Suku Akhir Piala Malaysia & M.United vs Wigan
Assalamua’laikum.
Suku akhir Piala Malaysia. Cerita bola lagi? Biasalah, blog separa bola! Ambe juga separa kecewa dan gembira sekarang. Kecewa dengan prestasi pasukan Terengganu yang sudah boleh berkira- kira untuk mencari jurulatih baru malah mungkin juga pengurus pasukan yang baru! Dakwaan isu jual perlawanan dan isu disiplin pemain amat mencalar imej pasukan Penyu dan mengejutkan seluruh peminatnya.
Sampaikan ada pemain Terengganu yang menjalani ujian bercakap benar iaitu ujian poligraf. Menarik sungguh drama bola sepak Terengganu tahun ni. Demi kebenaran, ambe rasa ada baiknya juga pemain ini diuji sebegitu. Kalau benar, apa nak takut? Terkini, keputusan ujian poligraf ke atas penjaga gol Terengganu menunjukkan yang beliau bercskap benar ( beliau tidak menjual perlawanan). Lega ambe!
Oklah. Pasukan korang masuk suku akhir tak? 8 pasukan yang layak ialah Lions XII, Johor FC, Kelantan, ATM, N.Sembilan, Felda United, Selangor dan Pahang. Mana satu pasukan pilihan korang? Kalau takde, pilih sajalah mana yang berkenan yer…
Jadual perlawanan suku akhir Piala Malaysia:
– Lions XII vs Pahang
– Johor FC vs Selangor
– Kelantan vs Felda United
– ATM vs N. Sembilan
Kalau ikut kekuatan atas kertas, Selangor dan Kelantan nampak macam berpeluang cerah untuk layak ke separuh akhir, tapi itu hanya andaian. Bola tu bulat, apa-apapun boleh jadi.
M.United vs Wigan
Manu menang 4-0. Orang lama, Scholes masih lagi berbisa apabila membuka jaringan pertama. Diikuti oleh Chicharito yang melepasi perangkat offside, Buttner yang menggelecek beberapa pertahanan Wigan dan akhirnya rembatan kaki kanan dari luar kotak penalti oleh Powell. Inilah berita gembiranya untuk ambe!
@hafzimd – Arsenal nampak steady jugak walau tanpa V.Persie. Hebat!
Kelantan pasukan terbaik musim kerana layak ke suku piala malaysia dan AFC. All the best. My feveret team MU memang the best team.
Nasib baik Man Utd menang… Otai dalam pasukan jugak yang terbaik..
Selangor jumpa johor Fc.. takut badi piala FA aritu tak abes lagi…
tk tgk.. takut sakit jantung.. hik3..
maza sedang berkira2 untuk menyaksikan pasukan harimau malaya unggul di piala AFF.. hehehe
mmg berita gembira ni..hehe
harap2 MU boleh menang lagi pagi ni, bro
Sekarang untuk bola kena separa-separa je. Banyak sangat berlaku perkara yang tidak disanggakan. Bile la boleh tengok corak permainan yang diidamkan. Bole sakit jiwa la mcm ni…
Melompat2 bila dengor perkhabaran berita nih… heeeee
malas rasenya nok tengok bola bila dengo cerite dok berape sedap pasal pasukan Teganu…nasib baik Red Warriaor cemerlang…huhu
takat ni bz tak der masa nak tgok bola slu balik keje msak solat bagai boom terus
hrp MU menang cerah utk kali ni hiiiii
Lh org llki dg bola mana leh lari klu lari bola kedepn jer..
Hahaha..mesti cik abg suri ni suka bola jugak..hehe
Ha ah kan..terengganu ada masalah dalaman tu yang prestasi pemain mundur..kata org la..sy sediri pun tak tau mana bab bola ni..hehe..kecewa ke bro?rilek2 adat bola sepak dah tu..hehe
gua mesti sokong itu selangor maa…tempat tumpah darahku tuu..
Lama tak sempat nak tengok bola sebab budak kecik tu asyik kawal remote TV.
Sokong mana yang menang, bole?
Man Utd champion lagi tahun ni! mark my words 😀
team penyu nmpk makin merundum je prestasi..