Sudin ‘Ajaib’ sudah hilang ajaibnya

Mempunyai nama panggilan yang unik, Sudin Ajaib membuatkan dua tiga hari ni, dia semakin meniti di bibir rakyat Malaysia lantaran ‘keyword’ namanya yang unik. Di manakah keajaiban si empunya diri ini?

Mungkin keratan artikel ini boleh menerangkan serba sedikit keajaiban yang dimiliki oleh insan ‘ajaib’ ini.

sudin2Apa yang kita perlu perhatikan dalam kes ini?

  • Kita keliru sebab kalau ikut hukum syara’, mungkin perkahwinan yang berlaku tu sah sebab dikahwinkan sendiri oleh wali
  • Tapi masa yang sama, mereka terikat pada undang-undang  mengikut Seksyen 8 kerana berkahwin di bawah umur, Seksyen 37 (memaksa perkahwinan) dan Seksyen 40 (kesalahan-kesalahan berhubung akad nikah) enakmen yang sama.
  • Samsudin juga dituduh mengikut Seksyen 39 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Kelantan 2002 kerana akad nikah perkahwinan yang tidak dibenarkan
  • Apa yang boleh kita lakukan untuk mengelak dari perkara sebegini terus berlaku?
  • Samsudin ialah salah seorang tabligh, sedikit sebanyak mencalar nama baik tabligh. Sebenarnya ia hanya melibatkan dia sahaja, tapi bukan nama kumpulan tabligh itu sendiri.

Mungkin yang berlaku ini ada hikmahnya yang tersendiri. Mungkin juga si bapa terlampau percaya kepada sahabat yang sama-sama mengikuti kumpulan tabligh dan akhirnya kesudahan begini yang berlaku. Namun, seperti yang saya nyatakan, ianya hanyalah kemungkinan.

Kawan-kawan ada pendapat dan pandangan? Jom kongsikannya bersama. Moga ada pengajaran dan sempadan yang boleh sama-sama kita pelajari.

® hafizmd – terfikir, mungkin juga si ‘ajaib’ itu terfikir untuk mengikut sunnah nabi…

Sumber rujukan: Utusan Malaysia