Cerita balik kampung dan makan-makan..

Salam sejahtera pada kawan-kawan semua.

Alhamdulillah..akhirnya ‘mood’ untuk menulis di blog usang ni kembali muncul selepas beberapa hari bertapa dengan jayanya sebab tuan punya blog balik kampung di Penang. Jadi post kali ni memang ringkas, macam orang kata (bukan saya kata..hehe) “ambil mood dulu, test jari -jemari dulu”.

Di post sebelumnya, saya ada cerita sedikit pasal tempat @ makanan yang menarik seperti bihun ‘ganja’ dan teluk tempoyak. Namun, yang sempat kami sekeluarga singgah mengisi perut berketak enam saya ialah hanya teluk tempoyak dan bihun Machang Bubuk.

Kalau kami ke Teluk Tempoyak, menu biasa yang kami order hanyalah ikan merah atau ikan siakap bakar hangus dan nasi putih serta air asam. Tambah pula air ‘coconut shake’. Memang cukup layan dan melayang saja jari-jemari kami merobek ikan yang segar. Kalau ke bihun Machang Bubuk pula (kedainya betul-betul depan Sekolah Kebangsaan Machang Bubuk), menunya mee kuah dan air batu campur (abc laa..hehe). Yang sedapnya pasti sup dia. Saya pun baru kali pertama ke situ dan rasanya memang cukup enak. Sempat juga merasa sedikit bihun sup (pau anak saya punya..hehe), rasanya juga cukup sedap dan enak. Kalau lambat, memang tak sempat sebab ramai betul manusia yang gemarkan mee kuah Machang Bubuk ni.

Mana gambarnya? Iya tak ya, tapi gambar makanan tu tak sempat saya ambil sebab dah geram sangat tengok ikan duyung bakar..hehe..kalau nak juga tengok gambar, bolehla tengok gambar ini yer..

Continue reading “Cerita balik kampung dan makan-makan..”

Blog ini berehat sebentar..

Cewah..semacam saja bunyinya. Apa yang saya maksudkan ialah blog ini saya tiada lagi update mahupun balasan komen, tapi hanya bermula selepas post ini dan sehingga hari ahad ini saja.

Agaknya, kalau ada yang nakal akan berkata “ada aku kisah?”..hehe..sebenarnya saya akan bercuti, balik kampung sebelah isteri saya di Pulau Pinang. Saya cuti dua hari, esok dan lusa. Lama rasa tak balik ke Permatang Pauh sana. Biasanya, kalau balik Penang, kami gemar keluar bersantai sambil makan angin dan mengisi perut di beberapa tempat yang saya rasakan cukup menarik. Antaranya ialah Teluk Tempoyak, char kuew tiew Penang, pasemboq, bihun ‘ganja’. Ini antara menu yang cukup menarik untuk dicuba dan dicuba lagi setiap kali kami pulang ke kampung

Dengan itu juga, maafkan jika tiada sebarang aktiviti ‘blogwalking’ dan beramah mesra (tinggal komen..hehe) di blog kawan-kawan sekalian. InsyaAllah, pasti saya terjah bila saya dah kembali ke sini nanti.

p/s – terima kasih pada semua yang sudi ‘blogwalking’ dan tinggal jejak di blog usang dan ‘hampes’ ini…anda semua memang memotivasikan saya..thanks

Wanita Malaysia sudah kurang subur?

“Tahap subur wanita menurun” adalah antara sisipan berita yang saya rasa cukup seksi menarik dalam akhbar Sinar Harian (19 Mac 2010).

Habis saja saya baca tajuk, baru baca tajuk yer..saya termenung dan berfikir, betul ke tahap hormon kesuburan wanita kita sudahpun menurun? Kalau betul, kenapa? Jadi, menurut petikan akhbar ini, saya  memetik senarai penyebabnya:

Continue reading “Wanita Malaysia sudah kurang subur?”

Sudin ‘Ajaib’ sudah hilang ajaibnya

Mempunyai nama panggilan yang unik, Sudin Ajaib membuatkan dua tiga hari ni, dia semakin meniti di bibir rakyat Malaysia lantaran ‘keyword’ namanya yang unik. Di manakah keajaiban si empunya diri ini?

Mungkin keratan artikel ini boleh menerangkan serba sedikit keajaiban yang dimiliki oleh insan ‘ajaib’ ini.

sudin2Apa yang kita perlu perhatikan dalam kes ini?

Continue reading “Sudin ‘Ajaib’ sudah hilang ajaibnya”

Pernahkah kita didatangi mereka ini?

SITUASI 1

Situasi ini mungkin berlaku sewaktu kita sedang enak menjamu selera bersama kekasih keluarga tersayang di kedai Kak Jah yang memang meletup masakannya.

Si A: “Assalamua’laikum bang..saya dari rumah anak yatim  dot dot dot, kami ada jual ubat panas ni..tengoklah bang..”

Kita: “Ubat panas ek, abang dah ade..terima kasih yer dik”

Si A: “Takpe bang, taknak belipun takpe, derma ikhlas pun boleh..saya dari rumah anak yatim dot dot dot..ini ade resit bang”.

Kita: “Kesianlah pulak, nabi pesan, mak aku pun pesan..kene tolong orang-orang susah ni..besar pahala..takpelah..beli jerla..”……sambil membelek-belek dompet yang kembung kerana angin selalu masuk….”dik, ni jer yang abg mampu bagi..”

Si A: “Terima kasih bang, ni resit yer”

Kita: “Alhamdulillah, dapat juge aku bagi derma malam ni”

Continue reading “Pernahkah kita didatangi mereka ini?”

Badminton All England – Tahniah Lee Chong Wei

Sungguh puas rasa hati bila baru saja selesai memecut adrelina semasa menonton perlawanan akhir badminton All England antara Lee Chong Wei dan Kenichi Tago. Tahun 2010 sekali lagi menjadi medan bertuah buat pemain No.1 dunia, Dato’ Lee Chong Wei untuk menawan kejohanan ini dengan keputusan menang ‘straigh set’.

Semangat yang kuat dan pengalaman Lee Chong Wei mengatasi ‘keliatan’ Kenichi Tago yang saya ramalkan mampu menggegar dunia badminton sikit masa lagi. Menarik juga memerhati kelibat penyokong Malaysia (pelajar Malaysia yang berada di United Kingdom) yang tak henti-henti menjerit kata azimat ‘Malaysia Boleh’. Pasti mereka puas walaupun kotak suara mungkin sudah sedikit ‘rabak’. Tahniah juga buat mereka yang bersemangat. Saya pun hampir ‘naik syeikh’ juga melihat mereka bersemangat dan bila kadang-kadang aksi Lee Chong Wei sedikit mencemaskan.

Akhirnya, anda ada kata-kata tahniah untuk wira kita? Jangan malu untuk tinggalkan komen anda. Mana tahu, Dato’ Lee Chong Wei akan datang ke blog usang ni..(perasan jer ni..hehehe).

® hafizmd – kejayaan yang dikecap, memerlukan seribu pengorbanan..betul tak?

Malaysia’s 30 Most Valuable Brands 2009

Rasanya semua sudah tahu, senarai lengkap orang terkaya Malaysia. Kalau belum tahu, senang-senang bolehlah ke blog Myjazmanie atau blog Ceriteras ini untuk butiran yang lebih lanjut.

Apa yang saya cuba sampaikan hari ini pula ialah senarai 30 jenama yang paling berharga bagi tahun 2009 di Malaysia. Adakah syarikat-syarikat yang mana ‘taiko’nya adalah orang terkaya Malaysia juga memiliki jenama yang paling berharga di Malaysia? Apa lagi, jom kita sama=sama terjah;

Continue reading “Malaysia’s 30 Most Valuable Brands 2009”

Kesian skuad Harimau Muda A di Slovakia

Pagi ini, saya sempat menatap satu sisipan berita sukan di akhbar Harian Metro yang sedikit sebanyak mampu untuk terus menjejaskan kredibiliti FAM dan juga mutu bola sepak negara tercinta Malaysia kalau ianya benar. Mana taknya, cuba kita teliti keratan akhbar ini;

Apa sudah jadi?

Semenjak skuad Harimau Muda A berangkat ke Slovakia, saya adalah antara rakyat Malaysia yang cukup teruja dengan langkah berani Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menghantar mereka untuk menimba pengalaman di Slovakia. Perbelanjaannya  cukup besar iaitu RM1 juta, tapi apa sudah jadi? Kenapa akhbar ini kata skuad Malaysia hanya jadi ‘Raja Lawak’ di Slovakia? Siapa yang menipu dan tertipu?

Continue reading “Kesian skuad Harimau Muda A di Slovakia”