Piala Malaysia Berehat Sebentar Bersama Mee Kuah!

Assalamua’laikum.

Piala Malaysia 2013 berehat sebentar memberi laluan kepada pemain Harimau Malaya untuk aksi persahabatan menentang skuad kebangsaan China 10 September 2013. Antara isu paling ‘menarik’ pastinya jadual pemain yang cukup ketat dengan 4 perlawanan dalam masa singkat, khabar angin ada pemain yang menjual perlawanan dalam saingan Piala Malaysia dan juga kekusutan mutu pengadilan!

Oh! Piala Malaysia

  1. Kebangkitan Sarawak. Cukup mengujakan bila mampu menewaskan Kedah 4-0 minggu lalu. Nyata, jurulatih Robert Alberts berjaya mengubah kembali landskap permainan skuad Bujang Senang ni. Penyokong Sarawak pasti semakin bersemangat dan pastinya tak sabar untuk melihat pasukan mereka layak ke suku akhir. Kali terakhir Sarawak ke akhir pada tahun 1999, tapi tewas kepada Brunei 1-2.
  2. N.Sembilan kembali garang! Juara 3 kali, Naib Juara 3 kali. Last jadi juara tahun 2011. Masa tu, jurulatih Mohd Azraai Khor yang bawa skuad N.Sembilan jadi juara. Tahun ni, kempen N.Sembilan dalam Liga Super cukup mengecewakan hingga tersingkir ke Liga Perdana tahun depan. Dengan jurulatih baru, kempen Piala Malaysia nampaknya cukup bertenaga. Menang satu saja lagi game, sebelah kaki ke suku akhir buat skuad Hoben Jang Hoben! Apa kata Blogger Papa Mifz?
  3. Misi 33 Selangor. Satu rekod yang dibanggakan oleh peminat The Red Giant. Mana taknya, 33 kali tuh! Musim ni, Piala Malaysia semacam ‘menjauh’ pula. Tapi, jangan risau jika boleh menang baki 2 game dan pasukan lai n kalah, ada harapan cerah ke suku akhir. Bestnya, selagi tak habis 90 minit, harapan tetap ada!
  4. Oh, Terengganu! Harapan nyala balik lepas menang 2-1 dengan Pahang.  Misi mesti menang 2 game terakhir pasti bukan kerja mudah. Apapun, terima kasih N.Sembilan sebab kalahkan Kelantan! hehe. T-Team juga nampak menyerlah selepas berjaya kalahkan skuad bintang, Johor DT. Pasti semangat semakin membara. Ayuh The Titans!

Akhirnya, perlawanan Piala Malaysia bakal disambung pada 17 September 2013 kecuali pasukan Lions XII yang mendapat layanan istimewa FAM yang akan bermain pada 18 September. Ada benarnya gosip sukan yang kata, Lions XII ni ‘anak emas’ FAM!

Alang-alang rehat, ambe pekena dulu MEE KUAH untuk cari tenaga positif.

piala malaysia 2013

@hafizmd – Piala Malaysia dah nak sampai penghujung!