Celoteh Kakak #4 Sejuk

Assalamua’laikum.

Hujan masih lagi rebas-rebas. Kakak nampak sedikit gelisah. Abah di depan tv sempat menjeling gelagat Kakak yang seolah-olah memendam sesuatu. Abah terus kalihkan pandangan dan tubuh ke arah Kakak. Bermulalah coleteh anak-beranak.

“Kakak, kenapa? Kakak nak apa-apa ke?” Abah laju jer bertanya tanpa diminta.

“Abah, esok balik sekolah kita naik moto ek…” Kakak tercongok di depan Abah menunggu jawapan.

“Ok. Boleh. Kakak nak pergi mana?” Abah sengaja bertanya lebih-lebih.

“Kita pergi taman yang dekat surau tu, main-main buai, lepas tu kita beli aiskrim coklat….” jelas Kakak. Nampak bersinar matanya.

“Pergi taman. Pastu beli aiskrim ek…” Abah mengulang sambil Kakak mengangguk kepalanya.

“Ok…tapi Kakak tak sejuk ke makan aiskrim? Sekarang petang-petang selalu hujan…” Abah menduga Kakak lagi.

Kakak bingkas bangun berlari ke arah sofa. Cepat-cepat menyarung jaket biru ke tubuh kecilnya.

“Eh, Kakak nak pergi mana ni?” laju soal Abah.

“Kakak dah pakai jaket. Baru tak sejuk makan aiskrim….” beria benar Kakak menjawab sambil jari-jemarinya tangkas memasang butang jaket.

Abah senyum. Ok.

@hafizmd – Semalam dah beli aiskrim vanila coklat yang besar. Mama dan Kakak. Dua-dua suka coklat. Adik? Semua makanan dia suka. Macam Abah…hehehehe =)

Published by Hafizmd

Artikel ditulis berdasarkan pengalaman peribadi dan juga melalui pembacaan. Sebarang kehilangan, kerosakan dan komen pembaca adalah tanggungjawab anda. Dapatkan bantuan pakar berkaitan jika memerlukan khidmat nasihat yang tepat. Jika entri ini bermanfaat, mohon 'Like, Tweet & G+' kepada rakan anda. Terima kasih dan selamat membaca.