Akhir Piala Malaysia:ATM Menang?

Assalamua’laikum.

Akhirnya. Namapun sudah perlawanan akhir…hehe. Tekaan ambe sekali lagi mengena. Tekaan ambe pasal mana-mana pasukan daripada kumpulan B akan masuk akhir dan menjadi juara Piala Malaysia, benar-benar menjadi kenyataan. Cuma, sayangnya tiada yang buat kontest khas macam kontest Bro Denaihati yang ini, “Euro 2012 Pilihan Lelaki Kacak”

ATM dengan gelaran Manchester City Malaysia sebab berbelanja cukup besar membeli pemain-pemain bertaraf bintang. Nama-nama besar seperti Hairuddin Omar, kembar Aidil, Rezal Zambry, Alex James dan Bruno. Pasukan ini adalah pasukan yang baru dibentuk tapi cukup konsisten tahun ni. Tengok tak separuh akhir ATM vs Lions XII? Ambe rasa, itu antara perlawanan separuh akhir terbaik yang ambe pernah tengok sepanjang aksi Piala Malaysia.

Esok penentunya. Bagi seluruh peminat bola sepak Malaysia, inilah saatnya untuk kita beri sokongan pada sukan nombor satu ni. Kalau hari tu, Malaysia baham Hong Kong 3-0, kemudian skuad Harimau B-21 kalahkan Thailand B-21, 1-0 (Harimau Muda A, jurulatih Ong Kim Swee) masuk akhir piala Jemputan VFF Newspaper Cup. Inilah saatnya kita sama-sama raikan kejayaan dua pasukan yang kita harap akan melahirkan lebih ramai bintang muda bola sepak.

Keputusan penuh jangkaan anda? Ambe ikut hati, ambe pilih Kelantan menang, tapi ambe nak tengok ATM lakar sejarah baru bola sepak Malaysia. Jadi, ambe pilih ATM menang 2-1 malam esok.

Satu lagi, harap peminat Kelantan dan ATM jaga disiplin masing-masing. Jangan mainlah laser, baling-baling botol air, baling-baling mercun….buat malu jer!

@hafizmd – Jangan lupa, Manchester United vs Stoke City malam esok pukul 10 malam…..hehehehe

Published by Hafizmd

Artikel ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan juga melalui pembacaan. Sebarang kehilangan, kerosakan dan komen pembaca adalah tanggungjawab anda. Dapatkan bantuan pakar berkaitan jika memerlukan khidmat nasihat yang tepat. Jika entri ini bermanfaat, mohon 'Like, Tweet & G+' kepada rakan anda. Terima kasih dan selamat membaca.