Wanita Malaysia sudah kurang subur?

“Tahap subur wanita menurun” adalah antara sisipan berita yang saya rasa cukup seksi menarik dalam akhbar Sinar Harian (19 Mac 2010).

Habis saja saya baca tajuk, baru baca tajuk yer..saya termenung dan berfikir, betul ke tahap hormon kesuburan wanita kita sudahpun menurun? Kalau betul, kenapa? Jadi, menurut petikan akhbar ini, saya  memetik senarai penyebabnya:

  • Lewat kahwin
  • Tunggu masa sesuai nak dapat anak
  • Trend wanita lebih tinggi tahap pendidikannya
  • Wanita berpendidikan tinggi susah nak cari pasangan

Ini antara sebab musabbab kenapa wanita Malaysia dikatakan tahap subur mereka makin berkurang. Kalau ikut kajian yang dilakukan, fakta berikut boleh kita sama-sama perhatikan iaitu;

  • Sekitar tahun 1995 hingga tahun 2000, ada 3 hingga 4 orang anak dalam keluarga
  • Tahun 2007, sebuah keluarga memiliki sekitar 2 orang anak
  • Dijangka, tahun 2015, sebuah keluarga akan ada sekitar kurang atau lebih dari 2 orang anak
  • Trend penurunan ialah sekitar 0.1 kanak-kanak setiap tahun

Jadi, dalam laporan akhbar ni, yang disebutkan hanyalah kerisauan tahap kesuburan wanita dan hanya beberapa faktor luaran penyebab ketidaksuburan mereka. Maka, saya tertanya dan terfikir tentang beberapa perkara iaitu;

  • Tahap subur lelaki pula macam mana? Adakah wajar hanya wanita saja yang  ‘dibebankan’ bile melibatkan kemerosotan populasi manusia?
  • Adakah benar wanita berpendidikan tinggi susah sangat nak memilih pasangan? atau  tiada lagi lelaki yang sama berpendidikan tinggi?
  • Betulkah ada pasangan yang sengaja menangguhkan proses memiliki cahaya mata? kalau benar, kenapa yer?
  • Mungkin juga ramai yang merancang keluarga.
  • Kalau kadar pengurangan 0.1 setahun diambil kira, pada tahun tahun 2020, mungkin sebuah keluarga hanya ada anak tunggal saja.
  • Andai kata benar kadar populasi rakyat Malaysia terus merosot, macam-macam masalah lain akan timbul, contohnya krisis tenaga kerja, dll.

Selain dari senarai sebab wanita kurang subur, saya rasa ada sebab lain. Contohnya;

  • Faktor pemakanan samada lelaki atau perempuan
  • Faktor perancangan keluarga
  • Tekanan hidup yang semakin mengganas

Ini antara yang sempat saya kongsikan, mungkin kita boleh sama-sama kongsi pengalaman dan pendapat masing-masing dalam isu ini. Apa yang utama, moga kita yang sudah berkeluarga mahupun yang sedang berkira-kira ke arah ini akan dapat sesuatu yang berfaedah dari percambahan minda ini.

® hafizmd – memang ramai kawan sebaya yang belum kahwin

Sumber: Sinar Harian