Bola Sepak & Lelaki Kacak: Malaysia & Antarabangsa
Assalamua’laikum.
Lelaki kacak memang tak boleh lari dari sukan bola sepak. Walaupun aku yakin 110%, ada jugak lelaki yang tak layan langsung bola sepak. Aku tak hairan, malah aku kagum dengan lelaki kacak sebegini. Mampu menahan gelodak ‘hawa nafsu’ melayan sukan yang kejar bola sebijik ni. Aku jugak yakin, ramai wanita anggun yang hairan, kenapalah laki diorang suka sangat layan bola. Sanggup tahan mata dengan lidi demi bola sepak. Aku tak ada jawapan yang spesifik, cuma aku boleh beri analogi ringkas ini. Ia ibarat wanita dan shopping ataupun coklat dan strawberi. Ok tak?
Apa yang meriahnya bola sepak tempatan & antarabangsa. Kenapa pulak ada terma lelaki kacak di situ? Adakah mereka yang tak layan bola itu tidak kacak? Ataupun kacakkah mereka yang layan bola sepak?
Liga Super & Separuh Akhir Piala FA
1. Bagi aku, berita yang paling ‘best’ ialah kuasa yang mula ditunjukkan oleh wakil Singapura, Lions XII dalam Liga Super. Walaupun main 3 perlawanan lebih berbanding pasukan lain, rentak kemenangan dan corak permainan yang lebih tersusun seolah-olah meletakkan mereka dalam kelas tersendiri.
2. Kebangkitan semula Selangor dengan 2 kemenangan berturut-turut. Sekarang, di tangga ke-4. Apa yang aku nampak, jurulatih Irfan Bakti makin serasi dengan pemain-pemain Selangor. Mampu ke Selangor pintas Terengganu, Kelantan dan Lions XII?
3. Malam esok, separuh akhir Terengganu vs Sime Darby. Atas kertas, memang nampak Terengganu pasukan pilihan, tapi bagi aku, kalau pasukan Terengganu main macam 2-3 perlawanan yang lepas. Jangan mimpi nak menang malam esok. Aku harap sangat, jurulatih Mat Zan buat sesuatu kat bahagian tengah yang nampak takde idea! Jangan lupa, Kelantan lawan Kedah. Korang sokong mana?
BPL & Liga Juara-Juara Eropah
1. BPL. Hanya tinggal lagi 4 perlawanan. Juara BPL antara Manchester United @ Manchester City. Esok, Manu vs Everton, Man. City vs Wolves. Minggu depan Manu vs Man.City pulak. Mungkin game ni dapat tentukan siapa juara BPL? Jangan lupa jugak game Chelsea vs Arsenal malam esok!
2. Jagoan Liga Sepanyol, Barcelona dan Real Madrid kalah pulak dalam separuh akhir pertama. Real kalah 2-1 dengan Bayern. Chelsea bergaya membenam Barcelona 1-0 walaupun possession Chelsea hanyalah 29%! Aku rasa Barceloba akan bangkit di Nou Camp, tapi kalau final dapat temukan Real Madrid vs Chelsea. Ok jugak. Mourinho bakal bertemu bekas anak didiknya! Pasukan pilihan korang?
Aku tanya lagi sekali. Kacak ke lelaki yang suka tengok bola sepak ni? Agaknya;
– Kalau tanya wanita anggun yang sukakan sukan, mesti kata kacak punyalah!
– Kalau tanya yang biasa-biasa jer, depa ni sukakan pemain bola sepak tu! Hensem katanya!
– Kalau tanya yang tak suka, depa mungkin ‘nyampah’ dengan lelaki yang suka bola sepak. Bola, bola dan bola!
@hafizmd – Lelaki yang dapat teman isteri pergi shopping lagi kacak kot? Malamnya, isteri teman suami pulak tengok bola. Barulah lelaki kacak yang sejati!
ye, nanti malam saya teman tgk bola.. ye lah.. huhu
barceloba ke barcelona? hikhik.. den maalas nengok liga msia dan bola kat msia, sbb pasukan negeri den tak dak.. menci..
tima kasih utk update, jadi malam ni tak de peluang den tgk citer lain la ye? hahaaa
alamak….hehe…malam ni takde bola…lehla tgk citer lain…saye teman…hohohoho
p/s-nak tgk citer korea ke? =)
jangan lupa tengok cerita wonder pet kat TV 9 jam 2.30 petang setiap hari … ia cerita aksi ala-ala transformer OOoo π
sy suka hujg mg sabtu tgok cerita bollywood pelakon lama hee..skrg byk pelakon baru huhu…nmpk kena tgok sorg2 ank dh mulai tdo…
@suri,hehe…citer bollywood lame2 mmg ada kenangan…betul ke suri?hehe
ala bang benjy, kami keje la kul 2.30.. esok lah la,cuti..hehe
@fieza, hehehe…ulangan weekend sempat kot…hehe
wonder pet? hehehe
@Juan, hehe…best wooo kartun tu….”apa yg penting?”
@benjy, tu citer best tu bang benjy…hehehe
wahh..si suami menemani si isteri layan citer korea? ni bukan setakat kacak.tapi terbaik la..ehehe
@chii,hehe…sekali dah terlayan, payah jugak nak cari pintu keluar…citer korea mmg lain feel dia…tu yg dapat layan ngn wife tuh…hehe
π Baru adil..
hehe…biar adil dan saksama…lebih bahagia =)
wahh..klo minat bola..mmg xtahan ‘godaannye’..hehe
hehe…mmg lain benor terujanya… =)
mmm.. tak berapa minat tgk bola samada tmpatan/ antarabangsa. Kebetulan mr suami pun bukan peminat sukan bola ni. Cuma kami akan tengok bila ada perlawanan genting yg melibatkan Harimau Malaysa.
ok jugaklah….layan jugak walaupun selektif =) hehehe
Saya akan menonton bolasepak ketika suku akhir dan akhir sahaja. Jarang sekali mengikuti berita perlawanan bola sepak kecuali MotoGP. π
hehe…yg last2 mmg lagi mencabar…
moto gp tu mmg sukan kegemaran bro AB,kan?
Memang ramai lelaki kacak dalam bola ni seperti Datuk K. Rajagopal yang asyik syok sendiri. Walau apa pun Datuk K. Rajagopal tetap lelaki kacak π
hehe…payah jugak nak cakap ni…agaknya dia maksudnya lain kot?hehhee
Bab piala FA malaysia macam dah boleh agak siapa bertemu final tu … hehehe π
heheehehehe….nampaknya terengganu sengaja cari jalan susah…kelantan pun sama jugak….kita tunggu 1 mei ni…
EPL benjy no komen macam MU je jadi juara tu π
hehe…harapnyelah…tp kena tunggu lagi 2-3 game…payah benor nak juara tahun ni…hehe
Europien Champion Leauge – real dan barca pasti mengamuk perlawana ke-2 … tetapi tak tahulah mengamuk apa ? … π
rasanya mungkin jugak, tp kalau chelsea main defend cam hari tu…seksa jugak barca nak score…hehe
Lion XII pula dah tumbuh taring … eloklah ada yang berani nak masukkan singa tu dalam zoo semula …. bahaya tu nanti dia gigit orang yang tengah mancing … π
eloklah…naik rimas pulak tgk mereka kat atas tu… =)
Selangor kejap je tu bangkit … esok2 di situ juga tempatnya … π
hehehe…ni boleh bikin fan selangor naik hangin…hehhehehe
Kalau ada jantan yang tak layan bola pelik tu … sebab mana dia letak ‘bola’ dia sendiri ? … π
hahahaha….itu gua tarak tau aaaa… =)
ngat kenapa benjy gila hari ni komen tak tentu pasal mungkin dah kena jangkit sindrom harimau malaya ‘Sindron KSKS’ … agaknya lah π
hohohoho…bahaya sindrom ni bang benjy…tapi takpe…lagi byk komen…lagi best!heheheh
Pemain atau penyokong yang suka bergaduh di padang atau di luar padang memang TIDAK kacak
Haha
Itu betul. Tapi kadang2 penyokong hilang sabar jugak bila prestasi pasukan kesayangan tiba2 merudum tahap cipan…hehehehe
saya kureng sikit bab2 bola nih he3..(.boley caye ker)hehehe
hehe…betul ke ni?hehehe
Den layan gak bola nih…kirenya tergolong dlm lelaki kacak la kot…hehehe
sy suka jer main sepak bola..dulu ada gak main bola jaring hee tu kira bola ar jugakkan
@suri, bola jaring kire ok jugak…lama dah tak nampak org main bola jaring…
lagi kacak kalau dpt ajak isteri tgk sama :p
@Chii,hehe…mmg kacak habislah!
Mmg kacaklah kita…perasan lebih…hahahhaa
Barca pun best ni… π
hehe…sekali barca dah kalah 2 kali straight… =)
xsuka tgk bola..bosan..hehe
Mungkin bosan sekejap je lepas tu ketagih … hehehe π
@benjy,hohoho…bila dah ketagih…dah tak bosan dah…kan bang benjykan? =)
@cik tom, alaaaa….tp saye kadang2 bosan jugak…tgk main macam hape jer…tukar channel lain juge…hehhe
teman shopping tu ada makna maa..
heheh..selain dapat beri pendapat..leh tolong bayarkan juga ;p
@chii,itu mmg sehabis kacak ;p
takde maknaaaanya… =)
best la semua mende leh wat bersama..hehe
selagi masih boleh buat bersama…kita gunakannya semaksima mungkin =)
Memang suka tengok bola lebih-lebih lagi kalau team tu ramai pemain yang kacak-kacam. Semangat orang kacak.
Analogi wanita dengan shopping tu, boleh terima erk?
haaa…dah jumpe sorang…hehehe..
semangat org kacak ni mmg lain bezanya…
analogi tu tak kena ek kak? hehehe
Honestly sekarang ni saya dah jarang layan bola since terlalu sibuk dengan perkara-perkara lain. – alasan. Hakikatnya ada sebab2 tertentu.
Tapi bila baca info2 berkenaan dengan bola ni memang sesuatu yang menyeronokkan sebab ianya bagai sebuah peperangan.
Takpe bro. Kalau tak dapat tgk live, layan yg ulangan pun ok…hehehe
Mmg macam perang, lagi best bila kalah…ada pulak fan yg ‘perang’ kat luar…hohoho
chii suka baca part yg last skali..” Lelaki yang dapat teman isteri pergi shopping lagi kacak kot? Malamnya, isteri teman suami pulak tengok bola. Barulah lelaki kacak yang sejati! ”
memang terbaik..x ramai lelaki punya kesabaran utk menemani isteri keluar shopping..lebih2 lagi yg cerewet dlm memilih barang π
hehe…tu yg ramai isteri nak kot?hehe
kena sabarlah…baru best! hehee
aku jarang layan bola nih. Tapi kebelakangan nih rasa cam best je tgk game bola nih. Bahaya2. Leh ketagih π
Mmg best kodinz. Bahaya mmg bahaya. Bila dah tengok, terus melekat…ketagih wooo
Sekarang ni anak2 dah remaja – bila berkumpul saja, topik bola dah jadi perbualan anak dan suami. Dulu-dulu kerap temankan suami ke stadium
Hehe….tu yg best tu. Semua dah besar. Ada team feveret masing2… =)
Syok tu dapat ke stadium sama2…hehe
Harapan semoga Manchester City menang EPL π
BPL dan Spain Liga aku tak kisah sangat.
aku tgh tunggu Serie A punya result. mampu tak Juventus jadi juara liga dan mengekalkan rekod tanpa kalah pada musim ni
Wah! Mmg terbaik!
Liga Serie A tu. Aku dah lama tak tengok kelibat2 pasukan serie A. Tunggu lagi berapa game bro?