Walau aku bukan yang pertama…

Assalamua’laikum.

Aku bukan yang pertama. Agaknya apa yang korang fikir? Baiklah. Setiap sesuatu pasti ada yang pertama. Macam-macam pertama. Cinta pandang pertama, kahwin kali pertama, anak pertama, sunat kali pertama (ade kedua ke?), nak jadi pengomen pertama. Semuanya perihal pertama.

Aku bukan yang pertama. Tajuk entri ni hanya berlaku sekali saja dalam setahun. Apa ke bendanya ni?

Baiklah. Hari ni 6 April kan? Sebenarnya, hari ni ialah HARI LAHIR ISTERI aku (blogger Fiezaradzi.com).

Aku bukan yang pertama adalah perihal ucapan selamat yang aku ucapkan kepada isteri malam tadi. Memang aku yang pertama, tapi sebenarnya orang pertama yang ucap selamat ialah seseorang yang bernama IBU. Aku yakin dan cukup pasti, bila tiba tarikh hari lahir kita, orang pertama yang akan ingat ialah IBU kita.

Spontan juga, aku yakin yang IBU kita akan terus terdetik untuk mendoakan kebahagiaan kita. Merekalah yang pertama. Mereka juga orang pertama yang mengucup kita masa kita lahir dulu (mesti korang tak ingatkan?). Saat kita masih dalam kandungan lagi, seorang IBU sudahpun mendoakan kebahagiaan kita. IBU sentiasa punya tempat yang istimewa dalam hati kita. Betul tak?

Walau aku bukan yang pertama, aku gembira dapat menjadi lelaki kacak yang pertama dalam hidupnya. Cinta pertama juga.

“SELAMAT HARI LAHIR BUAT ISTERI TERCINTA. Semoga sentiasa gembira dan ceria bersama suamimu ini yang ada sedikit elemen kacak dan hensem serta anak-anak yang makin pandai bercakap dan bergaya. Moga Allah merahmatimu dunia dan akhirat. Ameen”

@hafizmd – Aku tak reti nak tulis panjang-panjang. Cinta bukan setakat perkataan, tapi lebih kepada pendekatan dan perbuatan. Bye-bye =)