Assalamua’laikum.

Habis Pestabola Merdeka, kini giliran Piala Malaysia pula. Berbaki 2 perlawanan, belum ada pasukan yang selamat untuk layak ke pusingan suku akhir. Perlawanan yang menjadi tumpuan ambe pastinya pertembungan epik, Terengganu vs Kelantan. Terengganu yang terdesak untuk menang malam ni, pastinya bermain habis-habisan. Kelantan juga wajib menang jika bercita-cita untuk kekalkan trofi kejuaraan Piala Malaysia. Cukup menarik saingan Piala Malaysia musim 2013!

Terengganu vs Kelantan 17 September

[Live streaming Terengganu vs Kelantan Рchannel 15]

Terengganu beraksi di gelanggang sendiri malam ni mesti, wajib menang. Seri bukan satu pilihan untuk pasukan Terengganu. Owona-Ashaari-Manaf perlu kerja lebih gigih dan fokus malam ni untuk merobek barisan pertahanan dan gawang Kelantan. Ayuh penyokong Terengganu, pakat turun ramai-ramai malam ni weh!

Mungkin pertahanan kental Kelantan, Nik Shahrul tak diturunkan malam ni sebab cedera. Jika benar, ini memang betul-betul satu kesempatan yang amat baik untuk pasukan Penyu kembali menggigit Pahlawan Merah yang ketika ni, mungkin juga kalut dengan situasi pasukan yang dengar katanya, ramai pemain bintang mereka sedang dipancing hebar oleh pasukan bintang lain! Dickson Nwakaeme kalau tak turun malam ni, juga satu kelegaan buat barisan pertahanan Terengganu. Ambe lihat, Dickson cukup licik dan lincah. Dengan susuk tubuhnya, memang memberi kelebihan besar untuk dia menyusup masuk ke dalam kotak penalti.

kedudukan terkini piala Malaysia september 2013

Perlawanan tumpuan lain? Ambe suka untuk lihat kesudahan pasukan Selangor. Apakah mampu bangkit melawan? 6 musim berturut-turut, Selangor sentiasa layak ke suku akhir. Apakah Piala Malaysia musim ni menjadi detik hitam pasukan Selangor?

Satu lagi pasukan yang menarik untuk disaksikan ialah Sarawak yang sedang gah di persada kumpulan D. Lions XII akan bertemu Sarawak malam esok. Sarawak juga wajib memang untuk terus meranapkan impian Lions XII ‘mengkelepet’ Piala Malaysia menyeberang Tambak Johor.

Tentera, Sime Darby, Johor Darul Takzim (DT), T-Team, Pahang, Kelantan, Perak dan Sarawak bakal ke suku akhir ~ Jurulatih Harimau Muda A, Ong Kim Swee

Siaran langsung Piala Malaysia & Live Streaming

  • Terengganu vs Kelantan. Astro Arena 801 (8.45 malam. 17/9/2013)
  • Pahang vs N.Sembilan. RTM1 (8.45 malam. 17/9/2013)
  • Lions XII vs Sarawak. Astro Arena 801 (7.45 malam. 18/9/2013)
  • Untuk 3 perlawanan di atas, boleh tonton live streaming –> Link LIVE STREAMING

Ayuh, tunjukkan mutu permainan yang menarik dan semangat kesukanan yang tinggi.

@hafizmd – Terengganu vs Kelantan. Ambe harap Terengganu menang malam ni. yeaaah!

Published by Hafizmd

Artikel ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan juga melalui pembacaan. Sebarang kehilangan, kerosakan dan komen pembaca adalah tanggungjawab anda. Dapatkan bantuan pakar berkaitan jika memerlukan khidmat nasihat yang tepat. Jika entri ini bermanfaat, mohon 'Like, Tweet & G+' kepada rakan anda. Terima kasih dan selamat membaca.