Cerita balik kampung dan makan-makan..

Salam sejahtera pada kawan-kawan semua.

Alhamdulillah..akhirnya ‘mood’ untuk menulis di blog usang ni kembali muncul selepas beberapa hari bertapa dengan jayanya sebab tuan punya blog balik kampung di Penang. Jadi post kali ni memang ringkas, macam orang kata (bukan saya kata..hehe) “ambil mood dulu, test jari -jemari dulu”.

Di post sebelumnya, saya ada cerita sedikit pasal tempat @ makanan yang menarik seperti bihun ‘ganja’ dan teluk tempoyak. Namun, yang sempat kami sekeluarga singgah mengisi perut berketak enam saya ialah hanya teluk tempoyak dan bihun Machang Bubuk.

Kalau kami ke Teluk Tempoyak, menu biasa yang kami order hanyalah ikan merah atau ikan siakap bakar hangus dan nasi putih serta air asam. Tambah pula air ‘coconut shake’. Memang cukup layan dan melayang saja jari-jemari kami merobek ikan yang segar. Kalau ke bihun Machang Bubuk pula (kedainya betul-betul depan Sekolah Kebangsaan Machang Bubuk), menunya mee kuah dan air batu campur (abc laa..hehe). Yang sedapnya pasti sup dia. Saya pun baru kali pertama ke situ dan rasanya memang cukup enak. Sempat juga merasa sedikit bihun sup (pau anak saya punya..hehe), rasanya juga cukup sedap dan enak. Kalau lambat, memang tak sempat sebab ramai betul manusia yang gemarkan mee kuah Machang Bubuk ni.

Mana gambarnya? Iya tak ya, tapi gambar makanan tu tak sempat saya ambil sebab dah geram sangat tengok ikan duyung bakar..hehe..kalau nak juga tengok gambar, bolehla tengok gambar ini yer..

Ikan duyung kering..hehe
Ikan duyung kering..hehe

p/s – gambar tiada kaitan dengan yang hidup atau yang sudah mati..jangan marah yer..

p/s lagi – bihun ‘ganja’ dapat nama sebab orang dah jadi asyik nak makan lagi dan lagi..sedap sangatlah tuh..mungkin letak pak ajinomoto yang banyak sebagai perasa tambahan..hehe

® hafizmd – terima kasih pada kawan-kawan yang sentiasa sudi singgah dan tinggal komen mahupun jejak di “shoutbox”..