Celoteh Kakak #7 Mandi Kolam?
Assalamua’laikum.
Kakak memang cukup seronok kalau masuk bab mandi. Pantang disuruh mandi, laju saja langkahnya menuju ke bilik air. Lajunya langkah Kakak, begitulah lajunya mulut Kakak berceloteh. Dengan keadaan Mama yang masih lagi kurang kuat untuk melayan celoteh Kakak dan Adik, Kakak nampak begitu bijak untuk menyenangkan tugasan Abah terutamanya bab mandi. Biasalah, anak-anak kalau dibiarkan mandi, 5 jam belum tentu selesai…
“Abah, Kakak nak mandi kolam….” sambil tangan Kakak laju menyambar kolam merahnya.
“Alaa…semalam Kakak dah mandi kolamkan? Hari ni mandi air hujan boleh?” Abah cuba alih perhatian Kakak.
“Abah, air hujan sejuklah…kalau mandi kolam…tak sejuk…” Kakak masih lagi tawar menawar dengan Abah. Tangannya tak lepas menjinjit kolam merah masuk ke dalam bilik air.
“Oklah, tapi nanti Mama nak pinjam kolam ni boleh?” Abah setuju bersyarat.
“Boleh tapi Mama nak duduk dalam kolam merah ni ke???” soal Kakak bersungguh.
Nota 1: Kolam merah ialah besen kecil.
Nota 2: Air hujan ialah air pancuran.
@hafizmd – Rumah terasa amat kosong tanpa kehadiran isteri dan anak-anak….
ujian je semua tu, kalau mampu harungi
moga beroleh lebih bahagia nanti..
wah bermadah plak aku…
Mmg ujian kesabaran…terima kasih bro padin utk madah ni…hehehe =)
wakaka… lebih kurang sama perangai dgn anak2 maza.. hahaha
memang kekadang menggelikan hati, dan terhibur sesangat.. kan?.. hehee
Betul tu bang maza…sbb keletah merekalah buat kita hilang rasa penat..bahagia
owh..bru phm istilah tu..mmg berkesan cara komunikasi camni.. 🙂
hehe…kadang2 kena gak guna cara ni…
haha. memang seronok melayan keletah anak 🙂
Mmg cukup seronok. Tu yg rindu sgt2 kat anak2 tu
anak2 aku
yang perempuan lebih suka main air
yang lelaki biasa2 je
hehe..biasalah..yg perempuan kalau start mandi, mau habis sejam…hohoho
selagi tak kecut satu badan n gigil memang tak keluar lah…heee
hehee…itulah anak2..suka main
haha..dulu pun aku rajin gak mandi dalam besen. ntah nape rasa best. aku pun tak tahu kenapa..haha..
aih, muat ke badan dalam besen tu? hahaha
@fieza,titan ni mase kecik2 comey kot?hehe
@titan,haaaa…patutpun…hahahaha
BUdak2 memang suka main air. Pantang dibiar, sampai kecut seluruh tubuh pun takpe. 🙂
Mmg kecutlah jawabnya…anak2 mmg suka main air
hehe,..ragam anak-anak boleh menceriakan suasana rumah tangga..emm kenapa bro ke tinggal?
Mmg cukup meriah dan ceria =)
Operate di Penang, jarak perjalanan lebih 5 jam pasti akan mengundang perit utk isteri…tak sanggup lagi tgk dia tahan sakit…biar ambe saje yg ulang alik tiap2 minggu…
tak citer pun yg ni.. haha.. mana la mama muat dalam besen tu.. mama buat letak air jer..
kakak, kakak, makin banyak mulut tau.. dia pulak ajar wan die masa naik kete.. soh letak gear kat N masa benti kat trafik light
Mmg nak citer hari tu, tapi kesian kat awak nanti…tertahan2 nak gelak…jadi sila baca kat sini yer…hahaha
Patutlah dia asyik tanya huruf2 kat gear tu…hohohoho
Muat ker mama hendak mandi didalam ‘kolam merah’. 🙂
Mmg tak muat..ohhoho
Rindu itu adalah anugerah dari Allah…hijjaz sekali boh..huhu
Lagu ni mmg best! Lagu feveret ni…hehe
Assalamualaikum, dah agak dah kolam dan air hujan tu ialah besen dan air pancuran. He he he. Sama jer dengan perangai anak lelaki saya. Sabarlah ek, semoga semuanya dipermudahkan oleh-NYA.
sekeluarga gembira seronok mmbacanya
@Suri,mmg seronok tgk dan layan keletah anak2 ni
Wa’laikumussalam.
Terima kasih MM. Cubaan utk menguji dan menerbit sifat sabar.
Oooo…anak lelakipun suka main air ek..hehe
katak jumpa kolam rasanya mau gak dia terjun sana heee
hehe..itu sudah pasti
sebut air mmg anak2 suka..tpi masa kecik kena air melalak..dh besau suka berendam lama2 heee
hehe…jgn jadi badak berendam sudahlah…hoho
manusia tak blh kari dri air klu tak camner nak mandi..gosok ggi.. basuh baju heee
Air mmg sumber utama. Tu yg risau gak tu isu air kat Selangor ni…isk3
memang kanak2 begitu..sama je ngan anak kami ni..kalau dibagi mandi ‘berenang dalam kolam’ memang sejam dua tu ngetor pun idok..tambahan pulak sekarang ni bila si kakak mandi, si adik jadi penonton yang gembira melihat aksi kakak mandi kolam tu..
p/s : nampak gaya nanti bila si adik dah besar, nak kena beli kolam plastik la pulak..
Mmg seronok tgk keletah anak2. Tu yg bila terbujang tu, mulalah tak keruan semacam jer..hehe
p.s-adik pasti akan lebih hebat nanti..hehe