Pengalaman kena denda di sekolah

Assalamua’laikum.

Inilah ‘kerja rumah’ last minute. Kalau dulu-dulu, gaya ni memang dah kena denda di sekolah. Mana-mana member yang bijak sikit, memang jadi mangsa ‘rampasan buku’ di awal pagi. Berebut sakan macam baru menang perang. Bila dah siap hantar, hati lega sebentar. Selang 1 jam, geng-geng ‘perampas’ siap kena piat telinga dalam bilik guru.

Itu baru inro jer tu. Belum lagi pengalaman kena denda sebenar yang aku nak cerita. Begini ceritanya….

Pada zaman dahuluuuuu…

Ada satu kelas yang memang cukup terkenal di satu sekolah agama ni. Terkenalnya mengalahkan kelas-kelas depan yang rata-rata penghuninya lebih cerdik. Masyhurnya juga menewaskan kehebatan kelas-kelas belakang yang rata-rata penghuninya sangat nakal dan degil. Kelas yang satu ni dihuni oleh mereka yang nakal dan degilnya ibarat ‘telur separuh masak’ (korang mesti suka telur separuh masakkan?). Padahal, kami baru Tingkatan 1!

Dalam kelas ni, mestilah ada ketuanya. Dah jadi tradisi turun temurun, sang ketua dipilih bukan dari budak-budak yang ‘separuh masak’ tadi. Akulah yang dipilih selepas semua kawan mengangkat tangan tanda setuju. Maklumlah, ramai member yang seangkatan di sekolah rendah yang sebantal dan sekepala, duduk dalam kelas yang sama. Kelas itu, kami yang punya.

Cikgu Zaleha (memang nama sebenar), yang mengajar subjek Bahasa Melayu juga merangkap Guru Kelas, biasanya hanya sempat mengajar 20 minit terakhir. 20 minit awal terpaksa dihabiskan untuk mencari member-member yang ‘separuh masak’ tadi merayau dan juga untuk kes denda. Aku ibarat bodyguard membontoti Cikgu melilau mencari mereka di segenap ceruk sekolah dan biasanya mereka hanya lepak di tempat yang memang langsung tak best iaitu tandas.

Arakian minggu berlalu, budak-budak ni memang selalu kena denda. Aku macam biasa, memang selamat. Maklumlah, ketua kelas (hohoho). Akhirnya, sampailah saat dan ketikanya, Cikgu Zaleha bagai singa kelaparan, menerjah masuk ke kelas yang memang sedang lintang-pukang, kacau bilau, hingar-bingar, kerusi meja entah ke mana. Bagai jeneral tentera, diarahkan kami semua beratur diluar kelas. Aku yang tak biasa kena denda, turut diarah beratur sama. Budak-budak kelas sebelah dah terjojol biji mata, memerhati hukuman untuk kami semua.

Saat dan ketika ni, fesyen rambut belah tepi yang aku banggakan bagai tiada lagi ertinya. Habis sudah kekacakan dan kehenseman aku (aku pasti, Titan juga punya fesyen yang sama). Semuanya diarahkan duduk mencangkung dan tangan diletak ke atas bahu member di depan. Semuanya meniskus. Serentak dengan itu, Cikgu memberi arahan untuk berjalan gaya itik keliling bangunan sebagai hukuman denda. Budak-budak kelas sebelah tersengih dan siap tunjuk lambang ibu jari ke atas.

Habis 1 pusing, kena lagi denda 1 pusing. Aku tak berapa ingat berapa pusing kami kena denda. Apa yang masih aku ingat, ada member kelas depan yang bersuara sumbang menegur “Habislah korang, nanti takde anaklah….”

Saat tu, aku paling belakang dan tengok muka member-member aku yang ‘separuh masak’ tadi, semuanya terus sugul dan nampak benar muka insafnya. Aku? Aku tak faham. Cepat-cepat kami habiskan hukuman denda jalan itik yang begitu menyeksakan.

Mulai saat tu juga, aku nekad untuk ubah fesyen rambut, takde lagi belah tepi, tapi belah tengah pulak. Aku juga ubah profesion, daripada seorang ketua kelas menjadi seorang pengawas sekolah yang tugasnya mendenda budak sekolah…hehehehe

Pertandingan Pengalaman kena denda di Sekolah ini dianjurkan oleh AhmadFaizal.com dan Earncent.com dan ditaja oleh Azmanisma, LelakiAcai.com, Ohbuku, Abrablog.com, PanduanTNX.com dan Contengconteng.com