Bila suami merajuk…

Assalamua’laikum.

Pagi tadi, sempat jugak layan bicara Prof Dr Muhaya. Dalam banyak-banyak panggilan yang diterima, ada seorang isteri ni yang berkongsi 1 cerita yang saya rasa menarik.

Dia dahpun berkahwin selama 20 tahun. Katanya lagi, dia rasa dia payah untuk jadi seorang isteri solehah. Prof Dr Muhaya tanya kenapa? Laju jer dia cakap yang suami dia suka merajuk!

Suami suka merajuk?

Ermmm. Kalau isteri suka merajuk, memang biasa sangat saya dengar. Ini bila si isteri ni berkongsi yang suami dia suka merajuk walaupun sebab-sebab yang kecil, contohnya makanan yang disimpan untuk si suami dahpun habis dimakan oleh anak-anak. Suaminya akan cakap “sampai hati awak…” dan terus keluar rumah (tanda merajuklah kot).

Yang menjadi masalahnya sekarang pada si isteri ialah bila suaminya merajuk, emosi dia akan jadi tertekan dan tak tentu arah. Maklumlah, suami tengah merajuk & dia sekarang mengambil pendekatan hanya berdiam diri.

Menariknya lagi, si isteri tadi mintak Prof Dr Muhaya memberi jawapan yang lebih baik selain dari jawapan klise iaitu SABAR.

Apa pendapat anda? Biasa jumpa mereka yang kuat merajuk? Apa anda buat bila berdepan dengan situasi mereka yang sedang merajuk ni? Ke anda sendiri jenis SUKA merajuk?

Bagi saya, kalau setakat kadang-kadang merajuk, mungkin boleh diterima, tapi kalau dah sampai tahap SUKA merajuk, saya sendiripun akan tertekan juga akhirnya.

hafizmd – pertandingan Pengalaman Kena Denda di Sekolah hampir sampai ke klimaksnya!