Belum Masanya Untuk Kembali…
Assalamua’alaikum.
Belum masanya untuk kembali menekan butang aktif. Lebih dua minggu ambe menyepi. Bukan mengundur diri dari arena blogging. Lebih dua minggu juga ambe tak jenguk blog, jauh sekali nak terjah blog rakan blogger lain. Sampai bila ambe nak cuti? Ambe akan terus bercuti selagi…
Selagi isteri ambe (blogger fiezaradzi.com) belum sihat sepenuhnya. Isteri baru saja selamat menjalani pembedahan (major operation) membuang apendik yang membengkak agak teruk. InsyaAllah, ambe akan kongsikan juga serba sedikit pasal ni nanti.
Buat masa sekarang, ambe pohon jasa baik rakan blogger untuk sama-sama doakan kesihatan isteri agar ambe cepat sembuh dan kembali aktif seperti dulu. Ambe dahulukan ucapan terima kasih yer.
Terima kasih juga pada rakan blogger yang sentiasa singgah walaupun tanpa komen (nak komen camne, tak update…hohoho).
@hafizmd – Perancangan Allah jua sebaik-baik rancangan
subahnallah..
“Ya Allah, Kau kurniakanlah rahmat-Mu ke atas isteri saudaraku ini dengan memulihkan kesihatannya agar menjadi hamba-Mu yang sihat walafiat. Yang dengannya nanti akan kembali beribadah pada-Mu. Sesungguhnya Kaulah penyembuh dan Kaulah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang”
ameeennn ya rabal alamin..
terima kasih atas doa bang maza.saya pun nak cepat sembuh.
Syafakillah buat isteri hafiz..moga hafiz dan isteri sentiasa hidup sihat walafiat..
dah jenguk kat sana tadi
moga2 segera sembuh hendaknya
memang molek juga ambil cuti, bro
isteri aku bersalin dengan cara pembedahan
memang banyak cabaran nak dihadapi selepas pembedahan ni
InsyaAllah, mudah mudahan isteri bro akan pulih seperti sediakala.. banyak banyak berdoa dan bersabar
mudah2an org rumah cepat sembuh bro..
semoga semuanya dipermudahkan dan cepat sembuh
terima kasih utk semua. mudah2an cepat sembuh dan kembali. ye, perancangan Allah itu lebih pasti.
masih dlm usaha mnyembuhkan diri.harap doa dr rakan2 semua.tima kasih
Semoga u r wife cepat sembuh. take care bro.
Semoga fieza cepat sembuh dan sama2 boleh kembali aktif di arena blogging..
Ya allah ya tuhanku , kau sembuhkanlah segala penyakit yang dihadapi oleh isteri rakan blogger ku ini. Sekiranya ia sedang sakit kau sembuhlah penyakitnya ya allah. Sesungguhnya engkau lah yang maha pengasih lagi maha penyayang…aminnn.
Perhatian kepada keluarga perlu diutamakan disaat-saat yang memerlukan.
mudah – mudahan cepat sembuh dan kembali seperti sediakala
Insyallah cepat la sembuhnya tu.
Semoga dipermudahkan segala urusan… Harap segala langkah dapat dilaksanakan dengan berjaya.. insya-allah akan sembuh dan dilindungi-Nya…
Moga isteri tuan kembali sihat, ameen.
mudahan isteri bro cepat sembuh. insyaAllah. inilah masa untuk jaga isteri n ambil alih jaga anak.
mudah2an isteri tercinta kembali pulih…
saat2 gini lah suami harus ada di sisi…
Insya-allah bro semoga sume perkara di permudahkan..amik masa berehat ni focus pada isteri ya 🙂
semoga cepat sembuh dan sihat kembali
salam
dalam nada sendu ada juga akhir barisan tertulis hooo…
bersabarlah… dugaan himpit mmg perit smoga dia sht kembali..
ada org kata apendek tu sb depa suka mkn cili erk… salah satunya tak tahu benar dak huhu…
saya diakan akan isteri saudara cepat sembuh dan pulih dari pembedahan yg dilalui
moga cepat sembuh ye bini ko. lama tak datang sini.
thanks bro…hehe..biasalah…akupun tak ke sana…hahaha
Semoga semuanya selamat dan sihat walafiat…insyaAlla…
Terima kasih blogger Yusri….ameen
mudah mudahan cepat sembuh..
Ameen. Terima kasih bro Pipoq
semoga tabah menghadapi ujian tuhan………..
Terima kasih. Cubaan utk menambah rasa kecintaan padaNYA
Semoga isteri bro cepat sembuh daripada penyakit yang dihidapi. Harap bro bersabar dengan segala ujian Allah.
Terima kasih bro Hazmin…ameen
semoga isteri bro cepat sembuh dan pulih dari pembedahan…
dan juga buat bro.. bersabarlah menghadapi dugaan ini…..
Ameen…insyaAllah..terima kasih bro Hairul
ooo baru tahu..ingt kan kenapa..semoga isteri bro cepat sembuh..lewat sy mengetahuii berita ni…sory2..
Terima kasih bro PK..isnyaAllah moga cepat sembuh