HAFIZMOHD.COM

Personal, Kerjaya & Affiliate

Lidah & Lisan, Memang Mencabar!

Assalamua’laikum. Nasihat Lisan, Memang Mencabar! Mesti pernah dengar tentang satu maksud hadith Riwayat Muslim ni, “Dari Abu Sa’id Al Khudri radiallahuanhu berkata : Saya mendengar Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda : Siapa yang melihat kemungkaran maka ubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu maka ubahlah dengan lisannya, jika tidak mampu maka (tolaklah) dengan hatinya dan […]

Surat Untuk Adik:Cerita 17,520 Jam

 Assalamua’laikum. Antara anugerah dan amanah Allah yang terbesar ialah anak-anak. Alhamdulillah, setakat ini ambe dikurniakan 2 orang cahaya mata penyeri rumahtangga. Sepasang. Andai dikenang kembali, hari ni genaplah hampir 17,520 jam atau 2 tahun anak kedua ambe lahir menjengah dunia penuh pancaroba. Selamat hari lahir buat anakku, Ahmad Hariz. Nanti Adik dah pandai baca, boleh […]

Celoteh Kakak #8 Ayam?

Assalamua’laikum. Pagi yang indah dan sungguh nyaman. Abah memandu seperti biasa. Tak terlalu laju, tak terlalu perlahan. Sedang-sedang saja. Kakak nampak ceria. Seminggu di pra-sekolah barunya, berlalu aman dan ceria tanpa sebarang penolakan. “Abah, sekolah baru ni bestlah…” Kakak tiba-tiba bersuara, memecah alunan nasyid Fitri UNIC. “Sekolah Kakak yang lama tak best ke?” Abah saja […]

9 Ciri Suami Idaman

Assalamua’laikum. Ciri suami idaman. Elok benar rasanya kalau ambe berkongsi serba sikit tentang ciri-ciri seorang suami idaman dambaan seorang isteri. Mana taknya, cuti sekolah dah nak habis, maka kadar jemputan ke kenduri kahwin juga bakal berkurangan. Para suami yang baru diijab-qabul, pastinya masih lagi berdebar dan teruja dengan status terkini iaitu sebagai suami. Para lelaki […]

“Dia panggil saya pakcik?”

Assalamua’laikum. Tempat: Di sebuah stesen minyak sekitar Ipoh. “Abang, tadi ada perempuan call…” pantas isteri ambe memberi laporan sambil tangan membuka pintu kunci kereta. “Perempuan? Sape?…” ambe selamba jer jawab tanpa rasa ragu-ragu. “Entahlah…tapi dia cakap abang ada singgah kat tempat dia tadi…” isteri ambe jugak membalas soalan ambe penuh ‘kesempoian’.

Jangan Jadi Kera Sumbang…

Assalamua’laikum. Tak sampai lagi 2 minggu, budak-budak sekolah akan ‘beraya’ sakan. Mana taknya, cuti sekolah dah nak datang. Dalam kepala sudah rancang bermacam-macam rancangan. Kalau zaman ambe, musim cuti panjang macam ni jatuh pada musim tengkujuh. Memang tiap-tiap hari kerjanya duduk dalam sampan buatan sendiri. Pancing ikan, tangkap lintah, tangkap belalang, korek tanah cari cacing, […]

9 Keajaiban Rahim Ibu!

Assalamua’laikum. Mana tempat paling selamat? Agaknya, apa jawapan deme (anda)? Rumah? Pejabat? Dalam kereta? Kapal terbang? Roket? Inkubator? Anda boleh namakan apa saja. Tapi, pernah tak kita fikir tempat yang paling selamat setakat kita hidup sampai ke hari ni, hari Jumaat 19 Oktober 2012. Semua pernah duduk kat tempat ni. Bohonglah kalau ada yang kata […]

Celoteh Kakak #7 Mandi Kolam?

Assalamua’laikum. Kakak memang cukup seronok kalau masuk bab mandi. Pantang disuruh mandi, laju saja langkahnya menuju ke bilik air. Lajunya langkah Kakak, begitulah lajunya mulut Kakak berceloteh. Dengan keadaan Mama yang masih lagi kurang kuat untuk melayan celoteh Kakak dan Adik, Kakak nampak begitu bijak untuk menyenangkan tugasan Abah terutamanya bab mandi. Biasalah, anak-anak kalau […]

Belum Masanya Untuk Kembali…

Assalamua’alaikum. Belum masanya untuk kembali menekan butang aktif. Lebih dua minggu ambe menyepi. Bukan mengundur diri dari arena blogging. Lebih dua minggu juga ambe tak jenguk blog, jauh sekali nak terjah blog rakan blogger lain. Sampai bila ambe nak cuti? Ambe akan terus bercuti selagi…