8 Pasukan Terbaik Suku Akhir Piala Malaysia 2013

Piala Malaysia 2013

Assalamua’laikum.

Akhirnya, selepas berpeluh, bertempik bersorak…akhirnya 8 pasukan terbaik berjaya lolos ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2013. Banyak adegan dan keputusan menarik dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan. Paling menarik pastinya kehebatan skuad Sarawak menang besar dan begitu juga dengan pasukan Kelantan.

Jadual perlawanan suku akhir Piala Malaysia 2013

1. Sebelum tu, jom tengok dulu jadual perlawanan kalah mati suku akhir Piala Malaysia.

Suku akhir pertama:

26 September 2013: Lions XII lwn ATM

27 September 2013: Pahang lwn Pkns FC

28 September

  • Darul Takzim FC lwn Kelantan
  • Sime Darby FC lwn Sarawak

Suku akhir kedua Piala Malaysia:

4 Oktober 2013

  • ATM lwn Lions XII
  • PKNS FC lwn Pahang

5 Oktober 2013

  • Kelantan lwn Darul Takzim FC
  • Sarawak lwn Sime Darby FC

2. Paling menjadi tumpuan pastinya pertembungan finalist Piala FA, Johor DT dan Kelantan. Semua tahu bagaimana hangatnya pertembungan di tengah padang dan di bangku penonton setiap kali berlakunya perlawanan dua pasukan ni. Kelantan semakin berbisa dengan Dickson! Mamat ni memang licik betullah!

3. Lions XII berjaya juga bangkit di pusingan kedua dan bakal bertemu ATM. Bukan lawan mudah, tapi Lions XII pastinya akan terus menjadi duri dalam daging buat pasukan dan peminat bola sepak Malaysia!

4. Sarawak vs Sime Darby. Sarawak pastinya dilihat pasukan pilihan untuk layak ke separuh akhir tapi Sime Darby bukannya pasukan mudah nak dijinakkan. Kita tunggu, mungkin ada keputusan luar dugaan.

5. Pahang vs PKNS. Pasukan adik ‘Selangor’ ni, pasti akan lebih garang. Kehadiran Nazmi Faiz Mansor sebagai arkitek tengah memberi suntikan terbaik PKNS musim ni. Cukup berdisiplin sungguh pemain kendalian Hj. Abd. Rahman ni. Ada peluang ke separuh akhir.

Keputusan Piala Malaysia 21 September

  • Selangor 2-1 Johor
  • JDT 0-2 PKNS
  • Sarawak 6-1 Perak
  • T-Team 2-1 Felda
  • Kelantan 4-0 Pahang
  • Kedah 1-3 Lions XII
  • N.Sembilan 2-2 Terengganu
  • Sime Darby 1-1 ATM

Makin menarik walaupun ambe kecewa, suku akhir tanpa wakil Terengganu.

@hafizmd – Keputusan penuh Piala Malaysia 21 September 2013 & jadual suku akhir. Tengah fikir nak sokong team mana pulak ni…hoho