Assalamua’laikum.

Perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2013. Malam ni, Malaysia U-23 vs Myanmar U-23. Satu perlawanan yang ambe boleh sifatkan ‘buku dengan ruas.’ Skuad bawah 23 tahun inilah yang akan membawa cabaran negara di Sukan SEA tahun ni di Myanmar. Kiranya, inilah bayangan awal skuad terkuat Malaysia dan Myanmar. Bukan seperti skuad tempang Singapura dan Thailand! Jom sama-sama kita saksikan siaran langsung mahupun live streaming Malaysia vs Myanmar malam ni. Yeah!

Malaysia vs Myanmar 14 September

  • Sekali lagi, ambe yakin kelibat Junior-Irfan-Nazmi bakal diberi perhatian khusus oleh pemain Myanmar.
  • Wan Zack dengarnya cedera, tapi ambe yakin dia turun malam ni. Kelicikannya di bahagian tepi cukup diperlukan untuk menyaingi kepantasan pemain Myanmar terutamanya pemain pertahanan mereka, Zaw Min Tun.
  • Rozaimi. Iya. Rozaimi wajar diberi peluang untuk mengemudi serangan malam ni. Kalau tak menjadi, baru masukkan Thamil Arasu.
  • Antara pemain Myanmar yang merisaukan ambe ialah kaptennya, Kyaw Zayar Win yang tak main masa Malaysia menang 2-1 hari tu. Harap Irfan Fazail lebih menyerlah malam ni.
  • Pertahanan Malaysia, Fadhli Shas nak kena jaga kemas-kemas si Kyi Lin. Dia ni pasti ada ‘dendam’ selepas kena kad merah hari…hehe

malaysia vs myanmar akhir pestabola merdeka 2013 Ayuh barisan Harimau Muda A, bermainlah penuh semangat demi maruah dan kegemilangan bola sepak negara. Ambe dan jutaan rakyat Malaysia mendoakan kejayaan dan kemenangan Malaysia! Malaysia Boleh!

@hafizmd – Jangan lupa untuk saksikan siaran langsung Malaysia vs Myanmar di TV9 dan Astro Arena 801 malam ni!

Published by Hafizmd

Artikel ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan juga melalui pembacaan. Sebarang kehilangan, kerosakan dan komen pembaca adalah tanggungjawab anda. Dapatkan bantuan pakar berkaitan jika memerlukan khidmat nasihat yang tepat. Jika entri ini bermanfaat, mohon 'Like, Tweet & G+' kepada rakan anda. Terima kasih dan selamat membaca.