Buah mahkota dewa..
Lama rasanya saya tak berbicara bab-bab kesihatan ni. Selepas entri kami sayang Abah, terniat juga berkongsi serba sedikit perihal kesihatan ini. Terutamanya melibatkan sakit jantung, darah tinggi, kolesterol tinggi, kandungan gula darah. Semuanya berkait rapat dengan satu organ yang cukup penting iaitu jantung.
Saya bukanlah seorang doktor, jauh sekali pakar sakit jantung. Namun, yang pasti saya ada jantung..hehe. Maka, sedikit pengalaman yang dikongsi Abah dalam mendepani sakit jantungnya, darah tingginya..kolesterolnya..dan sedikit pembacaan, saya rasa perkongsian ini mampu membantu sesiapa saja yang mahu mencuba ubatan alternatif.
Kalau bercerita pasal ubat jantung (yang diambil di IJN), hati saya cukup pilu bila terkenangkan Abah yang terpaksa telan juga ubat-ubat ini. Bukan satu jenis, tapi kalau tak silap..ada dalam 6 atau 7 jenis ubat yang perlu diambil 3 kali sehari.
Oklah. Pernah dengar nama buah mahkota dewa?
Blogger yang tersedak..
Awak memang selalu dengan kita. Mana taknya..macam yang awak tulis tu..semua sama-sama..macam mana awak nak cari hadiah untuk kitakan? Walaupun awak pernah buat trik kat kita bab-bab nak kasi suprise ni, dan memang ada trik suprise tu menjadi. Memang awak pandai cilok..hehe
Banyak kali juga awak kata nak keluar jap, saya tanyalah..”Nak p mana?” Awak kata..”Adalah..awak tak yah ikut kitalah ek”..Saya memang tak nak ikut, tapi sebab awak dah cakap yang kita tak yah ikut, maka kita lagi rasa nak ikut..hehe..
Kita tau, awak ada plan nak beli hadiah kat kita..(hohoho..perasan betul kita ni kan?haahaha..)..awak memang..kalau bab-bab beri hadiah ni, memang awak suka..sejak dari dulu lagi..sebelum kawen pun..awak kalau tak dapat beli..awak bagi hadiah buatan sendiri..kita ada simpan lagi tau..awak nak tengok balik? Nanti kita tunjuk ek..eh eh…yang tengah baca ni pun nak tengok? hehe..mana bleh..nanti kamu semua tak bleh tido malam..
Buang bayi, gantung mandatori atau penjara 20 tahun..
Sempat juga layan Buletin Utama tadi. Antara berita yang cukup menarik ialah penguatkuasaan serta-merta hukuman gantung sampai mati atau penjara maksimum 20 tahun kepada si pembuang bayi.
Kalau tak silap, Akta Jenayah 302 akan diguna pakai bagi kesalahan ini iaitu samada bayi yang dijumpai sudah mati @ diklasifikasikan sebagai berniat untuk membunuh. Keputusan samada dijatuhkan hukuman gantung mandatori atau penjara 20 tahun akan diputuskan melalui peguam negara.
Diharap, dengan adanya hukuman yang sebegini berat, mampu membuatkan mana-mana individu yang menyimpan hasrat untuk melakukan zina, mahupun membuang bayi berfikir berjuta kali sebelum melakukan perkara terkutuk ini.
Antara snippet dari Buletin Utama;
>> Satu pasangan remaja Islam di Melaka mengaku bersalah membuang bayi. Berusia 18 tahun dan 17 tahun.
>> Kes buang bayi yang terbaru (kalau tak silap) ialah di Kota Damansara, berhampiran Kolej SEGI.
>> Jumlah kes buang bayi untuk tahun ini (Januari hingga Ogos 2010) ialah sebanyak 64 kes.
Jadi, apa kata anda dengan hukuman ini? Sapa setuju?
® hafizmd – moga sifat kemanusiaan kembali hidup dalam diri manusia itu sendiri..
Bila semuanya jauh di mata…
Saya sekarang berada agak jauh dari tanah air Malaysia. Saya pergi honeymoon ke? Oh! tidak..kalau honeymoon, pasti saya tiada masa untuk berinternet lagi..hoho..jangan marah yer..
Sebenarnya, saya berada di Mashad, bandar kedua terbesar selepas Tehran. Ya, betul. Saya di negara Iran. Jadi, sebab itu saya jarang sangat terjah dan meninggalkan komen di blog kawan-kawan.
Bila semua jauh dimata, barulah rasa rindu dan sayang itu akan terasa. Terutamanya bila isteri dan anak tersayang tiada disisi. Rindu itu hanya Allah yang tahu. Benarlah kata orang tua-tua, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan. Baru ‘feel’ rindu dan sayang akan benar-benar lebih meresap. Tapi bukan bermakna, kalau tidak ditinggalkan, perasaan itu tidak wujud. Jangan salah faham yer..
Blog yang ditinggalkan tidak ber’update’ tapi masih sempat saya pesan pada isteri tercinta untuk tolong kemas kini keputusan semasa bola sepak Piala Dunia bila ada masa. Terima kasih sayang! Ya..betul..baru tahu kena ada backup team..macam Kak Jie kita yang ada pasukan backup yang kuat.
Buat semua kawan-kawan dan pengunjung blog ini, jutaan terima kasih buat anda semua. InsyaAllah, bila dah balik Malaysia nanti, akan saya terjah blog anda semua.
InsyaAllah juga, saya akan ceritakan dan sertakan gambar barang sekeping dua di Bandar Mashad ni. Sekadar berkongsi cerita dengan anda semua yang sungguh cool dan memotivasikan saya.
p/s – Buat isteri tercinta, jaga diri dan anak-anak yer..tunggu abang balik nanti ek..:D
® hafizmd – walau jauh dimata, ianya tetap dekat dihati..
Abah..kami sayang abah
Amaran: Entri ini sedikit panjang dan mungkin mengambil masa kawan-kawan semua.
Sudah hampir 5 bulan rasanya, kaki kiri abah bengkak. Dari paras lutut sampai ke tapak kaki. Sepanjang masa itulah, Abah menggagahkan jua kudrat tuanya, bergerak ke sini dan ke sana. Walaupun Abah sudah lama bersara dari hiruk pikuk pejabat, ilmu yang dikandung didada dan rasa amanah yang dipikul dibahu membuatkan Abah terus bersemangat dan tabah menghayun kudrat walaupun saat kaki dan kesihatan badannya seolah menuntut untuk berehat seketika.





