5 Rahsia Sebenar LELAKI KACAK Untuk Isteri

Assalamua’laikum.

5 rahsia LELAKI KACAK” untuk isteri. Ok. Entri ni bukan nak cerita pasal apa yang korang fikir. Kalau entri tu, Titan dah tulis kat blog dia. Apa yang aku nak tulis nanti berdasarkan pemerhatian dan pengalaman aku sendiri sepanjang bergelar seorang suami dan seorang abah. Percayalah, selain dari perihal melunaskan tuntutan batin yang itu, ada banyak perkara lain yang mampu membuatkan isteri kita lebih gembira, puas, tenang, comel, cun, dan lebih utama menjadikan kita lelaki kacak dan lebih hensem di mata isteri kita sendiri (bukan isteri @ perempuan lain yer). Dah tak sabar nak baca? Sabau, jangan gelojoh yop…

Bendanya nampak ringkas dan mungkin juga remeh di mata seorang suami, tapi tidak bagi seorang isteri. Korang baca dulu senarai top 5 rahsia lelaki kacak ni. Kalau tak puas hati, jerit jer kat kotak komen tu.

1. Teman isteri shopping – Aku tahu, ramai yang tak suka teman isteri shopping. Kena pulak kalau isteri tu jenis yang suka belek lama-lama. Dari kedai no.1, sampailah kedai no.57. Semuanya isteri masuk dan belek-belek. Lagi buat suami tak tahan bila tiada satu bendapun isteri beli. Percaya atau tak, kalau korang dapat teman isteri korang shopping dan sama-sama beri pendapat apa yang dia nak beli, korang akan dapat rasa bezanya nanti.

2. Teman isteri masak – Aku tahu, sekarang dah ramai suami yang pandai masak. Mungkin ada yang lebih power dari isterinya sendiri. Kalaupun pandai, janganlah pulak malas nak teman isteri masak kat dapur. Ringankan mulut, tanya mana-mana yang boleh dibantu. Tolong potong sayur pun jadilah. Mesti masakannya nanti lebih sedap dari biasa.

3. Teman isteri tengok tv – Aku tahu, ramai yang nak isterinya teman kalau dia layan bola. Siap order air kopi, cekodok segala bagai. Banyak cekadak betul suami-suam ni yer? Tapi pernah tak kita teman isteri layan pulak cerita yang dia minat? Ada tak? Cerita korea ke, jepun ke….layan jerlah. Janji isteri kita senyum. Kalau dia nangis masa tengok tv tu, ada jugak tempat dia nak peluk. Oklah kan?

4. Teman isteri depan cermin – Aku tahu, ramai yang tahu wanita dan cermin ibarat blog dengan blogger. Payah nak dipisahkan. Tips penting ialah suami jangan lebih-lebih mengata pada isteri yang sedang bersiap-siap depan cermin. Kalau isteri memang jenis yang suka pakai banyak warna kat muka tu, pandai-pandailah pujuk kurangkan sikit. Kalau pucat tu, suruhlah pakai sikit. Kalau nak jugak pakai banyak warna, tunggu malam. Ok tak?

5. Teman isteri malam-malam – Aku tahu, asal malam nak tidur. Asal tidur, mesti dah malam. Jadi, tips ni khas ditujukan untuk suami yang ada anak kecil yang masih menyusu. Kalau menyusu badan tu, takpelah. Kira selamatlah yer. Kalau menyusu botol, apa kata, suami sesekali bangun buatkan susu untuk anak. Jangan setakat jeling @ buat-buat tak dengar anak merengek nak susu. Maksudnya, jangan setakat kita jadikan isteri teman tidur saja, apa saja yang boleh memberi ruang untuk isteri rehat dan kembali segar esoknya, kita buat. Isteri segar dan sihat, kita jugak yang untung. Betul tak?

Kalau korang dah lulus semua tips lelaki kacak untuk isteri tercinta ni, apa kata korang kongsikan pulak tips yang korang ada. Mana tau, ada pencari-pencari cinta yang singgah di entri ni untuk mencari tips menambat hati isteri yang merajuk. Tak dapat pujuk, kasi sejuk jadilah.

Cabaran SEO Lelaki Kacak?

@hafizmd – berusaha untuk menjadi suami dan ayah yang terbaik…insyaAllah

Published by Hafizmd

Artikel ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan juga melalui pembacaan. Sebarang kehilangan, kerosakan dan komen pembaca adalah tanggungjawab anda. Dapatkan bantuan pakar berkaitan jika memerlukan khidmat nasihat yang tepat. Jika entri ini bermanfaat, mohon 'Like, Tweet & G+' kepada rakan anda. Terima kasih dan selamat membaca.