Blog ini berehat sebentar..

Cewah..semacam saja bunyinya. Apa yang saya maksudkan ialah blog ini saya tiada lagi update mahupun balasan komen, tapi hanya bermula selepas post ini dan sehingga hari ahad ini saja.

Agaknya, kalau ada yang nakal akan berkata “ada aku kisah?”..hehe..sebenarnya saya akan bercuti, balik kampung sebelah isteri saya di Pulau Pinang. Saya cuti dua hari, esok dan lusa. Lama rasa tak balik ke Permatang Pauh sana. Biasanya, kalau balik Penang, kami gemar keluar bersantai sambil makan angin dan mengisi perut di beberapa tempat yang saya rasakan cukup menarik. Antaranya ialah Teluk Tempoyak, char kuew tiew Penang, pasemboq, bihun ‘ganja’. Ini antara menu yang cukup menarik untuk dicuba dan dicuba lagi setiap kali kami pulang ke kampung

Dengan itu juga, maafkan jika tiada sebarang aktiviti ‘blogwalking’ dan beramah mesra (tinggal komen..hehe) di blog kawan-kawan sekalian. InsyaAllah, pasti saya terjah bila saya dah kembali ke sini nanti.

p/s – terima kasih pada semua yang sudi ‘blogwalking’ dan tinggal jejak di blog usang dan ‘hampes’ ini…anda semua memang memotivasikan saya..thanks