6 Hikmah Mengerjakan Ibadah Haji

Assalamua’laikum.

Seruan ‘Labbaikallahummalabbaik….’. Seruan yang sering kita sering dengar dan sama-sama kita laungkan walaupun bukan kita yang mengerjakan haji. Sungguh, laungan ini adalah antara laungan yang terus kita impikan dan sematkan dalam hati dan jiwa…mudah-mudahan laungan ini benar-benar akan dimakbulkan Allah satu hari nanti untuk dilaungkan penuh kehambaan di Baitullah al-Haram. Disebalik pelbagai kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s., Nabi Ismail a.s. dan Rasulullah SAW yang sentiasa kita dengar, terselit juga hikmah dalam mengerjakan haji.

 HIKMAH MENGERJAKAN HAJI

1. Menghidupkan persaudaraan Islam sejati – Bayangkan seluruh umat Islam dari segenap pelusuk dunia datang ke satu tempat yang sama, pada satu masa yang sama. Kita memang benar-benar bersaudara walau berbeza warna kulit, bahasa, budaya, bangsa. Kita bersaudara apabila kita lafaz SYAHADAH yang sama!

2. Kita semua sama sebagai “tetamu” Allah – Kita memakai pakaian putih yang sama. Tiada yang pakai warna lain mahupun ‘fesyen’ lain selain pakaian ihram putih. Tiada yang lebih dan kurang melainkan tahap ketaqwaan kita kepada Allah.

3. Menghayati perjuangan – Kesempatan menziarahi Baitullah membolehkan kita menyaksikan dan menghayati perjuangan para rasul terutamanya pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail. Lebih-lebih lagi perjuangan Rasulullah SAW yang kita cintai dalam menegakkan syariat Allah.

4. Menghayati tempat bersejarah – Bukit Uhud (peperangan Uhud) dan Gua Thur antara tempat bersejarah dalam usaha Rasulullah menegakkan agama Allah.

5. Lambang perhimpunan manusia pada akhirat nanti – Pandangan ulama tentang berwukuf di padang Arafah bak menunggu pengadilan Allah di akhirat nanti atas perbuatan kita di dunia. Cukup signifikan!

6. Menyemai keinsafan – Ibadah haji pasti memberi keinsafan yang kita pasti akan bertemu Allah hanya dengan bekalan amal kebaikan dan taqwa. Pangkat dan harta hanyalah perhiasan duniawi.

Semoga jemaah haji memperolehi haji mabrur dan kita juga diberi peluang menjadi “tetamu” Allah suatu hari nanti. Ameen. Selamat Hari Raya Qurban dan selamat bercuti. Semoga semangat pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail sama-sama mampu meningkatkan tahap ketaqwaan kita kepada Allah. InsyaAllah.

@hafizmd – jalan ke arah Pantai Timur mulai sesak petang tadi….

Published by Hafizmd

Artikel ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan juga melalui pembacaan. Sebarang kehilangan, kerosakan dan komen pembaca adalah tanggungjawab anda. Dapatkan bantuan pakar berkaitan jika memerlukan khidmat nasihat yang tepat. Jika entri ini bermanfaat, mohon 'Like, Tweet & G+' kepada rakan anda. Terima kasih dan selamat membaca.