Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan Blogging

- 22 September 2013. Updated 3 July 2017Blogging

Assalamua’laikum.

“Apa yang saya belajar tentang buat duit dengan blogging.” Ada 3 perkataan utama yang begitu menarik minat saya dalam ayat ni iaitu ‘belajar’, ‘buat duit’, dan ‘blogging.’ Ini 3 perkataan yang jika saya hadap dan hadam betul-betul, tak mustahil perkataan terakhir iaitu blogging mampu menjadi mata pencarian utama saya satu hari nanti. Pendek kata, blogger sepenuh masa. Ini satu impian ramai blogger suku masa mahupun separuh masa di luar sana. Betul tak? Jadi, apa saya saya belajar tentang buat duit dengan blogging? Saya bebelkan di bawah.

Kena ‘belajar’

Nak pandai apa sekali pun, belajar menjadi teras utama. Ilmu hanya boleh diperolehi dengan teknik belajar.

1. Belajar teknik menulis. Menulis untuk buat duit dengan aktiviti  blogging ada tekniknya. Saya percaya, semua yang menjadi blogger punyai kemahiran menulis, tapi tidak semua yang memiliki kemahiran menulis yang mampu menjana duit sampingan. Saya sendiri masih belum lagi mahir dalam teknik yang mampu menjadikan saya seorang penulis/blogger yang menjana 3 angka mahupun 5 angka hanya dengan menulis. Tapi, ianya bukan halangan. Contohnya, Saudara Aqif Azizan. Beliau berjaya terbitkan satu buku fizikal yang bertajuk “Buat Duit dengan Freelance Blogging,” yang cukup menarik. Saya sendiri sudah membeli beberapa ebook affiliate dalam usaha belajar ilmu affiliate.

2. Belajar teknik pasang ‘umpan’  yang menggoda. Sekali lagi, ia ada kiatan dengan cara kita menulis. Contohnya, ayat yang diguna dan gambar yang ditampal mampu menjadi umpan untuk membeli apa saja Pastinya, ebook Encik Titan iaitu “Teknik Seo Merah Jambu”nya antara yang menjadi pilihan. Belajar buat duit dengan blogging ini menjadikan saya kena ada sasaran tertentu. Kalau setakat blogging tanpa hasil, rugi besar rasanya! Kena ada pelan perancangan jangka pendek dan panjang bak kata Encik Titan di entri ‘Bro, macam mana nak dapat duit hari-hari.’ Ini yang sedang saya usahakan dan akan diusahakan. Bukan senang, tapi tak mustahil sebab ramai blogger yang dah berjaya dengan blogging.

‘Buat duit & blogging’

3. Seni buka minda. Dulu-dulu, saya hanya tahu tentang pengiklan N dan paling awal, adsense. Nak dapat duit dengan adsense bukannya senang. Sampai sekarang, akuan adsense saya belum cukup untuk di’cash-out’kan. Sedih? Adalah sikit tapi itu bukan penamat bagi saya. Sekarang, macam-macam cara ada. Sekarang saya lebih fokus kepada affiliate. Saya belum mampu fokus sepenuhnya dengan macam-macam jenis cara buat duit dengan blogging. Sebab tu, saya memasang hajat untuk menyertai Kelas WordPress anjuran denaihati untuk kembangkan potensi diri dalam blogging.

4. Seni sabar. Ibarat si pemancing ikan yang sebenar, buat duit dengan blogging juga bukannya semudah yang disangka. Seni sabar memang penting. Ada yang  bertahun mencuba, baru mendapat hasil pertama. Saya bermula dengan blog berniche Bahasa Inggeris dan hasil pertama juga adalah dalam Dollar. Cukup mengujakan. Malangnya, kegagalan mengekalkan fokus merosakkan usaha itu. Kini, saya kembali tetapi dengan blog ini. Ada yang kali pertama mencuba, terus mengena. Sekali lagi, ianya ada kaitan dengan ilmu menulis dan memasang umpan yang menggoda. Ini yang baru saya belajar. Masih teramat jauh perjalanannya!

umpan menggoda buat duit dengan blogging

kredit gambar: google images

5. Mentor yang betul. Antara sifu terawal saya ialah Saudara Zulfadli (Smartusaha.com) dan Bro Rohaizad. Dua blogger ini menjadi asbab musabab saya terjerumus ke lembah blogging. Jadi memang untuk buat duit dengan blogging perlukan mentor yang betul. InsyaAllah, ada hasilnya. Janji mahu belajar dan rajin buat kerja dan sabar.

“Kekadang kita jadi Blogger yang tak sanggup menghadapi ujian .. maksudnya bila kita bertukar platform baru tetiba ada masalah, kita give up dan pindah balik platform lama. Mana ada kejayaan tanpa masalah dan setiap masalah yg dapat diselesaikan pasti ada ilmu baru.” ~ Denaihati Ilhamku (Fb)

Inilah antara perkara yang dapat saya bebelkan meraikan satu mini contest anjuran blog sabreehussin.com . Mini contest ini ditaja hebat oleh Titan, Juan dan Suri.

Jomlah meriahkan Mini Contest ni. Banyak lagi yang anda boleh kongsikan!

@hafizmd -Blogging dah jadi hobi yang seronok!

{ 59 comments… read them below or add one }

kakiblog September 22, 2013 at 12:10 am

terbaiklah penyertaan bro..semoga berjaya.

Reply

hafizmd September 23, 2013 at 10:41 pm

terima kasih bro KB!

Reply

suri September 30, 2013 at 11:35 pm

semoga berjaya ..meriah juga dunia blogging ni

Reply

Blogger Babyface September 22, 2013 at 12:36 am

memang banyak dugaan dan cabaran untuk menjadi blogger yg mampu gah dgn pendapatannya. bukan dunia blogging aje macamtu.. semua perkara pun sama. kena ada usaha dan ilmu. baru boleh jadi dan jalan

Reply

hafizmd September 23, 2013 at 10:41 pm

setuju tu..semua nak kena usaha dan ada ilmu

terima kasih bro ladfe

Reply

AUC September 22, 2013 at 9:32 am

Moga berjaya bro…

Reply

hafizmd September 23, 2013 at 10:40 pm

terima kasih bro AUC!

Reply

suri September 30, 2013 at 11:27 pm

admin buat duit mesti dah banyak ini.cua kongsikan lebih dari itu cewah,,

Reply

Hanif Abdul Bahar September 22, 2013 at 9:47 am

Saya pun sudah menyertainya :-)

Reply

hafizmd September 23, 2013 at 10:30 pm

selamat berjaya bro!

Reply

suri September 30, 2013 at 11:25 pm

selamat menyertainya semoga berjaya amin

Reply

sabree hussin September 22, 2013 at 1:16 pm

terima kasih untuk artikel penyertaan ni :-)

penuh dengan perencah pengalaman dan pengajaran.

untuk teknik affiliate tu, saya dah mula guna jaring :-) . bukan guna umpan semata-mata hhhe

Reply

hafizmd September 23, 2013 at 10:29 pm

terima kasih bro sabree =)

jaring? wah…mmg bagus ni

Reply

suri September 30, 2013 at 11:25 pm

semua kaedah digunakan pasti usaha itu ada

Reply

akubiomed September 22, 2013 at 1:20 pm

Kalau ada mentor lebih senang. Perlu keluarkan modal untuk dapat ilmu ak banyak sedikit pun tak apa.

Reply

hafizmd September 23, 2013 at 10:27 pm

betul tu bro AB..paling tak, ada tmpat nak rujuk

Reply

titan September 22, 2013 at 1:32 pm

betul, lu kena sabar…tapi kalau nak dapatkan ikan piranha tu..gua sendiri masih belum berani cuba. haha

Reply

hafizmd September 23, 2013 at 10:27 pm

hahahaha..itu ikan lu jgn memain aaa…hahaa

Reply

papa mifz September 22, 2013 at 2:06 pm

usaha tangga kejayaan , Insya-Allah…:)

Reply

hafizmd September 23, 2013 at 10:27 pm

terima kasih bro!

usaha usaha usaha

Reply

suri September 30, 2013 at 11:26 pm

nampak gaya blogger jangan mudah berputus asa

Reply

ajumohit September 22, 2013 at 3:51 pm

good luck!! hanya dengan berblogging pun dah boleh jana income dari pelbagai cara

Reply

hafizmd September 23, 2013 at 10:25 pm

betul tu..macam aju dgn butiknya..terbaiklah!

Reply

zik September 22, 2013 at 7:31 pm

bagus2 tuh… penceritaan yang sangat bagus bro.. jangan sayang duit pergi kelas blogging kalau kita mahu berjaya… walaupun belum2 membuahkan hasil.. tapi yang penting ialah ada usaha tuh

Reply

hafizmd September 23, 2013 at 10:20 pm

Mmg tgh kumpul sikit2…insyaAllah paling lewat awal tahun depan =)

Reply

Denaihati September 22, 2013 at 10:20 pm

belajar amat sangat penting, dan semoga bro sukses untuk kontes ni.

Reply

hafizmd September 23, 2013 at 10:20 pm

betul tu tuan DH…itu juga niat saya, nak ke kelas tuan =)

terima kasih tuan dh

Reply

khairul asrol September 22, 2013 at 10:59 pm

kalau dah ada idea macamana nak generate income tu dah cukup bagus dahh. tinggal komitmen dan masa je. bab modal, kalau aku tak perlu risau sebab insyaallah kalau usaha kita ada, allah mesti tolong, insyallah. :)

Reply

hafizmd September 23, 2013 at 10:19 pm

usaha dan usaha…insyaAllah ada ganjarannya

Reply

blogger lelaki September 22, 2013 at 11:49 pm

suka dgn ayat seni sabar tu..ada banyak ilmu gua dpt belajar hari ni..gud luck bro

Reply

hafizmd September 23, 2013 at 10:18 pm

mmg nak kena sabor..kalau tak, kita mengeluh tak tentu pasal

terima kasih bro

Reply

suri September 30, 2013 at 11:29 pm

seronok mendegar kisah admin rasanya buat kita semakin sabar dan mesti tuntut ilmu sedaya boleh

Reply

nazray September 23, 2013 at 10:37 am

untung ada mentor yang berbakat. Sy nak mencari mentor juga :D

Reply

hafizmd September 23, 2013 at 10:17 pm

Eloklah…encik titan bagus tu

Reply

suri September 30, 2013 at 11:30 pm

saya sedang mencari tapi sabarlah ada ke yang sudi huhuhu..

Reply

Rina September 23, 2013 at 11:03 am

Tidak menyangka sharing pengalaman tentang buat duit dari ber-blogging ini adalah posting untuk contest blog, bagus sekali
Semoga sukses dalam contest ini, semangat :)

Reply

hafizmd September 23, 2013 at 10:17 pm

Terima kasih Rina.

Semangat!

Reply

Hafizul September 23, 2013 at 12:27 pm

Hehe..semoga ada tuah untuk artikel ni..banyak seni pulak baca artikel ni..belajar dan terus belajar..iotulah senjata orang berjaya..hehe..

Reply

hafizmd September 23, 2013 at 10:16 pm

terima kasih boh!

deme masuk, makin payoh ambe nok mene =)

Reply

Hafizul September 25, 2013 at 3:58 pm

Deme nih..rezeki kan..menang kalah adat bertanding..hahaha..dop kesah la janji kita happy kan?

Reply

hafizmd September 25, 2013 at 7:07 pm

hahahah..janji kita gumbira…

pakat kita meriahkan blogging!

Reply

cikgu naman September 23, 2013 at 12:53 pm

part mentor tu sangat penting..sebagai rujukan dan pembakar semangat

good luck boh

Reply

hafizmd September 23, 2013 at 10:15 pm

Setuju tu. Senang nak tanya kalau ada musykil

terima kasih cikgu

Reply

Hazmin Hamudin September 23, 2013 at 3:01 pm

Semua benda memang kena belajar dan perlu ada mentor yang boleh kita jadikan inspirasi.

Reply

hafizmd September 23, 2013 at 10:14 pm

Betul tu…mentor penting utk kita buat rujukan

Reply

munir ardi September 23, 2013 at 4:02 pm

belajar kepada yang sudah berhasil itu amat perlu, rupanya ini sebuah kontes semoga menang Bro Hafiz

Reply

hafizmd September 23, 2013 at 10:09 pm

Itu penting..setuju dgn bang munir

terima kasih bang munir

Reply

encikarman September 24, 2013 at 12:42 pm

alamak.. macam tak tertewas le entri nih.

Reply

hafizmd September 24, 2013 at 2:00 pm

ishk…biasa2 jer entri ni bro karman!

Reply

Nadot September 24, 2013 at 11:11 pm

best best… agak memotivasikan entri ni… hehe
Good luck utk both: jadi blogger hebat & menang kontest! ;)

Reply

hafizmd September 26, 2013 at 12:43 am

terima kasih nadot!

Reply

suri September 30, 2013 at 11:32 pm

setiap blogger ada kisah motivasi tersendiri

Reply

Neu September 25, 2013 at 12:54 am

bijak hurain bro. semoga lagi sukses dengan blog selepas ini. insya’allah kena dengan usaha akan ada hasilnya

Reply

hafizmd September 26, 2013 at 12:44 am

terima kasih bro neu

kena lebih rajin explore…yeahhh

Reply

pahan September 25, 2013 at 12:11 pm

hehe. asa motovasi gak lepas baca entri ni.hehe Gud luck bro :)

Reply

hafizmd September 26, 2013 at 12:44 am

bagus…hehe

terima kasih bro pahan

Reply

pahan September 26, 2013 at 11:18 pm

hari ni 3 kali plak aku masuk baca artikal ko.haha.

Reply

ummihanie@hotmail.com September 26, 2013 at 3:19 pm

wah, boleh tahan mantap penulisannya.

sy pun suka seni penulisan memikat aqif Azizan tu. tp kena baca berulang2 kali tips2 beliau supaya dpt dihadam oleh minda, dan praktikkan.

Reply

onlajer September 27, 2013 at 9:10 am

banyak juga umpan yang gua dah pasang

Reply

Leave a Comment