest tu berkait dengan dapat tiket percuma hehe..
hoho….tiket percuma best juge tu uncle =)
thanks bro
duit dari blog ni khas untuk mereka yang rajin
dan mahu terus belajar saja
yang malas, boleh duduk diam2 makan asap
hoho…makan asap..tajam menikam ayat cikgu ni
dah lama tak join contest dari blogger.. kalau tak mesti bole menang.. huhu
betul tu DT…harap dah kembali ada mood berblogging
Peluang hendak menjana pendapatan sudah terhidang. Paling tidak tinggal komen terbanyak pun boleh dapat duit. 🙂
tahniah bro. berbaloi usahanya, semoga semakin mantap akan datang, insyaAllah
Tahniah Bro memang rezeki terbuka luas di dunia internet ini untuk menjana Duit
Selamat ya, akhirnya usaha anda membuahkan hasil yang manis yaitu menang contest ini..
Teruslah sukses 🙂
kalau ada masa, memang seronok join contest2 kawan2 blogger ni sebab boleh kembangka network jugak 🙂