Pernahkah kita didatangi mereka ini?

SITUASI 1

Situasi ini mungkin berlaku sewaktu kita sedang enak menjamu selera bersama kekasih keluarga tersayang di kedai Kak Jah yang memang meletup masakannya.

Si A: “Assalamua’laikum bang..saya dari rumah anak yatim  dot dot dot, kami ada jual ubat panas ni..tengoklah bang..”

Kita: “Ubat panas ek, abang dah ade..terima kasih yer dik”

Si A: “Takpe bang, taknak belipun takpe, derma ikhlas pun boleh..saya dari rumah anak yatim dot dot dot..ini ade resit bang”.

Kita: “Kesianlah pulak, nabi pesan, mak aku pun pesan..kene tolong orang-orang susah ni..besar pahala..takpelah..beli jerla..”……sambil membelek-belek dompet yang kembung kerana angin selalu masuk….”dik, ni jer yang abg mampu bagi..”

Si A: “Terima kasih bang, ni resit yer”

Kita: “Alhamdulillah, dapat juge aku bagi derma malam ni”

SITUASI 2

Keadaan ini pula mungkin juga berlaku waktu kita sedang asyik menikmati jus buah epal campur asam, juga di kedai Kak Jah yang meletup.

Di kejauhan, kita dah nampak ada seorang wanita yang memimpin seorang lelaki yang kurang upaya (hilang upaya penglihatan). Dari satu meja ke satu meja, perempuan tadi galak menyorongkan tangan si lelaki berisi tisu ke arah pelanggan yang sungguh asyik menjamu selera. Ada yang hanya senyum sambil menggeleng kepala sebagai tanda “terima kasih”, ada juga yang mencebik muka sambil mulut terkumat-kamit semacam membaca jampi serapah menghalau hantu. Di meja lain, ada juga yang dengan senang hati menghulurkan not kertas RM1 sambil tangan mengambil tisu.

Okey. Ada beberapa sifat yang kita boleh perhatikan dari situasi di atas iaitu:

  1. Kita bersikap dermawan dan berbaik sangka – yakni, yakin 100% bahawa memang benar, adik yang datang menjual ubat panas tadi adalah dari rumah anak yatim dot dot dot. Tanpa sebarang buruk sangka, kita menderma @ membeli saja tanpa banyak bertanya itu dan ini.
  2. Kita bersikap berhati-hati – yakni berfikir sejenak akan kebenaran ketidakupayaan mereka dari segi fizikal sebab “eh, nampak macam sihat wala’fiat aje, tapi nak minta derma pula?”
  3. Kita bersikap prejudisyakni buruk sangka dengan kata-kata “budak ni lagi, semalam aku dah bagi, malam ni datang lagi, budak ni memang kerja ‘paw’ duit orang jer ni..bukan anak yatim ni..”
  4. Kita tak kesah pun – yakni kita bersikap “suka hati koranglah..korang datang meja aku, aku bagi berapa yang aku mampu, kalau aku tak ade duit, aku tak bagi apa-apa…”

Saya memang cepat rasa bersimpati andai kata ada makcik-makcik yang datang menjual kerepek. Ada tikanya, saya memang membeli kerana niat untuk menolong makcik tadi. Adakalanya, saya hanya senyum sambil berterima kasih. Adakah sikap yang saya ambil ini betul?

Andai kata, ada adik dari rumah anak yatim dot dot dot, makcik pimpin pakcik bawak tisu, mahupun yang sama waktu dengannya datang menghampiri kita, apa tindakan kita yang sewajarnya? Jom kita kongsikannya bersama.

Moga ada kebaikan dan pengajaran yang kita boleh kutip dari pendapat dan pandangan kita semua.

® hafizmd – lebih suka bersikap berhati-hati dan tidak berburuk sangka..