Badminton All England – Tahniah Lee Chong Wei

Sungguh puas rasa hati bila baru saja selesai memecut adrelina semasa menonton perlawanan akhir badminton All England antara Lee Chong Wei dan Kenichi Tago. Tahun 2010 sekali lagi menjadi medan bertuah buat pemain No.1 dunia, Dato’ Lee Chong Wei untuk menawan kejohanan ini dengan keputusan menang ‘straigh set’.

Semangat yang kuat dan pengalaman Lee Chong Wei mengatasi ‘keliatan’ Kenichi Tago yang saya ramalkan mampu menggegar dunia badminton sikit masa lagi. Menarik juga memerhati kelibat penyokong Malaysia (pelajar Malaysia yang berada di United Kingdom) yang tak henti-henti menjerit kata azimat ‘Malaysia Boleh’. Pasti mereka puas walaupun kotak suara mungkin sudah sedikit ‘rabak’. Tahniah juga buat mereka yang bersemangat. Saya pun hampir ‘naik syeikh’ juga melihat mereka bersemangat dan bila kadang-kadang aksi Lee Chong Wei sedikit mencemaskan.

Akhirnya, anda ada kata-kata tahniah untuk wira kita? Jangan malu untuk tinggalkan komen anda. Mana tahu, Dato’ Lee Chong Wei akan datang ke blog usang ni..(perasan jer ni..hehehe).

® hafizmd – kejayaan yang dikecap, memerlukan seribu pengorbanan..betul tak?