LELAKI KACAK Suka Buat Kontest?

Assalamua’laikum.

“LELAKI KACAK” suka buat kontest? Kalau nak kata tak, rasanya yer. Nak kate yer, tak juga. Apa yang saya pasti, kontest anjuran top blogger biasanya lebih mendapat perhatian. Bila kita yang baru nak belajar ni buat juga, adalah seciput dua yang masuk. Jangan salahkan mereka yang tak nak masuk, tapi cuba cari kenapa mereka tak nak masuk kontest yang kita buat. Saya tahu, nak buat kontest bukan senang, tapi bukan susah nak ‘paksa’ mereka masuk kontest yang kita buat. Lebih-lebih lagi kalau mereka tu lelaki kacak.

Ok-ok. Saya akur yang saya sendiripun belum pernah buat kontest, tapi pernah masuk beberapa kontest kecil-kecilan. Alhamdulillah, setakat ni bertuah juga dalam 5 kontest. Paling saya ingat ialah menang kontest anjuran Bro Rohaizad yang sedia lelaki kacak dan yang terkini ialah kontest Bro Titan yang korang tahu sorang lelaki dan kacak agaknya…hahaha. Seterusnya kontest-kontest ringan anjuran Blogger Bee, Blogger Suri & Blogger SmartZul.

Macam-macam kontest ada. Kebanyakannya hadiah memang lumayan. Saya cukup respek dengan blogger yang tekun buat kontest terutamanya pemilik Denaihati.com. Mesti meriah punya! Walaupun tak pernah masuk kontest Denaihati, dapat jugak merasa tempiasnya. Okla kan?

Jom tengok dulu kontest anjuran lelaki kacak yang sedang hangat sekarang;

1. Projek Review Ultrabook Toshiba – Denaihati

2. Cabaran SEO Lelaki Kacak 2012 – Titan

3. My Pinky Moments Contest – Eyriqazz

Itu yang sempat saya intai-intai. Mungkin akan masuk atau jadi penaja jer…hehehe….Tengok dulu mana yang sempat nak kejar….ahaks

Ok. Kalau anda ada masa, apa kata rebut peluang yang ada ni untuk masuk mana-mana kontest. Nak menang tu memanglah semua nak menang tapi takkan semua boleh jadi pemenangkan? Lelaki kacak mana entah pernah cakap (pasti bukan Titan), “….kalah menang adat pertandingan….”

Akhir sekali, apa jawapan untuk soalan kat atas tu? Yang masuk kontest tu memang lelaki kacak dan cun…hahahaha. Siapa dia lelaki kacak yang sebenarnya? Baca entri: 5 Rahsia Sebenar Lelaki Kacak

Cabaran SEO Lelaki Kacak ini dianjurkan oleh Earncent.com dan ditaja oleh Contengconteng.com, Abangensem, Cikgu Dahlia, Farish Ishak, PuanBee.com, w.habibu rahman, Azri Johan, Dirmansyah, 1Malaysianews.net LadfeAmir.com, SEO Apps, Bluedianthus.com, Hafizmohd.com, UmarFaruq.com, 1Artikel.com, Blog Bukit Besi, Radhio.com, Blog Perniagaan Internet, Hadi Hanafee, Jomtonton.net, Muaz Lelaki Kacak, Ohcikgu.com, BloggerWanita.com, Cyza Sector, LelakiAcai.com Sabreehussin dot com, Abrablog.com dan AhmadFaizal.com.
@hafizmd – Kalau kita tak menang, takpelah. Paling cikaipun, ada jugak entri baru untuk blog kita. Jadi, Tak ke lelaki kacak gitu?hahahaha