Selamat Hari Lahir Sayang

Sebelum apa-apa, maaflah ya. Entri kali ini sedikit personal. Kenapa?

Sebab hari ini bertarikh 6 April. Maka, Selamat Hari Lahir buat isteri tercinta a.k.a fiezaradzi. Sepatutnya kalau mahu meraikannya, hari ini yang paling cantik dan kena, tapi hari ini saya pula ‘outstation’ dan mungkin tak sempat untuk berbuat apa-apa. Jadi, semuanya sudah selamat dengan jayanya  semalam. Semuanya kami raikan bersama puteri comel kami walaupun dia masih tak tahu apa-apa..hehe..

Hadiah yang saya bagipun taklah seberapa, tapi bukan itu ukurannya. Hanya sebagai tanda kasih dan cinta saya padanya.

Buat isteri tercinta, moga sentiasa sihat dan ceria, hendaknya segala doa impian dan cita-cita akan dimakbulkan oleh Yang Maha Esa.

Selamat Hari Lahir
Selamat Hari Lahir

Selamat malam Hari Lahir Buat Isteri Tersayang

love® hafizmd – kalau dulu-dulu, hanya sms dan kad ucapan, tapi kini tambah lagi satu, hamparan blog untuk buat ucapan..sempoi sungguhkan?