Bagaimana nak jadi lebih kacak dan anggun?

Assalamua’laikum.

Makan pagi ke tak? Ingat, jangan lupa makan pagi, sebab ada lelaki kacak mana entah yang cakap, orang yang makan pagi, dia akan jadi lebih bijak. Mana taknya, makan pagi akan bekalkan kita oksigen dan tenaga yang cukup. Barulah hati, akal dan seluruh anggota badan kita berfungsi lebih baik. Baru kacak!

Nak lagi kacak dan anggun cara Rasululllah? Jom kita pakat baca, mudah-mudahan cinta dan sayang kita kepada Nabi Muhammad SAW akan bertambah.

Prinsip penting ketika minum. Nabi Muhammad SAW berpesan satu perkara penting iaitu tidak bernafas ketika minum. Maksudnya, tidak bernafas di dalam bekas minuman.

Kalau ada yang tanya, kenapa pulak? Imam al-Qurtubi ada menjelaskan hal ni. Kata Imam al-Qurtubi, ianya untuk mengelakkan sebarang kekotoran mahupun aroma yang tak sedap menempel pada bekas minuman.

Apatah lagi dari segi saintifiknya;

1. Udara hembusan karbon dioksida yang keluar dari lubang hidung kita (walaupun sudah ditapis oleh simpulan bulu hidung korang), ia tetap mengandungi kuman-kuman apatah lagi kalau kita tengah selsema ataupun demam. Hidung meleleh dengan air. Boleh bayang tak?

2. Minum sambil bernafas jugak boleh menyebabkan salur air dan salur udara bercampur. Bila dah bercampur, korang senang tersedak. Bila tersedak, korang mula perasan ada awek tengah sebut-sebut nama korang. Salah tu! Sebenarnya kita lupa amal sunnah Nabi. Gelojoh sangat.

3. Minum sambil bernafas jugak boleh meningkatkan risiko sakit tekak dan jangkitan kuman pada paru-paru.

Sebab itulah, Nabi berpesan supaya kita teguh pada Al-Quran dan Sunnahnya dalam apa jua perkara. Dalam hal adab minum ni, satu hadith riwayat al-Tirmizi yang bermaksud;

“Sesungguhnya Rasulullah melarang untuk bernafas atau meniup ke dalam bekas air minuman.”

Tambah lagii 1 hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud;

“Ketika Rasulullah SAW minum, Baginda mengambil nafas di luar bekas air minuman 3 kali. Dan Baginda bersabda, maksudnya: ‘Hal itu lebih segar, lebih sedap dan lebih nikmat.’ Anas mengatakan:’Oleh sebab itu, ketika aku minum, aku meneguk sebanyak tiga kali.”

Jadi, lepas ni…untuk kesedapan yang lebih hakiki waktu minum kopi mahupun teh, ambillah nafas aromanya 3 kali di luar cawan kita. InsyaAllah, dengan niat mencontohi sunnah Nabi, kita buat 2 dalam 1. Bukankah itu lebih kacak dan anggun?

@hafizmd – Bismillah tu jangan lupa yer =)