Badminton Piala Axiata:Peluang Terbaik Malaysia Leopards

Assalamua’laikum.

Keputusan separuh akhir 2: Malaysia Leopards tewas 3-0 kepada Indonesia Rajawali & Malaysia Tiger juga tewas 3-0 kepada Indonesia Garuda.

Korang layan badminton tak? Kalau layan, mesti ingat lagi lelaki kacak yang tarik diri masa All England hari tu. Memang ramai yang kecewa, tapi dia pasti lebih kecewa. Dato’ Lee Chong Wei. Hari ni, untuk Piala Axiata…mungkin dia akan turun jugak tapi aku rasa masih lagi 50-50. Piala Thomas dah dekat, Olimpik pun dah hampir, bebanan makin berat dibahu LCW. Tu yang sakit bahu tu. Walaupun berat, aku tetap nampak dia memang lelaki kacak berbanding pemain badminton lain.

Oklah. Namapun dah ada Axiata, jadi ianya memang satu kejohanan baru tajaan syarikat telekomunikasi Axiata. Aku cukup tertarik bila Malaysia dapat hantar 2 pasukan termasuk pasukan junior. Korang dah tengok senarai pemain junior yang terpilih ke Piala Axiata?

Keputusan terkini Piala Axiata:

– Harimau Leopards 2 vs Singapore 0. Boleh terus ke sini untuk Live Score: Keputusan terkini Piala Axiata

Ok. Di bawah ni pemain pelapis dalam pasukan Malaysia Leopards;

– Zulfadli Zulkifli (lelaki kacak Juara Remaja Dunia 2011)

– Ow Yao Han-Chooi Kah Ming (Juara Remaja Beregu Dunia 2009)

– Teo Ee Yi-Nelson Heg Wei Keat (Juara Remaja Beregu Dunia 2011)

– Iskandar Zulkarnain, Misbun Ramdan Misbun & Loh Wei Sheng

Format kali ni agak menarik dengan adanya 2 kumpulan iaitu kumpulan J (vanue di Jakarta) dan kumpulan K (vanue di Kuala Lumpur). Undian dahpun dibuat dan pasukan Malaysia Leopards bertuah sebab diundi sekali bersama pasukan senior Indonesia Garuda.

keputusan terkini badminton piala axiata

sumber: AxiataCup

Kali ni, 2 pasukan teratas setiap kumpulan akan masuk separuh akhir. Maka, ada kebarangkalian untuk 2 pasukan Malaysia ni bertemu di separuh akhir. Nak jugak aku tengok sejauh mana pemain pelapis dapat lawan pemain senior.

Aku harap, pemain pelapis ni dapat lepas peringkat kumpulan. Tunjuk yang kita dah ada pemain yang boleh diharap untuk ganti LCW dan pasangan bergu utama. Paling tidak layak ke separuh akhir. Baru banyak mata yang celik lebih luas nanti.

psssst…korang dah buat entri untuk kontest lelaki kacak belum? Kalau belum, cepat-cepat buat, sebab kalau lebih 50 orang, Titan nak kasi up itu hadiah…hehehehe

@hafizmd – dengar kata, LCW nak gantung raket tahun depan….