Bila suami merajuk…

Assalamua’laikum.

Pagi tadi, sempat jugak layan bicara Prof Dr Muhaya. Dalam banyak-banyak panggilan yang diterima, ada seorang isteri ni yang berkongsi 1 cerita yang saya rasa menarik.

Dia dahpun berkahwin selama 20 tahun. Katanya lagi, dia rasa dia payah untuk jadi seorang isteri solehah. Prof Dr Muhaya tanya kenapa? Laju jer dia cakap yang suami dia suka merajuk!

Suami suka merajuk?

Ermmm. Kalau isteri suka merajuk, memang biasa sangat saya dengar. Ini bila si isteri ni berkongsi yang suami dia suka merajuk walaupun sebab-sebab yang kecil, contohnya makanan yang disimpan untuk si suami dahpun habis dimakan oleh anak-anak. Suaminya akan cakap “sampai hati awak…” dan terus keluar rumah (tanda merajuklah kot).

Yang menjadi masalahnya sekarang pada si isteri ialah bila suaminya merajuk, emosi dia akan jadi tertekan dan tak tentu arah. Maklumlah, suami tengah merajuk & dia sekarang mengambil pendekatan hanya berdiam diri.

Menariknya lagi, si isteri tadi mintak Prof Dr Muhaya memberi jawapan yang lebih baik selain dari jawapan klise iaitu SABAR.

Apa pendapat anda? Biasa jumpa mereka yang kuat merajuk? Apa anda buat bila berdepan dengan situasi mereka yang sedang merajuk ni? Ke anda sendiri jenis SUKA merajuk?

Bagi saya, kalau setakat kadang-kadang merajuk, mungkin boleh diterima, tapi kalau dah sampai tahap SUKA merajuk, saya sendiripun akan tertekan juga akhirnya.

hafizmd – pertandingan Pengalaman Kena Denda di Sekolah hampir sampai ke klimaksnya!

 

35 comments

  1. Saya setuju si suami mudah merajuk kerana perkara kecil. Contoh makanan tersedia sebelum ini ikut time tapi sekarang di hindang ikut dan. Suami mana tidak merajuk memberi signal protes.

    1. Itulah. Tp suami jugak kena faham, kalau isteri bekerja, mestilah penat dan mungkin akan lambat sediakan hidangan. Apa2pun, kena tlak ansur..betul tak bro?

  2. Err.. Cadangan Saya kedua-duanya perlu pergi sesi kaunseling! Mungkin si suami tu tak sedar tindakkannya akan menjejaskan seluruh keluarga.

  3. uhuu..

    bakor je rmah tu..haha

    em..kalo perempuan merajuk lelaki boleh sabar kenapa tak perempuan kan? sabar je lah..sweet apa suami merajuk 😀

  4. suami merajuk sampai keluar rumah.. macam cerita batu belah batu bertangkup ni.. haha.. bukan pe, utk si suami, merajuk pun jgnlah sampai keluar rumah, kang balik rumah tgk anak bini tak de ke, jadi pape ke.. nyesal tak sudah..

    utk si isteri lak, mungkin leh fikir cara lain utk pastikan suami nya tak merajuk.. bak kata prof muhaya, buat semuanya kerana Allah, insyaallah, tak de la tertekan sgt kan.. ape pun, perkara terbaik, berbincang sesama sendiri, itulah kerukunan rumah tangga

  5. 20 thun? lama da tu..sepatutnya si isteri da faham dan tau mcm mana nak atasi masalah ni.
    yg si suami plak..adeih..jgn la merajuk2 sgt…nnt ada plak yg makan ati je nnt

  6. Benjy susah merajuk sebab amat memahami semua keluarga … tetapi silap2 angin … suara kalah guruh di langit … hahahahaha 😀

    1. Bagus bang benjy. Sama2lah kita memahami keperluan dan kehendak kelaurga. Barulah aman bahagia

      hahahaha…suara kalah guruh yer…hati2…nanti jiran cakap “Mahh! Angkat jemuran, hujan dah turun…”

  7. Kalo dah selalu sgt merajuk,bgtau kat suami…”abang,kang kalo dah abes merajuk bagitauye…”
    So,isteri xyah susah2 nk serabut pk pasal si suami.byk lagi urusan rumahtangga yg nk kene urus..hahahaha…

  8. emm kalau aku la tak suka merajuk…sekarang ada sikit aktiviti merajuk..bukan apa just nak perhatian dr isteri jer..hahaha…kasi rumah tangga bahagia sikit kan…hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *