Seluar Jean Mesra Alam?

Assalamua’laikum.

Kreatif dan inovatif. Cukup teruja ambe. Cuba bayangkan kita pakai seluar jean yang disalut titanium oksida (bukan titan yang tu yer….hehe). Seluar jean berteknologi nano ini mampu membantu udara sekeliling menjadi lebih bersih dan kurang tercemar. Bunyinya sungguh menarik, bukan? Bagaimana seluar jean ni berfungsi? Selamat ke nak pakai? Takut juga, tak pasal-pasal ada bala lain menanti si pemakainya.

  1. Bagaimana ia berfungsi? Cukup mudah. Titanium oksida yang menyalut seluar akan bertindak balas terhadap cahaya dan menjadi lebih reaktif. Bila dah cukup reaktif, elektron bertindak balas dengan air yang ada dalam udara menghasilkan 2 radikal bebas yang akan memecahkan bahan cemar kepada bahan bukan kimia yang selamat.
  2. Bahan cemar apa yang boleh dipecahkan? Antara yang paling banyak ialah nitrogen dioksida yang dihasilkan oleh kenderaan bermotor dan kilang. Asaplah ni. Asap rokok? Ini ambe tak tau….hohoho
  3. Tak habis ke salutan titanium oksida? Mudah saja. Pelembut fabrik dan serbuk pencuci khas yang ditambah “CatClo” perlu diguna setiap kali kita basuh seluar jean ni. Kira tambah balik titanium oksida tadi.
  4. Berapa ramai manusia yang perlu pakai seluar ni untuk menjadikannya berkesan? Untuk luas 7-11 meter, 30 orang yang pakai seluar jean ni perlu lalu setiap saat. Boleh tahan ramai tuh!
  5. Selamat ke nak pakai? Ia selamat untuk kulit manusia dan bekalan air.
  6. Dah jual ke seluar ni? Belum lagi. Mungkin lagi 2 tahun baru ada di pasaran.

Pandangan ambe

Walaupun teknologi seluar mesra alam ni jauh nun sana di UK, usaha saintis Profesor Tony Ryan dan pakar fesyen dari Kolej Fesyen London, Profesor Helen Storey cukup mengujakan. Kalau sebelum ni, kita biasa dengar penapis udara di pasang di kilang-kilang saja. Kini tak mustahil, konsep penapis udara untuk memelihara udara boleh dicapai bila kita pakai seluar jean ni.

Takkan kita nak usung penapis udara, kan? Sebab tu ambe kata, usaha menghasilkan seluar ‘hijau’ ni memang idea yang begitu kreatif. Malangnya, kita di Malaysia masih lagi rendah tahap kesedarannya. Aktiviti bakar sampah tak kira musim, asap kilang berkepul-kepul tanpa sebarang tapisan, asap kenderaan dan ditambah lagi asap rokok yang kita hasilkan setiap hari.

Semua ni penyumbang pencemaran udara. Tak mustahil satu hari nanti, anak cucu kita terpaksa membeli seluar jean sebegini demi ‘menghalau’ udara kotor yang kita hasilkan sekarang ataupun memakai topeng gas bila keluar rumah. Tak mustahil!

Nota: Boleh baca laman web rasmi berkenaan seluar jean ni:  Catalytic Clothing

@hafizmd – ambe tak suruh beli, tapi ambe sokong sebarang kempen hijaukan bumi.