Senaman Kuda Menggeliat?

Assalamua’laikum.
Senaman kuda menggeliat? Kenapa kuda? Itu ambe tak pasti, tapi nama senaman ni memang ada nama kuda. Kalau korang nak letak nama binatang lain pun boleh (nama semut Maikel pun sedap!). Ok. Senaman ni umumnya untuk mereka yang berjantina lelaki dan khas untuk mereka yang sudah berkahwin atau berstatus suami. Kenapa? Ambe malas nak cerita panjang, korang kalau rajin boleh buat senaman kuda geliat ni. Nanti kalau ada kesan baik, korang diam-diam sudahlah =)
Paling bagus, korang amalkan senaman kuda geliat ni bila bangun tidur. Bukak mata, baca doa bangun tidur dan terus buat. Ini langkah-langkah senaman kuda menggeliatnya;
- Berdiri tegak. Tenangkan fikiran dan tarik nafas 3 kali. Tangan lurus ke paha dan relakskan otot-otot badan korang.
- Depakan tangan. Tangan tu pastikan sama lurus dengan bahu. Tarik nafas, tahan nafas dan lepas perlahan-lahan. Korang ulang 3 kali. Langkah ni penting untuk melancarkan darah ke tubuh badan kita.
- Bongkokkan tubuh. Keadaan tubuh seperti kita rukuk dalam solat. Tarik nafas 3 kali. Langkah ni bagus untuk kesihatan pinggang dan urat paha.
- Duduk mencangkung. Pastikan kedua belah kaki dirapat dan tumit kaki terangkat. Tarik nafas 3 kali dam hembus perlahan-lahan. Pastikan jugak kedua belah paha korang dibuka semaksimum boleh. Tujuannya supaya darah lancar ke situ. Langkah ni jugak bagus untuk bahagian pinggang dan bahagian alat sulit.
- Duduk tegak. Kedua paha dibuka dan tapak kaki ditemukan. Ambil minyak bayi dan urut sekitar paha membawa ke lutut (sapu secara turun dan naik ke atas) sambil tarik nafas 7 kali. Lepas tu, urut dari lutut ke paha pulak dan picit pangkal paha selama 20 saat. Langkah ni bagus untuk buang angin, hancurkan batu karang.
- Duduk tegak dan temukan tapak kaki. Perlahan-lahan, korang tarik tapak menghala ke bahagian sulit. Tarik nafas 7 kali. Buka paha tu luas-luas. Bagus untuk kelancaran traffik darah.
- Bangun dan berdiri tegak. Relaks dan tarik nafas perlahan-lahan 7 kali serta hembus perlahan-lahan jugak. Selesai.
Ini hanyalah sebagai senaman pagi yang elok untuk kesegaran tubuh badan dan mungkin juga bagus untuk bahagian sulit lelaki. Cara kita makan, apa yang kita makan, bagaimana kita mendapatkannya juga amatlah penting untuk menjamin kesihatan zahir dan batin. Baiklah. Selamat beramal!
@hafizmd – Pernah tengok kucing menggeliat? Bagus jugak untuk diamalkan.
OOoooo.. Ingatkan “Gangnam Style” tadi! 😀
keh3…tarian tu mmg top sungguh!
kalo x silap kat china dh buat aerobik gangnam dah..hehe
tp leh amalkan gak cara bro ni.. 🙂
@JO,hehe..gaya kuda psy tu mmg glamer sekarang
kucing mengeliat senang nak buat, senaman regangan kot…
Betul tu tuan dh…senaman regangan
sama la, aku ingatkan oppa gangnam style gak td
keh3…bukan tarian yer
tak tahu nak komen pe, sbb utk lelaki kan.. jadi suami2 kat luar sana, bolehlah amalkan..
pastu bagi testimonial kat sini.. hehee.. ok tak?
agak-agak ada ke yang berani bagi testimoni tu… he he he.. tapi pelik gak bila baca nama senaman tu… ada de jerlah…
@MM, keh3…belum tau lagi…hahaha
@fieza, takde yg berani nak kasi testimonial punyalah…
Sudah kawe buat tadi… terseliuh leher ni.. Cam ne ehhh?
adeh…deme mintok tologn org rumah deme perbetul balik deh =)
haku hene hraktis dhulu nih..
Memang hena lah…hahun depan kan?kan?keh3
senaman untuk tenaga dalaman tu…terbaik bro
Luaranpun ada jgak =)
first time dengar senaman nie..
kalo konsisten buat.. tentu isteri sentiasa senyum puas hati zahir dan batin…. heee
ambe pun sebenornya baru tau, ade jugaklah praktis sikit2…hahaha
selalu jugak buat exercise nih…dapat dari cikgu yang train ambe mase main takraw sekolah dulu…tapi dia dok kabo pulok name senaman ni adalah kuda menggeliat…kini baru ambe tahu…tujuan senaman tu tahu lah…hehe
ooo..ni mesti power ni..mmg kalau main takraw, ada antara langkah senaman ni ada dalam latihan takraw!
maknyenya, deme ni sejak kecik lagi buat doh latihan ni…hebat!
dok power lah mane pong boh…alhamdulillah…ambe dikurniakan 3 orang cahaya mata daripada 2 kelahiran…syukur….
ambe amal setiap kali nok tidor…
@yusri, molek sangat doh tuh.. =) alhamdulillah
betullah ingatkan tarian kuda tadi….
hehe..ini mmg bukan tarian kuda…tp kalau ikut sikit2 tarian tu…boleh jugak…kasi keluar peluh…hehe
Sesekali aku buat juga senaman kuda menggeliat ni bro…hehehe
Hehehe..unik nama senaman ni..emm biasanya bila celik mata, terus bangun jer..tak ada geliat kuda mcm ni..insyaAllah lepas ni boleh ler cuba tips yang bro berikan nih..hehehe
Mmg unik tp senaman ni bagus utk kita wooo =)
ingatkan senaman kuda yang gangnam style td,,heee
keh3…itu tarian entah pe2 tuh…keh3
Perlu diletakkan beliau baru jelas nampak bro buat tutorial senaman kuda mengeliat. 🙂
hehe…mungkin nak kena berlakon pulak lepas ni..hehe
terima kasih kerana berkongsi tips bersenam.. pertama kali dengar senaman kuda menggeliat ni.. apapun keyword di sini ialah sentiasa utamakan kesihatan.. jangan dok asyik online je
Itu yg penting. Kesihatan kena jaga =)
tak pernah pulak tengok kuda menggeliat camtu…hehehe..
biasa buat senaman kucing je bila bangun pagi..
Senaman kucingpun boleh, tp senaman kuda ala2 versi penuh gitu..keh3
senaman harimau lebih senang dilakukan berbanding senaman kucing. senaman kuda belum pernah try
keh3..senaman kuda belum jumpa lagi…heee