Cerita Motivasi Blogger Sepenuh Masa!

Assalamua’laikum. Alhamdulillah.

Dia memang lelaki kacak! Seorang blogger sepenuh masa. Blognya antara blog terawal yang menjadi tempat aku lepak-lepak. Entri-entrinya memang cukup menarik. Kadang-kadang, ada jugak manusia yang kaki dengki kat mamat ni. Biasalah, dia ni selalu jugak tunjuk bukti-bukti kejayaan. Orang yang sentiasa negatif, mesti pandang mamat ni nak menunjuk. Manusia memang suka dengki. Lama jugaklah aku tak ke sana. Semalam sempat jenguk, sekali lelaki kacak blogger sepenuh masa ni dah tayangkan kereta yang baru dia beli.

Apa yang bestnya? Bukan kereta akupun, kan? Tapi, yang mengujakan aku ialah dia beli kereta ni hasil titik peluhnya ketiak sebagai seorang blogger! Siapakah lelaki superb kacak ni?

Kalau aku sebut jer, mesti korang terus ‘ooooo’, kenal-kenal. Dialah pengasas oh!media network. Tak tahu? Ok. Pemilik blog Justkhai.com? Haaa…taukan? Apa yang buat aku teruja malah kagum dengan Bro Khai ni? Beliau ni masih muda, kalau tak silap baru 23 tahun, tapi mampu yakinkan bank untuk beri pinjaman untuk beli kereta yang berharga RM85K. Bukan senang tu!

Pilihan kereta beliau ialah Kia Forte. Eh, Kia je? Jangan wooo…kereta ni antara kereta yang paling smart aku tengok menjalar atas jalanraya sekarang. Tangkap leleh. Aku rembat sekeping gambar kereta Khai ni. Korang tengok sajelah, kalau jumpa, lehla tahan….hehe

"review kia forte terbaik"

Gambar hakmilik:Justkhai.com

Tak leleh lagi? Kalau nak lagi, korang pergi ke blog Khai. Banyak lagi dia kongsikan. Kalau korang nak tau, Khai bayar downpayment RM16,000. Bulan-bulan dalam RM850. Mana tak kacaknya wahai lelaki-lelaki kacak di luar sana? Aku ulang lagi sekali, dia ni blogger sepenuh masa. Memang sensasi dan sumber inspirasi!

Dia buktikan yang kalau ada usaha, tabah dan tau caranya, kita boleh berjaya. Aku petik kata-kata Khai yang ni, “Jika anda seorang blogger, teruskan berkarya sepenuh hati, dan bukan Forte korang dapat beli, tapi Ferrari dan Lambo bukan perkara yang mustahil – Khai”

Korang boleh baca cerita ni termasuk review Khai tentang Kia Forte di entri ini:Ada apa dengan Kia Forte? Korang boleh baca sendiri kenapa Khai pilih Kia Forte.

Kesimpulannya: Kalau kita betul-betul fokus dalam usaha kita, insyaAllah. Ada hasilnya. Barulah kacak luar dan dalam. Setuju?

@hafizmd – masih liat nak bayar pinjaman? Titan dah habis bayarpun. Sorang lagi lelaki kacak pilihan.

79 comments

  1. Memang terbaik
    Satu motivasi untuk sesiapa yang mahu menjana wang online
    Siap pun boleh asal mahu dan rajin cari ilmu

  2. Kalau dah kena caranya memang seronok jadi blogger sepenuh masa …. macam denaihati dan ben ashari juga … itu rezeki masing2 mungkin rezeki dan takdir kita bekerja makan gaji … jika ada usaha dan keyakinan boleh juga menjadi seperti mereka …. cuma ukur kemampuan diri dalam blog sebelum terjum secara sepenuh masa … ๐Ÿ˜€

    1. Setuju tu bang benjy. Namun, blogger sepenuh masa tak seindah yg kita sangkakan. Macam blogger HujanBatu.com. rohaizad.com. Byk jugak jerit perih yg mereka kongsi utk kita buat sempadan dan tauladan.

      Terjun bukan sebarang terjun, salah terjun, habis….hehee

  3. hebat… bukan senang nak mencapai ke tahap ni.. tapi aku masih lagi berblog secara suka suka.. mungkin belum masanya berblog secara serius lagi………

  4. terbaik la…ni baru sorang tunjuk..kalau ikutkan..ramai da memilih untk jadi blogger sepenuh masa skrg ni kan ๐Ÿ™‚

  5. Salam,
    Tu dia.. sekali Kia Forte da.. memang hebat.. ramai jugak blogger sepenuh masa yang hebat2, cuma ramai yang low profile.. apa pun memang memberikan motivasi buat blogger yang lain. Tahniah Khai!

  6. aku boleh je nak angkat ferrari atau kia..tapi..aku tak suka bagi bank banyak-banyak duit tetiap bulan. haha..

    biarlah kereta saga blm aje. Tapi aku gembira setiap masa. haha..

  7. Ni baru betul blogger kacak…biar jadi contoh pada semua blogger di luar sana..hehe
    kalau tak silap, khai ni muda lagi…20an…terer2…salute ah

  8. itulah kehebatan seorang blogger..kerjanya melepak depan laptop aje..tapi hasilnya mengalahkan orang yang melompat kesana sini

  9. pernah juga masuk blog dia…kisah masa tu masa dia beli moto kapchai atas hasil blog…la ni bertambah lagi laa…..caya arr!!

  10. salah satu yang menarik perhatian Don pasal blog Justkhai adalah penulisan beliau yang memang mantap.kejayaan beliau memang patut dijadikan inspirasi kpd lblogger2 ain utk berjaya termasuk Don sendiri. mungkin 5 tahun dari sekarang giliran kita pula bawa kerata besar2 siapa tahu kan..

  11. Bersemangat juga dengar budak2 muda skrg ni pandai cari dan buat duit. Macam nilah yg kita mahu sebagai anak Malaysia.

  12. Semua orang boleh berjaya, yang penting usaha, syukur dan tawakal… tapi jangan lupa cara mesti diberkati

  13. Assalamualaikum,

    Terima kasih kepada penulis blog, saudara Hafizmd yang sudi menulis tentang diri saya di dalam artikelnya ini. Baru hari ini saya terbaca sebenarnya bila ternampak linkback di blog peribadi saya, Justkhai.

    Alhamdulillah, sejuk hati membaca blog ini kerana dipenuhi dengan kuasa positif sahaja di sini. Antara sekumpulan anak-anak melayu yang menyokong antara satu sama lain.

    Berkenaan entri ini, Alhamdulillah. Saya harapkan sedikit perkongsian tidak seberapa itu mampu memberi sedikit suntikan semangat untuk kita semua untuk terus maju dalam bidang ini. Kalau orang lain boleh, kenapa tidak kita kan? Tentunya boleh sahaja. Semoga kita semua berjaya dalam apa yang dilakukan.

    Terima kasih ๐Ÿ™‚

    1. Wa’laikumussalam Khai,

      Terima kasih sudi singgah sini. Apa yang saya tulis berdasarkan permerharian saya sejak saya mula2 kenal apa itu blog. Dan blog justkhai jugaklah yg menjadi tempat saye mencari sumber motivasi dan galakan utk berbelog.

      Alhamdulillah, walau kejayaan saye mmg amat jauh nak banding ngn Khai, tapi setidak-tidaknya misi yang saya belajr dari justkhai tentang menulis utk memberi kebaikan tercapai jugak sikit demi sikit. InsyaAllah.

      Terima kasih sekali lagi utk Khai sebab sudi berkongsi cerita2 motivasi dan macam2 di justkhai.com.

      Terima kasih singgah sini ๐Ÿ˜€

  14. Pingback: Motivasi | Inspirasi | Informasi: Kisah Bersyukur dan Bahagia | inspirasi.me

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *