Aktiviti Masa ‘Bujang’…

Assalamua’laikum.

Bujang. Semua orang pernah bujang. Malah ada yang masih membujang sampai sekarang. Apa nak buat, jodoh belum ada katanya. Ada yang sudah ada pasangan, namun masih berkira-kira bila tarikh keramatnya. Almaklumlah, sekarang kos perkahwinan bukannya kecil jika tidak kena caranya. Ambe dah lama tamatkan zaman bujang. Diri dah sebati dengan kehidupan sebagai seorang suami dan bapa. Bila tiba-tiba ‘terbujang’, memang boleh mati akal juga!

Ambe bila ‘terbujang’ ni, memang tak reti nak keluar ke mana-mana. Jadi, ambe habiskan masa dengan beberapa aktiviti. Aktiviti ni memang selalu juga ambe lakukan bersama keluarga. Cuma kali ni, ia lebih kerap dan kadang-kadang sampai rasa nak pitam….hehehe

  1. Tengok tv: Pilihan rancangan pastinya siaran sukan. Bola sepak! Sekarang tengah layan Malaysia vs Hong Kong. Keputusan terkini Malaysia 3:Hong Kong 0. Yahooo! Malaysia menang 3-0. Selain tu, malam ni memang banyak perlawanan bola. Antaranya perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 dan juga perlawanan persahabatan, Jepun vs Brazil.
  2. Baca buku: Ini pilihan kedua. Buku yang sedang ambe habiskan sekarang ialah buku “Khalifah-khalifah Yang Benar”, karangan Abdul Latip Talib. Memang asyik baca buku Sejarah Islam. Memang kita tak reti nak ambil iktibar dari kejatuhan zaman gemilang Islam.
  3. Baca blog: Ini juga menjadi pilihan yang baik, tapi nak baca blog perlukan mood yang baik. Bukan setakat nak baca, kenalah jugak tulis komen sepatah dua. Baru tuan blog rasa seronok dan semangat nak update!
  4. Masak: Ok. Ambe tak reti sangat bab-bab masak ni, tapi ambe rajin buat cekodok. Sebab ambe memang suka makan cekodok! Sekarang ni pun, ambe menulis sambil makan cekodok dan dua tiga cawan teh.
  5. Berkawal: Berkawal? Iye…ambe anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS). Berkawal bermula jam 12 pagi hinggalah jam 3-4 pagi. Tak mengantuk? Mestilah mengantuk. Ambe bukan Ultraman Mebius!

Itu antara aktiviti ‘bujang’ ambe. Isteri tersayang juga sudah cukup masak dengan aktiviti-aktiviti ambe ni. Malah, ada antaranya kami buat sama-sama. Tu yang buat ambe makin rindu pada isteri dan anak-anak kat kampung.

Korang ada aktiviti lain yang lebih best, berfaedah dan logik untuk seorang suami yang ‘terbujang’?

@hafizmd – Mood berblog dah datang balik tapi Alexa pulak makin tak best!