Jangan Jadi Kera Sumbang…
Assalamua’laikum.
Tak sampai lagi 2 minggu, budak-budak sekolah akan ‘beraya’ sakan. Mana taknya, cuti sekolah dah nak datang. Dalam kepala sudah rancang bermacam-macam rancangan. Kalau zaman ambe, musim cuti panjang macam ni jatuh pada musim tengkujuh. Memang tiap-tiap hari kerjanya duduk dalam sampan buatan sendiri. Pancing ikan, tangkap lintah, tangkap belalang, korek tanah cari cacing, pasang jala, main hujan, main bola dalam air, mandi baroh, main ikan laga. Itu baru separuh aktivitinya! Betul tak?
Apa kaitannya pulak dengan tajuk, “Jangan jadi kera sumbang”? Kaitannya hanya satu iaitu musim cuti sekolah. Apa lagi yang seronok selain semua aktiviti ni? Iye. Pergi kenduri orang kahwinlah! Musim cuti sekolah dah jadi musim orang kahwin. Sana-sini ada kenduri. Sehari boleh cecah 3-4 jemputan. Kami adik-beradik biasanya akan ‘dipaksa’ untuk pergi. Maklumlah, Mak Abah kami yang ajak. Mereka pesan, kena belajar bercampur dengan masyarakat! Jangan jadi kera sumbang. Kami menurut tanpa bantahan dan tak berapa nak faham…
Kenduri kat kampung confirm lebih meriah. Sebelum majlisnya, macam-macam aktiviti ada. Potong daging, rebus telur, buat bunga telur, potong bawang, potong sayur, naikkan khemah. Semuanya pakat datang dan hulurkan tangan ringankan beban tuan rumah. Kami penat tapi kami gembira dapat menolong saudara dan jiran…
Apa yang lebih menarik? Malamnya. Habis tetamu pulang. Si pengantin lelaki dan perempuan kena pulak cuci periuk belanga termasuk kawah gulainya sekali. Masa camni, memang ramai sedara yang jadi tukang sakat dan mengacau pengantin baru. Kami yang belum mumayyiz sepenuhnya memang tak faham apa satu. Yang kami faham ialah telur rebus sudah habis kami makan bersama kicap! Ok. Sekarang kami sudah faham…
Terima kasih untuk Mak Abah yang mendidik kami erti sebenar pepatah ini, “Jangan jadi kera sumbang”.
@hafizmd – Kenduri sekarang? Semua kini dihujung jari. Ambil telefon dan sediakan ongkosnya. Selesai. Mudah tapi takde feel! Selamat berjaya juga pada semua calon SPM 2012 dan seluruh warga pendidik!
A ah memang banyak berbeza dengan dahulu. Sebab perbezaan persekitaran, taraf kehidupan dan lain-lain. Apa yang penting mereka nak yang terbaik untuk mereka…
Ada yg terpaksa dikorbankan sekarang
Hidup bermasyarakat perlu ambil tahu keadaan sekeliling dan jiran tetangga. Nanti jadi ‘katak dibawah tempurung’. Sampai berlanggar bahu pun tak kenal jiran sebelah rumah. 🙂
Mmg ada kes duduk sebelah pun tak kenal tu jiran sebelah…sedih
betul tu. kenduri kawen di kampung jauh lagi meriah dengan aktiviti rewang. sekarang ni kalau nak senang tempah je dewan majlis daerah, catering, wedding planner. keluarga pengantin cuma tunggu tetamu je
Itu yg tak best tu. Tunggu jer…
musim cuti dan musim kenduri kahwin memang tak dapat dipasahkan 😀
Mmg tak dapat dipisahkan…
kdg2 msyarakat sekeliling pon sama sibuk..2×5 jer..tu yg tempah katering jer.. 🙂
keh3..itu mmg tak dinafikan
zaman sekarang dah mudahh..beza dahh banding dulu..
Mmg berbeza sbb kita sekarang serba nak mudah…hehe
Setuju sangat. Sy kawin dulu pun buat kat kg,.. memang seronok, meriah sanak saudara…
Mmg cukup seronok…hehe
Hehe..jauhilah kera sumbang..emm terima kasih atas link yang dimasukkan tu..ruginya blog sy tak jumpa cari dekat mana nak enable tarckback..mungkin masalah thesis yang percuma kot tak ada tracbak..adoiii rugi2…
Trackback baru saje ambe letak tadi. Cuba tgk ade tak. Biasanya automatik jer dia masuk… =)
time cuti sekolah apa yang aku buat dulu eh?
hahahaa takde yg menarik kot tu pasal tak ingt
hahaha…main buah getah kot?
selamat berjaya untuk semua pelajar spm 2012, harap sudah buat yang terbaik
Antara peperiksaan terpenting dlm hidup =)
betul tu, senang susah bermula di sini..
@donny,setuju =)
memmang kena bergaul, kalau x nanti susah
Mmg susah. Jngn smpai org kata, bila dah terdesak, baru nampak batang hidung
skrg org lebih pentingkan mudah..
ada kebaikkan dan kekurangan juga kan?
Ada pro dan jugak kontranya..tinggal kita nak memilihnya
Kita memang tak nak jadi kera sumbang, tapi masa dan persekitaran yang mendorong kita ke arah itu. Nak buat macam mana lagi, sudah jadi lumrah hidup la ni 🙂
Betul jugak tu. Kadang2 kalau kita sorang jer yg tergedik2 nak bermasyarakat sedangkan yg lain sembunyi dalam rumah…payah jugak tuh
zaman akan datang ni tak tau la macam mana pulak..apa yang penting, kita sebagai generasi yang pernah melalui zaman bermuafakat tu kena la praktikkan dan didik pulak kat generasi baru ni..
Itu yg penting. Nak kena jugak ajar anak2 bercampur ngn anak2 jiran..jgn main sorang2 jer
permainan zaman dulu meletihkan
permainan zaman sekarang menlalaikan
haha
hahaha…ada benarnya tu bro
kduri dl2 meriah slg tlg menolong..skang byk katering..
Katering mmg mudah, tp tak happening
tapi camne pun, bab telur rebus makan bersama kicap tu memang ada persamaan antara kita..hahaha
hahaha…entah nape entah..suka sgt makan telur ngn kicap..
sekarang masing2 sibuk, itu yg kenduri pun pakai telefon jer.. hehe
yg penting mak ayah perlu biasakan anak2 utk ringan tulang, mulakan dari rumah, pastu dah besar sikit, bolehlah harapkan utk tolong jiran tetangga..
rasanya semua ni kena tgk mak ayah jenis macam mana.. huhu
Itulah pasal. Sekarang kat fb pun jadi.
Biasanya sbb ajaran sejak kecik, kalau masa kecik payah nak ringan tangan, sampai ke tua camtulah…
Cuci belanga tu ok lagi.. tapi part malam pertama tu mungking merisaukan sesetangah pengantin.. betul tu bro.. kena saling bantu membantu sesama jiran…
hehe…ramai yg takut tapi….
Cuti sekolah memang paling ditunggu-tunggu oleh bebudak sekolah.
Tengah duk pikir nih,manalah nak bawak anak-anak gi makan angin…huhuhu…
Molek jugak tuh, tp ni musim hujang ni…nok kena wak aktiviti indoor
yer sungguh tu…johor le nih musing boh…
@yusri, kita panggil musing ketang..hahah
hahaha…yer doh…senyum sorang ambe deme kabo gitu..hahaha
@yusri,hehe…senyum ade makne tu..hahahaha
Masa aku kawen dulu…tak tgu lama…petang tu jugak cuci periuk belanga yg beso2 tu…mmg depa dh simpan khas utk aku…hahaha
suke gilee tengok orang rewang wat keje sampai ke malam kalau balik kg utk kenduri.. meriah je suasane…
seb baik tak kene basuh periuk belanga lps habis majlis…hehe
hehe…mmg meriahkan?sampai malam macam tak nak balik rumah sendiri…haha
p.s.kalau kena basuh, terus laju jer mintak diri..keh3
Cuci belanga tu ok lagi.. tapi part malam pertama tu mungking merisaukan sesetangah pengantin..