Mana Lebih Garang? Pahlawan Merah vs Harimau Selatan!
Assalamua’laikum.
Suku akhir Piala Malaysia, Kelantan vs Johor DT. Perlawanan yang ambe jangka pastinya menarik, panas dan mendebarkan. Atas kertas, Kelantan atau Johor DT punya peluang sama rata. Rekod pertembungan Pahlawan Merah dan Harimau Selatan musim ni cukup hangat dengan pelbagai insiden menarik. Apakah Kelantan mampu meranapkan impian Johor DT untuk merangkul piala pertama mereka musim ni?
Kelantan vs Johor DT
1. Isu terawal yang memanaskan hubungan antara dua pasukan pastinya isu perpindahan pemain MVP tahun 2012, Nor Shahrul Idlan Talaha (Mat Yo). Pastinya Mat Yo sendiri semakin membara bertembung bekas rakan sepasukannya! Ambe lihat, jika Mat Yo gagal menyerlah di barisan serangan, agak sukar untuk JDT merobek gawang lawan. JDT kena ada sorang lagi pemain serangan untuk tolong Mat Yo. Safee Sali mungkin?
2. Rekod perlawanan Liga Super memihak kepada JDT dengan sekali menang (menang 2-0) dan seri sekali (1-1).
3. Kelantan menang dalam aksi akhir Piala FA 2012. Menang 1-0 hasil jaringan Farhan sudah cukup membuatkan pemain JDT kecewa. Ini rekod Jun 2013. Kalau JDT nak menang, barisan pertahanan memang kena kawal kaw-kaw punya pemain seperti Farhan dan Indra.
4. Kelantan di awal musim Liga Super nampak kurang konsisten, tapi selepas pusingan kedua, Kelantan kembali bangkit dan akhirnya berjaya menjadi pasukan ke-4 terbaik. Di tangga ke-3, pasukan Johor DT! Memang cukup terbaik pertembungan top 5 Liga Super!
5. Antara sumber kekuatan pasukan Johor DT musim ni ialah kesetiaan penyokong Ultras JDT. Lihat saja setiap perlawanan melibatkan JDT (terutama di gelanggang sendiri). Pasti penuh dan meriah. Memang cukup seronok tengok penonton sehebat dan semeriah mereka! Pertembungan penyokong juga sesuatu yang menarik untuk diperhatikan. Dua-dua sama hebat dan meriah. Kita tunggu suku akhir nanti, Kelantan vs Johor DT. Mesti conteng muka punyalah!
6. Apa yang ambe tengok, benteng pertahanan JDT kurang efektif (masa lawan PKNS). Kena cepat-cepat perbaiki terutama untuk menghalang larian pantas Piya dan kekuatan serangan Kelantan terutama Dickson Nwakaeme. Sementara Kelantan kalau dapat ‘pegang’ Awe buat hantaran ke dalam kotak penalti, dah kira cukup bagus. Pertembungan di bahagian tengah, ambe tengok kelebihan di pihak Kelantan.
Kelantan atau Johor DT yang akan ke separuh akhir? Jangan lupa, saksikan kemeriahan Piala Malaysia 2013 bermula 27-28 September & 4-5 Oktober 2013. Untuk jadual penuh perlawanan suku akhir Piala Malaysia, boleh terus ke entri ini –> Jadual Penuh Perlawanan Suku Akhir Piala Malaysia 2013.
@hafizmd – Kelantan vs Johor DT. Pasukan mana pilihan anda ke separuh akhir?
Hehe..dah lama tak dngr nama safee…
ada lagi…jarang dapat tempat jer
kawan kata dia ni kena pulau..betul ke?hehe
@hafizul, dok tau pulok ambe…hehehe
gua sokong Pahlawan Merah..hehehe
hoho…sorang lagi peminat kelate =)
Aku sokong selangor. Tpi dah tersingkir lak. Haha
selangor pkns ada lagi bro
siapa menang pun tak kesah..hehe
hehe..cikgu mmg tak kisah..sbb tinggal pkns =)
selamat bertanding bbuat semua team semoga menghadirkan match yang seru dan penuh aksi
terima kasih bang munir..tahniah jg kepada team u-19 indonesia jadi juara piala AFF
Kedua-dua pasukan mempunyai kelebihan masing-masing , yang penting perlawanan ini nanti tidak dikotori dengan insiden yang tidak diingini 🙂
Itu lebih penting…harap takde persatuan yg kena saman lg
kawe tak leh nak komen pasal sedih ManUtd kalah teruk semalam
oh! lupakan kesedihan itu…huhu
‘malam masih muda’
Harap dapatlah mengatasi kelantan.,
Mesti peminat JDT semangat habis…ambe keciwa takde wakil..huhu
Harap jurulatih jdt alert pasal pertahanan. Janganlah kasi pisang berbuah 3 kali. Frust tullah. Semoga berjayalah. Kelantan banyak kelebihan.
Defend JDT nak kena cepat tutup ruang…
Dickson contohnya, jangan bagi dia kontrol bola lama2…nak kena kawal cepat..sbb dia ni bijak cari peluang…
Hmm.. bukan kawe sahaja yg rasa defence JDT teruk.. ada lagi yg rasa cam tu.. 😀
@bro Ismail, kalau JDT nak lagi power, mmg kena carik defender lagi kental
satu ulasan sukan yang menarik…semoga mendapat trafik yang tinggi kerana cerita tentang bola.
fuh pertembungan dua gergasi nih…!!!
Since kawe anak Johor, maka selalu lah tengok JDT main. Oleh itu, komen kawe lebih pada JDT jer. Bab Kelantan tu, biarlah peminat Red Warriors yg beri pendapat.
Dari segi serangan, kawe rasa no problemo. Walaupun tak score masa lawan PKNS, namun yg penting ada create byk peluang. Bila ada peluang, maka ada chance utk score dan menang. Sayang dalam game dgn PKNS, beberapa peluang kena palang dan penjaga gol PKNS cemerlang. Kalau ada masaalah pun dibahagian serangan ialah terlalu byk perubahan dalam team. Dulu Guiza, lepas tu Liuz, lepas ni entah sapa. Akibatnya JDT tak main as a team. Lebih banyak guna skil individu which dangerous kalau team lawan boleh bertahan dengan main mcm PKNS.
Masaalah utama JDT ialah bahagain pertahanan. Dari dulu lagi, kawe cakap yg apart from Aidl Zafuan, yg lain-lain tu hampeh.. Banyak yg ball watching. Rasanya Tengku Mahkota patut cari pemain import pertahanan utk musim depan atau try ler dapatkan Fadhli Shas. Kawe impress sama dia masa Pestabola Merdeka ari tu.
ralat: bertahan dengan baik (para 2). 😀
Nice komenlah bro!
Ambe rasa penyerang mmg JDT takleh harap lebih sgt kat Mat Yo, sbb dia mmg kaki gelecek…guiza hari tu, mmg bagus sbb passing cantik…senang kerja mat yo =)
as a team, mmg nampak JDT ada kurang sikit..bab defend, mmg nampak sangat bergantung pada aidil sorang..cuba tgk game takde aidil…mmg nampak takde leader kat defend..
fadhli shas, ambe dgr mmg dia nak main utk JDT…mungkinkah dia akan ke JDT? ambe pun impress…cukup kental..
ps- sorry kalau salah ulas bro, ambe penyokong terengganu, bolehlah ulas lebih2 sebab team ambe dah out…hahaha
maza pakat lambung dada ajelah.. hehehe
tapi dlm hati ada JDT.. Luaskan Kuasamu!
wakakaka
dada ke dadu ni bang maza? hehehe
mestilah bang maza sokong JDTkan?
Uhuk! harapan piala sudah padam..
sekali kena tibai depan belakang 1-6
menangis JDT weiiiii..
uwakkk… hahaha
Psst: agak2 ada tak ini semua berpunca pasal badi isteri dan tunangan pemain JDT sendiri? Kata orang kena sumpah gitew.. hahaha
uhuk…bang maza masih boleh sokong pahangkan? hehe
ada jugak dgr gosip panas ni….hahahhaa
JDT sekarang agak hambar, kelanta makin naik. kita tunggu je apa bakal terjadi pd sabtu ni..
ps: tak tau kenapa saya suka dgn theme sebegini ala magazine gitu…cita rasa sama je nih heheheh
JDT masih kurang konsisten tp bukan petanda JDT mudah mengalah
hehe..kita hampir punya citarasa sama…tp kagum ngn bro…rajin tukar2 themes
xreti nak pilih sbb bukan penonton tegar bola// hehhee
hehe…ambe pemerhati jer..huhu
suka dengan kulit baru blog bro nih…:)
terima kasih bro!
makin semangat ambe jadinya… =)
sy kurang berkenan sb saiz dia besar ker..ke font dia besar sakit pula mana..cuba kecilkan hurm…
johor dt memang bagus
kelantan pula sedikit lebih bagus
jange maroh hah, geng johor 😀
hehehe…kasi panas =)
sedikti lebih bagus bagaimana tu tuan tehr jelaskan
saya memang kurang dlm pengetahu bab bola tapi saya harap pasukan bola2 dapat main dengan baik. artu ada lawan MU dengan MUC yek ke saya taip ini heee..ha masa tu saya layan gak dgn suami kt kedai makan balik smapi jam 2 pagi heee…
den punyo n9 dah kalah 🙁
gua tentu pilih yang sebelah selatan
Pehe kelate mgkin ke final..pehe boleh piala thn ni
gomo kelate gomo… hehehe… napok jah matyo pakat kato aku tak bodoh aku tak bodoh lelaki dayus lelaki dayus, boleh down semangat mat yo…hahahah jgn mare gurau je
Aku pilih kelate…JDT selalu tak konsisten skjp menang, skjp kalah…
nampak gaya peka akan team bola tempatan
bagi saya kedua team sama hebat